Thursday, December 23, 2010

KEPUTUSAN PMR 2010


Pelajar 8A

Pelajar 8A

Pelajar 8A


Pelajar 7A


Pelajar 7A


Pelajar 7A

Tahniah diucapkan kepada 14 orang pelajar SMKM yang telah mendapat keputusan cemerlang 8A dan 20 orang mendapat 7A. Keputusan penuh dan senarai nama pelajar yang cemerlang tidak dapat dipaparkan kerana blogger tidak diberi maklumat lengkap.Harap Maaf.

Tuesday, December 21, 2010

IKRAR KOKURIKULUM SMKM

Thn ni pihak sekolah nak unit koku cipta ikrar utk dibaca pada setiap kali perhimpunan bulanan kokurikulum, setelah memerah otak inilah hasilnya..

Bahawasanya Kami

Pelajar - pelajar SMK Mengkuang

berikrar dan berjanji akan sentiasa melibatkan diri

serta bergiat cergas

dalam pelbagai aktiviti kokurikulum sekolah.

Kami juga berjanji akan cuba merealisasikan

hasrat untuk mencipta kecemerlangan

seterusnya mengharumkan nama SMKM

dalam bidang kokurikulum selaras

dengan visi dan misi SMKM.

Friday, November 19, 2010

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSPP 2010 : 1 LAGI KECEMERLANGAN SMKM

Pasukan Bola Tampar lelaki bawah 15 tahun telah menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSPP 2010 baru-baru ini, mereka telah berjaya mendapat Johan Peringkat Daerah Seberang Perai dan seterusnya mewakili Seberang Perai ke Peringkat Negeri dan telah mendapat Naib Johan Peringkat Negeri. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Tampar SMKM.

PERTANDINGAN CABARAN DINOTREK- SMKM MENCIPTA KECEMERLANGAN




Tiga orang pelajar tingkatan 3 yang terdiri daripada Mohd Hazim bin Zulkifli, Aiman Naim bin Mahamad dan Mohd. Zuhair bin Maulana diiringi oleh Pn. Nor Juzailah telah menyertai Pertandingan Cabaran Dinotrek pada hari Khamis - 11 Nov 2010 di AEON Seberang Perai City (Jusco). Mereka telah mendapat tempat pertama daripada 48 buah sekolah yang telah menyertai pertandingan tersebut. Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan tersebut.

Monday, November 15, 2010

MARKAH KOKURIKULUM TINGKATAN 5 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR FORM 5 2010, SILA RUJUK MARKAH KOKURIKULUM ANDA YG TERKINI (16/11/2010) DI PAPAN KENYATAAN KOKURIKULUM. SILA MAKLUMKAN KEPADA PELAJAR2 YG TIADA KEMUDAHAN INTERNET. TERIMA KASIH.

Saturday, November 6, 2010

AKTIVITI SELEPAS PMR




MAJLIS PERSARAAN TN HJ MD SHAFEE & PERTUKARAN EN. KHAIRUL



Unit Kokurikulum dan Jabatan Kemanusiaan mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama dan jasa baik Tn. Hj. Md. Shafee dan En. Khairul bersama-sama menaikkan nama sekolah dan memohon ribuan kemaafan seandainya ada salah dan silap sepanjang anda berdua berkhidmat di SMKM.

Tuesday, November 2, 2010

TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apayang dibaca
2. kita ingat 20% apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

PASUKAN BOLA JARING SMKM MENGUKIR KECEMRLANGAN


Keputusan pertandingan SMKM mengalahkan SMK Seberang Jaya 20-0 dan seri dengan SMK Penanti 3-3. Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kejayaan yang telah disumbangkan oleh Pasukan Bola Jaring SMKM yang terdiri daripada Nabilah, Amalina, Athirah, Nurzatul, Atikah, Awatif, Shuhada, Mudhrikah, Haiza, Aida dan Nurzafirah dan diiringi oleh guru penasihat Bola Jaring Pn. Syalina dan Pn. Siti Habsyah.

Sunday, October 17, 2010

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SMK MENGKUANG 2010






Pada 16 Oktober 2010, Unit Kokurikulum SMK Mengkuang telah menganjrukan sambutan Hari Alam Sekitar peringkat sekolah yang bertemakan 1P1P,Bersatu Hijaukan Sekolah. Pelbagai aktiviti telah dan akan diadakan antaranya pengumpulan dan penjualan bahan kitar semula, 1 pelajar 1 pokok, taman angkat dan seminar alam sekitar. Program ini mendapat kerjasama yang baik dari semua warga SMKM, PIBG, MPSP, Jabatan Alam Sekitar, Institut Pertanian Bukit Mertajam, Institut Pertanian Bumbung Lima dan lain-lain. Program ini akan diteruskan dengan minggu "Jom Kitar Semula" mulai 18-22/10, projek taman angkat kelab / persatuan yg akan dikendalikan oleh pelajar2 tingkatan 3. Unit Koku SMKM merakamkan setinggi2 penghargaan terima kasih atas kerjasama yg diberi oleh semua pihak utk menjayakan program ini.

Tuesday, September 7, 2010

TAZKIYATUL NAFS : ADAB-ADAB DI AIDIL FITRI



Get more Eid:Click here
Get More Eid Glitters & Image Messages

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"
Sumber :www.zaharuddin.com