Thursday, July 31, 2008

BULAN KECERGASAN (2)

Pasukan Bola Sepak SMKM (Jersi Biru Muda)


Para pemain dan penyokong pasukan SMKM

Rebut jgn tak rebut.....Pemain SMKM (Juzailah) sedang cuba untuk menjaringkan bola.Cubaan Juzailah berjaya...

Sempena bulan kecergasan, smkm telah mengadakan beberapa siri perlawanan yang melibatkan guru SMKM dengan pelajar smkm, guru SMKM dengan guru2 sekolah yang berdekatan. Hari ni guru2 SMKM telah mengadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring antara guru2 SMK Permatang Rawa. Perlawanan ini selain daripada meningkatkan kecergasan fizikal, ia juga merapatkan hubungan silaturrahim antara dua sekolah... seronok sgt tengok kawan2 main..saya hanya bertugas sebagai juru gambar...nak main???ohhh tidak.... keadaan kesihatan tidak mengizinkan saya lasak....cukup le sekadar menjadi penyokong pasukan SMKM...walaupun keputusan perlawanan bola jaring tidak memihak kepada pasukan SMKM tapi kami puas hati kerana pemain2 SMKM telah bermain dgn penuh semangat kesukanan..tahniah kepada pengurus pasukan SMKM, Pn. Latipah dan pemain2 ( Pn. Rajes, Pn. Rusliza, Pn. Ritha, Pn. Asmah, Pn. Zainab, Pn. Siti Habsyah,Pn. Juzailah, Pn. Norita, Pn. Zaini dan Pn. Norhayati) juga tahniah pada jurugambar...He3. Pasukan bola sepak pula diketuai oleh Tn. pengetua dan dibantu oleh En. Aidi, En. Jamil, En. Shaharizan, En. Zaki, En. Abd. Rani, En. Fadzil, En. Amir, En. Sha'al, En. Ali, En. Baba AlJohari , En. Zamri , C.Lah dan Mr. Ang.

Saturday, July 26, 2008

HARI KOKURIKULUM DAN HARI KANTIN SMKM 2008

Majlis Perasmian oleh NYDP PIBG

Pasukan pengakap sedang mengatur strategi utk check point explorace seterusnya



Pertandingan Memasak

Pertandingan Mewarna

Pertandingan Kawat...steady le abe...

Ni le gaya pembakar ayam profesional....

Ni berniaga ke sembang??Ramai peniaga dari pembeli ni....

Wah, Mr. Ang byk ong aaa dapat hadiah cabutan bertuah...

Hari ini, 26 Julai 2008, SMKM dan PIBG telah menganjurkan Hari Kokurikulum dan Hari Kantin. Hari Kokurikulum dan hari kantin ni cukup meriah dengan pelbagai aktiviti dan gerai-gerai jualan...dan sambutan daripada ibu bapa, pelajar dan bekas pelajar pun amat memberangsangkan...Ieka n Timah siap angkat geng gi mai sekolah...(hampa beli satay dak?) Alhamdulillah semua makanan yg dijual habis dan mencukupi dgn jumlah kupon yg dijual ..(rasanye la) Gerai Koop??? fuhh!!! tak menang tangan nak layan...Selain daripada gerai, ada pertandingan kawat, explorace, memasak, halangan hidup dan pertandingan mewarna... keputusan penuh, Insya Allah saya akan masukkan bila buka sekolah nanti..Unit Kokurikulum mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi komitmen yg tinggi untuk mejayakan Hari Kokurikulum 2008.

Wednesday, July 23, 2008

AKTIVITI KELAB PELANCONGAN





AKTIVITI KELAB & PERSATUAN MINGGU INI




GOTONG ROYONG PERDANA KELAB & PERSATUAN

Aktiviti kelab dan persatuan minggu ini (23 Julai) ialah mengadakan gotong royong perdana mencegah denggi. Kelab dan persatuan dibahagikan kepada lokasi-lokasi tertentu di sekitar kawasan sekolah. Gotong royong bermula dari pukul 2.30 dan berakhir pada pukul 3.30 petang.

Sunday, July 20, 2008

HARI KOKURIKULUM DAN HARI KANTIN SMKM 2008

SMKM akan mengadakan Hari Kokurikulum dan hari Kantin pada 26hb Julai 2008, sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 1 petang...Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pertandingan Kawat, explorace, halangan hidup, pertandingan memasak antara unit uniform dan pertandingan mewarna untuk anak-anak guru dan staf sokongan. Selain itu turut diadakan jualan...sebanyak 15 buah gerai dibuka pada hari tersebut...seperti biasa jgn lupe singgah gerai koperasi no..kami jual satay, float, nugget dan buah2..membeli sambil menderma ok...gerai2 lain ada jual nasi ayam, mee kuah, burger, rojak, laksa ,keropok lekor dan mcm2 g, MACAM2 ADA.....Pengunjung boleh membeli kupon daripada pihak sekolah sekarang atau pada hari tersebut..satu buku kupon berharga RM10.00. Semua dijemput hadir terutama waris dan bekas pelajar SMKM untuk memeriahkan Hari Kokurikulum dan Hari Kantin ini...mai jgn tak mai no.....

PERKEMBANGAN STAF


Suasana sebelum bertolak ke Pulau Jerejak



Suasana dalam feri semasa perjalanan ke Pulau Jerejak

Sempat gi tu bergambar sebelum aktiviti.

Sesi perbincangan dalam kumpulan

Sesi pembentangan hasil perbincangan dalam kumpulan

Antara aktiviti dalam kumpulan

En. Hashim dlm perjalanan ke tempat flying fox

Pn. Suraya dan Pn. Rajesvary, mcm tak sabar je nak buat flying fox...

Senyum dalam takut sebenarnya ni...gayat...

Tn. Pengetua, Tn. Hj. Mohd. Noor, cool je kan??

Pn. Latipah, PK Pentadbiran, cool je nampok,dok gayat ke??

Pn. Hjh Badariah,PK HEM

En. Aidi , PK Kokurikulum dan Cikgu Shah

Persiapan sebelum flying fox...sibuk cari saiz tali pinggang, ada ke saiz??

Sape kata cikgu perempuan penakut...

Cikgu Shah dgn aksi berani matinya... dah isi borang takaful ke belum??...

Pada 19hb Julai 2008, SMKM telah mengadakan perkembangan staf di Pulau Jerejak. Di sana pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ceramah menangani stress, ye la kdg2 cikgu2 rasa stress gak bila pelajar tak nak dengar arahan, dibebani kerja2 lain dan nak pi ke Pulau Jerejak ni pun mula2 rasa stress sbb dikabarkan semasa di pulau ni akan dijalankan aktiviti lasak...memang tak minat langsung aktiviti lasak dan tak boleh lasak..almaklumlah dah tue...stress sgt bila fikir...Semasa ceramah menangani stress ini diselitkan aktiviti dalam kumpulan...ada kumpulan yang dikehendaki menjawab soalan dan kumpulan yang dikehendaki berlakon...kumpulan lakonan yang paling cemerlang ialah kumpulan pengetua...pengetua memang sporting habis....pendek kata kalau nak cari pelakon tambahan boleh le ambil group ni berlakon....selepas solat, kami dibawa ke tempat menjalankan aktiviti flying fox, nak ke sana terpaksa mendaki bukit, melintasi titi gantung (kecut perut gak le...gayat)...ramai gak cikgu2 yang cuba flying fox ni...yg berani je le...selepas tu kami meneruskan aktiviti explorace...biasanya kita buat kat pelajar kali ni cikgu plk berlari2 cari jawapan...penat...explorace ni dimenangi oleh kumpulan pengetua....lepas solat asar, kami bertolak pulang kira-kira pukul 6.00 petang...

Wednesday, July 16, 2008

PROGRAM AKADEMIK KEPIMPINAN UNGGUL (AKU)

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

1. Nama aktiviti : Program Akademik Kepimpinan Unggul (AKU)

2. Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mengkuang

4. Tarikh : 11-13 Julai 2008

5. Tempat : Teluk Kumbar, Pulau Pinang..

6. Pelajar Terlibat : 32 orang pelajar

Ketua & Penolong Ketua Kelas

Ahli Koperasi

7. Guru Terlibat : Mohd Sabri b. Taib, Norhayati bt Ismail

8. Latar Belakang :

Program akademik kepimpinan unggul (AKU) adalah penting dalam melatih ketua kelas agar mereka menjadi seorang pemimpin yang yang berpengetahuan serta dapat mengaplikasikannya dalam menjalankan tugas sebagai orang harapan guru-guru khususnya Guru Tingkatan.

Dalam program ini barisan pimpinan akan diberi kefahaman tanggungjawab perlu dilaksanakan. Dengan kefahaman ini mereka akan melaksanakan dengan lebih semangat dan puas kerana memahami erti tujuan perjuangan di sekolah. Lima elemen akan diterap dalam jiwa pemimpin ialah BERANI,TEGAS, PENGORBANAN, AMANAH & AKHLAK MULIA.

9. Objektif :

9.1 Melahirkan kefahaman erti tanggungjawab.

9.2 Membentuk keperibadian kepimpinan dan berakhlak mulia.

9.3 Melatih sikap keberanian dan ketegasan dalam melaksanakan tugas.



Inilah istanaku...
Pembentangan tugasan
Latihan Kematian
Permainan jaga iman
Makan berjemaah cara nabi
Latihan Ketahanan diri
Solat itu tiang agama.....

Alamak, gelapnya..apa aku pegang ni...takut gak
Para peserta kem bergambar bersama-sama kaunselor dan fasilitator