Wednesday, March 11, 2009

SEMPURNAKAH KITA DLM MENUTUP AURAT

KESILAPAN2 YG SERING DILAKUKAN OLEH KAUM WANITA TENTANG AURAT

Saya terpanggil untuk posting ini tentang aurat wanita setelah memendam terlalu lama rasa hati bila melihat rakan2 bertudung tetapi memakai t'shirt berlengan pendek,memakai tudung tetapi bertudung nipis tanpa memakai anak tudung yang menutup sepenuhnya rambut..entah lah hati ingin menegur tetapi keberanian untuk menegur tiada...(aduhai ustazah, tegah dgn cara selemah2 iman,tegur dlm hati je la..,..kalau anak murid sendiri memang dah kena dan selalu dah depa kena..)harap2 lepas baca posting ni rakan2 dan anak2 murid usth akan berfikir semula sempurnakah kita dalam menutup aurat.

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah * perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan *: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

No comments: