Thursday, January 29, 2009

MAJLIS PENYERAHAN BASIKAL




Pada hari Rabu, 28hb januari lalu, Unit Biasiswa dan Kebajikan SMKM telah mengadakan majlis penyerahan basikal yang telah disumbangkan oleh Pusat Urus Zakat Pulau Pinang untuk kegunaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan ke sekolah. Sebanyak 10 buah basikal telah disumbangkan oleh PUZ. majlis penyerahan basikal ini disempurnakan oleh Tn.Hj. Mohd. Noor bin Yusof, Pengetua SMK Mengkuang.Pihak sekolah amat berharap pelajar-pelajar yang menerima sumbangan ini dapat memanafaatkannya dengan sebaiknya.

Monday, January 26, 2009

SEKADAR RENUNGAN

1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.
2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.
3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.
4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).
5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).
6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.
7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.
8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik

Friday, January 23, 2009

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE 8





Pagi tadi kami semua warga SMKM berarak ke Mengkuang Dam,bdk2 asrama diangkut dgn bas,yg lain2 tu pandai2 le depa cari jln nak ke sana...meriah betul dgn baju warna rumah masing2...malangnya nak upload gambar2 menarik semasa merentas desa kena le tunggu buka sekolah nnti sbb kamera usth kehabisan bateri, sempat ambil sikit je,yg lain kena minta dari C.Shah n C.Nizamul..lupa nak tengok bateri sblm ke mengkuang dam..cite pasal kamera...usth hampir kehilangan kamera pagi tadi sbb tertinggal kamera atas bonet kereta, lalai betul...alhamdullillah, masih ada rezeki usth walaupun jarak antara rumah ustazah ke mengkuang dam lebih kurang 4 @ 5 kilometer,melalui simpang tiga,lalu 3 trafic light n jalan yg agak corner sana sini tapi kamera tu tetap dok elok2 atas bonet kereta sampai ke mengkuang dam wlpn dia tak pkai tali pinggang keledar(he3)...berdisplin betui kamera tu kan??? Berbalik kpd Larian Mengkuang tadi..pelajar nampak bersemangat utk memenangkan rumah masing2..diiringi oleh teriakan semangat guru2 rumah..mcm2 aksi...thn ni rumah kuning diberi laluan oleh rumah hijau..kami bkn pe sebenarnya blh menang tapi oleh kerana tak mau derhaka kpd pengetua jadi kami bagi peluang kat rumah kuning utk menang...Hijau tetap juara walaupun dpt tempat kedua...kita tunggu sukan tahunan pada 26hb Februari ni ye...

Tuesday, January 20, 2009

PALESTIN





Jawatankuasa Kebajikan dan Jawatankuasa Surau dan Fardu Ain, unit HEM dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan majlis bacaan yasin dan kutipan derma untuk selamatkan Palestin daripada ancaman jahat Israel. Di saat dan ketika ini hanya ini yang mampu kita lakukan sebagai jihad kita menentang Israel, selain kita memboikot barangan mereka..kita tidak mampu untuk bersama-sama mereka mengangkat senjata tapi kita masih boleh berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka...Semoga doa dan kerja buat kita dpt membantu menyelamatkan saudara kita di Palestin..Amin....

Thursday, January 15, 2009

LATIHAN SUKAN 2009





Musim sukan dah bermula...setiap petang SMKM meriah dgn latihan sukan/permainan masing-masing...untuk rumah sukan,rumah kuning diketuai oleh Tn.Pengetua,rumah biru diketuai oleh PK Pentadbiran, rumah merah diketuai oleh PK HEM dan rumah hijau diketuai oleh PK Kokurikulum...Latihan diadakan kerana pihak sekolah akan menganjurkan Kejohanan Merentas Desa di Empangan Mengkuang pada 23hb ni dan Sukan Tahunan pada 26 Februari...Hari ini saya berkesempatan turun padang meninjau sesi latihan rumah hijau dan kuning...wah!! Tn.Pengetua sendiri turun padang melatih pasukan rumah kuning dgn penuh semangat...tapi juara thn 2009 ni akan tetap menjadi milik abadi RUMAH HIJAU...HIJAU JUARA!HIJAU JUARA!HIJAU JUARA!!!(rumah lain jgn mare ye...kenyataan!!!)

Monday, January 12, 2009

MARI KITA BOIKOT BARANG ISRAEL

Sama-samalah kita berusaha memboikot barangan yang menyumbang kepada keangkuhan israel laknatullah.Ulama Yusuf al-Qaradawi telahpun mengeluarkan fatwa tentang ini..satu riyal digunakan untuk membeli produk yang menyumbang kepada israel samalah membeli sebutir peluru yang menembusi jantung saudara kita di Palestin.masyaAllah..apa yang telah kita lakukan pabila turut sama membeli barangan tersebut?seumpama tangan ini juga membantu mereka untuk membunuh saudara kita di sana.

"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."

20 Muharram 1423 AH
4 April 2002
http://www.inminds.com/boycott-fatwas.html
PBB juga mendedahkan tindakan kejam tentera Israel menghimpunkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah di daerah Zeitun sebelum membedilnya bertalu-talu menyebabkan 30 orang maut, Ahad lalu.
penduduk yang terselamat pula diarah berjalan kaki sejauh dua kilometer ke Jalan Sala Ed Din sebelum dihantar ke hospital dalam kenderaan awam. Tiga kanak-kanak, termasuk bayi berusia lima bulan, dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. apa mereka anggap nyawa manusia satu permainan???? Sama-sama lah kita fikirkan!!!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, January 2, 2009

SEKOLAH OH SEKOLAH

Cuti sekolah hanya tinggal 2 hari je gi..mulai 5hb persekolahan berjalan seperti biasa...pada 2hb lalu pelajar2 tingkatan satu mula mendaftar dan membeli kelengkapan sekolah dan asrama(bagi yg mendapat tawaran)lebih kurang 190 org pelajar tingkatan satu telah mendaftar...SMKM mengucapkan selamat datang ke SMKM,kemarin masing2 nampak bersemangat utk bersekolah di SMKM, harap2 semangat utk belajar tu terus membara hingga akhir thn ye.....pada 5hb pelajar tingkatan satu akan menjalani orentasi, manakala yg mendapat tawaran masuk asrama akan mula mendaftar masuk asrama pada 4hb jam 2.00 ptg dan mula mengikuti orentasi asrama pd malam tersebut.Pelajar tingkatan 4 akan diagihkan mengikut keputusan PMR dan aliran yg dipohon (sains tulen, akaun,lukisan kejuruteraan dan perdagangan) tapi biasanya pada awal thn kelas IS (sains) penuh tetapi bila tawaran ke SBP dan MRSM keluar hampir 3 perempat pelajar2 yg mendapat keputusan cemerlang akan meninggalkan SMKM...tak sedih ke nak tinggalkan SMKM tapi tak pe ubah angin plk kan???Harap2 pelajar2 3IS 2009 ni akan dpt merealisasikan hasrat usth utk mendapt 100% A dlm P.I seblm usth meninggalkan SMKM,Insya Allah...Opps sebelum terlupa aktiviti kokurikulum akan bermula pd minggu pertama persekolahan, latihan rumah biru dan merah pd hari selasa 6hb jam 4.00 petang dan latihan rumah hijau/kuning pada 8hb dan minggu2 seterusnya..kita tengok rumah apa yg menang thn ni..rasanya rumah hijau kot.:D. Apa2 pun usth ucapkan "SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..."