Sunday, May 25, 2008

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI HARI GURU

ACARA MEMOTONG KEK SEMPENA HARI GURU

PERSEMBAHAN NASYID

INI LE JUARA PERTANDINGAN MASAK

PERTANDINGAN MENYAMBUT BELON BERAIR

PERTANDINGAN MURID SUAP GURU (MAKAN)

PERTANDINGAN MAKAN BUAH TEMBIKAI

PERTANDINGAN GUBAHAN


PERTANDINGAN MENAIKI MOTOSIKAL LAMBAT








CORAT CORET HARI GURU


Pada 23 Mei 2008, kami cikgu2 SMKM telah diraikan dengan sambutan hari guru yang begitu meriah dan happening habis,hari guru yg paling meriah sepanjang saya bertugas di SMKM….tima kasih le amirul, syaz, nana, caun dan semua pengawas sekolah kerana bertungkus lumus atur program ni…kira berjaya lah.. macam2 aktiviti dan permainan depa atur yg melibatkan cikgu dan pelajar...secara tak langsung dapat le mengeratkan hubungan antara cikgu dgn pelajar…Program dimulakan dgn bacaan yasin, ucapan ketua murid, ucapan pengetua dan PIBG, pastu kami menyanyi lagu guru Malaysia, persembahan pelajar (rasa cam tak percaye plk tgk man atas pentas,bkn pe man ni pemalu orgnya,tapi usth lbh suka klau man masuk tilawah g drp persembahan tu...), majlis potong kek dan yang paling seronoknya permainan…ada pertandingan makan tembikai berpasangan antara guru dgn murid, pertandingan makan, murid suap guru…punye la seksa nak telan roti yang liat dan keras tu…sori ye nana, kita kalah…bkn pe kalau nana suap piza dgn fresh oren ke,baru le blh menang…,pertandingan masak…tahniah kumpulan ‘koop ok le tu’(K.Husna, June dan Hanis) sbb jadi johan…yg mahal kat air kot..tgk le resepi sape…,he3…, pertandingan gubahan, boling buah nyok, sambut belon berair,ha!! basah kuyup cikgu2, baling bola dlm tayar dan last sekali bawa motor lambat, tn pengetua pun sporting habis,walaupun kalah…Dikesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2 yg telah mengajar saya secara langsung @ tak langsung semasa di SKSP,MMU,SMKP,MPI dan UTM, Jasa kalian amat saya hargai.. terima kasih juga diucapkan pd xstudent yg masih sudi memenuhkan peti sms dgn ucapan hari guru,walaupun ada yg tlh bekerja (Rohi pgwai bank di S.P, Asrul guru di Phg) Mansur di UiTM Phg, Anis di Gombak, Kak We Aini di Matrik Pongsu Seribu, Timah, Wan Man, Yus, Azrul, Hakim,Kembaq, Aimi dan Afiq di SMT, Kamal di MTD , Farouk di KL, Fahmi, Leha, Aini , Riduan dan yg lain2 yg tak disebut nama jgn marah ye..tak ingat...juga pd kwn2(best le isi sms k.Mazidah, mahal tu…)…tima kasih byk ye….pd Shafa, Izzati , Aton dan Shafiq, tq… hadiah tu sweet sgt…I like…pada anak-anak didik yg lain, maaf kalau ada terkasar bahasa, terkena ‘sengatan’@ mgkin usth ajar tak faham selama ni….maaf byk2 ye..Insya Allah kalau pjg umur kita jumpa g…Oopp hampir terlupa… “Selamat Hari Lahir” diucapkan kepada Pn. Badariah (12 Mei), Pn. Latipah (21 Mei), Hasmarita (1 Mei), Ummi (mak) (1 Mei) Dik Yah (18 Mei), Nasriyah (28 Mei) dan K. Ana (31 Mei), semoga panjang umur , dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati Allah...........


Tuesday, May 20, 2008

EXAM OH EXAM

Mulai minggu lepas pelajar-pelajar SMKM menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, macam-macam ragam boleh kita lihat, ada yang sampai tak boleh berengang dengan nota, ada yang buat tak kisah, mungkin ilmu dah penuh di dada kot,tunggu nak luahkan je, masa tengah exam, ada yang tak angkat kepala, tak cukup tangan nak tulis, ada pula yang tak angkat2 kepala terlalu khusyuk menjawab dalam tidurr….mgkin bila tidur bleh dapat ilham kot..emm..cikgu pun tak menang tangan nak gerak bdk2 yang tidur…alhamdulillah tak ramai yang camtu, satu dua je,sangka baik ni,depa jaga mlm baca buku la tu..ada kelas tu bila hari2 biasa tak tau dok diam,tapi bila hari exam,sunyi sepi mcm baru kena tsunami,knape ye..ha tu kena p tengok sendiri...satu lagi perangai pelajar-pelajar, pukul 11 habis exam, pukul 11.30 asal nampak muka cikgu mula tanya cikgu/usth saya dapat berapa…aduiii... pening palo den nak jawab..kalau boleh timbang kati je ketas jawapan tak pe la..ni kena peksa ikut skema anak-anak oiii…esok last depa exam..pasni masing-masing sibuk kira berapa A terutamanya form 3IS dan AK (bdk pompuan je..) ha!! ema,nad,tika,yam,mimi,atin dll,hampa target berapa A,blh lwn naim & eh tak?, Bagi yang dapat markah sipi2 nak A tu mula le merayu ‘ala usth 1 gi je nak A, tambah le…’ tapi seperti biasa..jawapan usth..'tu le sapa suruh tak mau jawab betui-betuiiii…’ tak akan tambah punye,...jgn harap,tak makn punye.....pasni ketam mula mencari makan…ala cuit manje2 je...tak caye tanya xstudent smkm n bdk2 f4 &f5..depa bila dah tukar sek..mula le antar sms...ala rindu le…(tapi klau 'makan' bdk come yg ckp byk tu sodap gak...klau bc dpt D le) 3IS plk tertunggu-tunggu ketas sape last sekali bkn pe kalau dpt last maknanya dia paling highest, ni dah jadi tradisi sejak depa f1.…bangga la tu....2AF, puterinya not bad..(tiemah,nad,kk,ean,hanim tak mau kalah tapi jijah menang la kali ni..) tapi yg lelakinye??...ha!! siap le kome, nasib baik le si iqbal jadi penyelamat…apa pun selamat bercuti..ingat cuti bukan bermakna cuti segala-galanya, jgn lupa bawa nota P.I ke mana saje anda berada ok...ha! bdk2 f3 jgn lupa pasni ada UTH..hafaz jgn tak hafaz...ok selamat bercuti...

Sunday, May 18, 2008

AKTIVITI MINGGU INI

1. KEM MOTIVASI DAN PERKHEMAHAN PENGAKAP
TEMPAT : PUSAT SUKAN AIR,TELUK KUMBAR
PADA : 20 HINGGA 21 JUN 2008

2. HARI KOPERASI SEKOLAH
PADA : 23 JUN 2008
AKTIVITI : PENANAMAN POKOK
: JUALAN
: SUKANEKA

3. HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (HAKEP)
PADA : 26 JUN 2008

TAHNIAH


UNIT KOKO SMKM MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KUMPULAN NASYID SMKM KUMPULAN SOUTUL NISA' KERANA TELAH MENDAPAT TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN NASYID BELIA PULAU PINANG SEMPENA HARI BELIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG .TAHNIAH.........

Thursday, May 15, 2008

SELAMAT HARI GURU

UNIT KOKURIKULUM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA GURU SMK MENGKUANG DAN SEMUA WARGA GURU SELURUH NEGARA. TERUSKAN KECEMERLANGAN ANDA...

Saturday, May 10, 2008

PENGUMUMAN

Perhatian kepada semua bekas pelajar SMKM lepasan SPM 2007, sila semak kelayakan kemasukan ke tingkatan enam mulai sekarang. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat tempat di IPTA dan Matrikulasi dan lain-lain institusi.

Friday, May 2, 2008

TAZKIYATUL NAFS

BANTU SESAMA MUKMIN

Manusia sebagai makhluk sosial yang hidup bermasyarakat. Tiada manusia yang boleh hidup terasing dan jauh daripada orang lain. Dengan fitrah manusia yang lemah, mereka sememangnya amat memerlukan orang lain sama ada untuk memudahkan kerja atau sekadar memberikan dorongan serta semangat. sebagai insan kita digalakkan untuk saling bantu membantu dan meringankan bebanan orang lain, tidak kira besar atau kecil pertolongan, tetapi jika bantuan itu dapat memberikan keringanan pada orang yang memerlukan, tetap akan dibalas dengan ganjaran pahala. Hal ini ditegaskan Rasulullah seperti yang dinyatakan oleh Abu Hurairah bahawa baginda bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa yang menolong memberi nafas baru kepada seseorang mukmin yang mengalami kesusahan yang menyesakkannya dari kesusahan dunia, nescaya Allah menolong melegakan kesusahan yang menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari kiamat : dan sesiapa yang menolong memudahkan susah payahnya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat dan Allah tetap memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu memberikan pertolongan kepada saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang cara yang menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberi kemudahan kepadanya dengan usahanya untuk mendapat jalan yang membawanya ke syurga."
* Dipetik dari majalah Nur.
* Ringankan tulang membantu orang lain, Insya Allah,
dia akan membantu kita semula.