Monday, March 30, 2009

PERTANDINGAN KAWAT KAKI 2009

Pada sabtu yang lalu, unit kokurikulum smkm telah mengadakan pertandingan kawat kaki peringkat sekolah. Sebanyak 6 pasukan unit uniform telah terlibat iaitu KRS, PBSM, Pengakap, Kadet Bomba, Pandu Puteri dan Puteri Islam. Pertandingan ini dimenangi oleh pasukan KRS, tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Puteri Islam, tempat ketiga dimenangi oleh PBSM, manakala ketua platun terbaik dimenangi oleh Fatin Nur Syamimi dari pasukan KRS.Pasukan KRS, Puteri Islam dan Kadet Bomba akan mewakili sekolah ke pertandingan kawat yang akan diadakan di Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam pada 31 dan 2 April ini. Unit Kokurikulum mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada hakim, En Ahmad bin Saad dan En. Khalim bin Abdullah, semua guru penasihat dan pelajar2 yg terlibat.

No comments: