Thursday, March 5, 2009

CORAT CORET SUKAN TAHUNAN SMKM 2009

Atlit acara 4x200 jemputan sekolah2 M8
Tadi baru je berakhir sukan tahunan SMKM 2009...lega rasanya bila segala-galanya berakhir dengan lancar...kata org tua2 bisul dah pecah..kurang sakitnya..selagi belum habis rasa x senang maklumlah ini program utama kokurikulum yg kedua slps merentas desa..Alhamdulillah cuaca cantik sgt (entah apa Ustaz Aidi jampi) wlpn sebelum ni hjn..pdg becak...tahun ni rasanya lebih meriah drp tahun2 sebelumnya walpun ada sedikit kecacatan terutama sikap penyokong2 fanatik yg enggan berganjak dari trek wlpn dipesan berkali2..semangat betui depa..x pe thn dpn kita potong markah kalau ada penyokong yg masuk ke kwsan trek...perbarisan merupakan acara yg menarik kerana pasukan masing2 ingin menonjolkan kreativiti sendiri..Perbarisan johan dimenangi oleh rumah merah, tempat kedua rmah kuning..manakala rumah tercantik& kreatif ,tempat pertama rumah biru dan tempat kedua rumah hijau.(terima kasih pd team syafiqah & Firdius)..Tahun ini rumah kuning mengungguli kedudukan sebagai Johan, tempat kedua HIJAU (kan dah kata..hijau d'best,lebih 1 mata pun tetap menang gak... :D) dan tempat ketiga rumah biru , no 4 ,rumah merah.Keputusan adalah muktamad jadi jgn plk lepas ni timbul isu x puas hati..rumah A byk atlit,rmh B ahli ramai, rmh C bla222....sama je..semua rmh ada atlit yg hebat2 blake...Tahniah kepada semua pemenang dan kurang berjaya cuba lagi thn hadapan,Insya Allah.Kesempatan ini usth bagi pihak unit kokurikulum dan sukan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yg diberi oleh warga SMKM untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SMKM 2009...pihak kami juga memohon ribuan kemaafan seandainya ada cacat cela dlm menguruskan sukan ini..juga ribuan terima kasih kepada En. Mohd Hassan, pegawai Hal Ehwal Murid PPD Utara kerana sudi merasmikan acara ini..YDP PIBG,VICO kerana membekalkan minuman percuma,sekolah2 jemputan dari M8 dan sekolah2 berdekatan kerana sudi menerima jemputan utk acara 4x200 dan semua pihak yang terlibat samada secara langsung @tidak langsung dan kami juga ingin merakamkan takziah kpd Tn. Pengetua kerana telah kehilangan bapanya yang telah kembali ke rahmatullah pada ptg semalam, semoga roh bapanya dicucuri rahmat...

2 comments:

Anonymous said...

ustazah...apasal posting ni macam nak sindir2 kat org je. Semangat kesukanan mana bole sindir2.

RAW said...

x de niat sindir kat sape2 pun..kat mana rasa tersindir?kalau ada maaf byk2.kalau pasal ramai atlit rmh lain tu @ ahli ramai mmg yg tu jadi topik utama rmh2 lain..dan sebenarnya bila dikaji semula semua rmh sukan ada atlit sek.