Thursday, April 30, 2009

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA

Tadi, 30 April 2009 telah diadakan majlis perpisahan dgn pengetua yg dikendalikan sepenuhnya oleh jawatankuasa induk pengawas. Pelbagai acara telah diadakan dan semua acara yg diadakan tu lebih kepada luahan hati pelajar2 yg begitu mengharapkan agar Tn. Pengetua tidak meninggalkan mereka. Pada akhir acara, semua pelajar beratur utk bersalam-salaman dgn pengetua.

CORAT CORET GURU PRAKTIKAL USM

Pada awal januari 2009, kami warga SMKM menerima 7 org tetamu daripada USM. iaitu Nizamul, Gunalan, Micheline, Zafirah, Munirah, Shamila dan Syazwani. Kedatangan mereka amat kami alu-alukan. Hari pertama bertemu mereka telah terpancar budi pekerti dan keikhlasan mereka utk menjalani latihan mengajar di SMKM, ye la..belum apa2 gi depa turut sama meyinsing baju utk gotong royong mengubahsuai kedudukan meja di bilik guru. Mereka sentiasa memberi kerjasama yang baik utk setiap aktiviti yg dianjurkan oleh pihak sekolah apatah lagi SMKM tidak pernah sunyi dgn pelbagai aktiviti bermula dgn merentas desa dan hingga saat akhir mereka di sini, mereka masih menabur bakti untuk menjayakan ASAT terutama Nizamul (penghuni aspura mesti terasa ketiadaannya nanti kan?) Utk itu Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kerana begitu komited dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab sepanjang anda semua berada di SMKM. Kami doakan semoga anda semua cepat diposting dan mendapat sekolah yang lebih baik. Teruskan kecemerlangan anda semua ok.

Wednesday, April 29, 2009

JAMUAN PERPISAHAN PENGETUA (TN HJ MOHD NOOR)

Hari ni 29hb April, Kelab Keluarga SMKM telah mengadakan majlis perpisahan Tn Pengetua, Tn. Hj. Mohd. Noor yang akan bertukar ke SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin mulai 4 Mei 2009. Majlis ni diadakan di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas. Tn. Hj. Mohd Noor mula bertugas di SMKM pada april 2008, ngam2 setahun kat SMKM, kami dah mula serasi dgn beliau tup2 beliau berpindah pula. Ingat lagi kali pertama beliau mengadakan perjumpaan dgn kami cikgu2 masa beliau mula bertugas SMKM, masing2 kecut perut melihat ketegasan beliau, serius betul masa tu tapi bila dah lama, kami dah boleh terima cara beliau bekerja. Banyak perubahan dan pembaruan beliau lakukan, yg paling kami tabik ialah kesanggupan beliau utk sama2 turun padang melatih pelajar dalam acara sukan dan permainan sehingga team bola tampar SMKM menjadi salah satu team yg terbaik dalam daerah. Kesempatan ini saya memohon ribuan maaf seandainya ada salah dan silap sepanjang bertugas di bawah selian Tn Haji dan juga bagi pihak Unit Kokurikulum SMKM kami mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan tuan dalam pengurusan kokurikulum dan memohon maaf seandainya ada perkara yg tidak memuaskan hati Tn. Hj. sepanjang aktiviti kokurikulum dilaksanakan di sekolah.

Saturday, April 25, 2009

HEPI BESDAY

Waa..hari ni genap setahun usia blog ni...cepat rasanya masa berlalu. Blog ni dibuat ada sejarah sebenarnya. Ia dibuat hasil frust bila janji pihak penganjur nak ajar buat blog, kami cikgu2 ni punya excited nak belajar tapi bila masuk kelas alamakkk diajarnya tentang ikon2 dlm internet dan camne nak search internet...benda basic tentang internet...bkn nak belagak tapi tak sesuai sbb rata2 cikgu dah tau benda ni..Last balik rumah explore blog org,tgk camne depa buat, try n error maka jadilah blog ni, alhamdulillah.. Yg bestnya dah ada anak murid dlm dunia blog ni (blog asrama , blog PSS n blog beberapa pelajar - cewah dah tukar profesion dari ustazah ke cikgu ICT plk. :D) . Ada gak org suruh tukar blog ni atas nama sekolah, bkn tak mau tukar tapi rasa lebih bebas utk posting , skopnya lebih kecil dan blog ni adalah projek Unit Koko SMKM , ia merupakan kredit kat kami. Kesempatan ni saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kpd PKKK atas sokongan dan idea (maaf la ye ust kdg2 terpaksa melayan karenah saya yg kalut dan angin skit ni :D), Ustazah Rusliza dan suaminya Azam yang mencetuskan saya menjadi blogger, rakan2 sekolah , rakan siber dan anak2 murid serta semua pengunjung blog ni. Semoga blog ni dpt memberi manafaat kpd semua, Insya Allah.

KURSUS BESTARI SOLAT

Hari ni 25hb April bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang telah diadakan Program Pembangunan Jati Diri Muslim anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam serta asrama SMKM. Seramai 115 orang pelajar tingkatan satu dan dua terlibat. Program ini dijalankan untuk membantu pelajar memahami konsep solat seterusnya dapat melaksanakan solat dgn sempurna. Pihak penganjur menggunakan khidmat konsultan iaitu TeamXcell Consultancy. Unit Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam serta ribuan terima kasih diucapkan kepada Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (sponsor), TeamXcell Consultancy terutama pengendali kursus Ustaz Khairul Asfani, Tn. Pengetua dan semua pihak yg terlibat.

Friday, April 24, 2009

MINGGU BAHASA

Bermula 20 hingga 24hb April, minggu koakademik Bahasa telah diadakan hasil kerjasama antara Panitia Bahasa Melayu , Panitia Bahasa Inggeris dan Persatuan Bahasa Melayu serta Persatuan Bahasa Inggeris. Majlis pelancaran telah diadakan pada hari rabu 22hb(terpaksa buat pd hari rabu kerana pd pagi isnin dan selasa hujan, maka perhimpunan pun dibatalkan..)Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya forum, pantun, explorace, kuiz silangkata, koir dan mgkin ada gi yg tak disebut (maaf le..tak dpt maklumat lengkap). Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana sudi melaksanakan minggu koakademik dgn sempurna.

Thursday, April 23, 2009

5 PANDUAN UTK MENJADI BOS HEBAT & DIHORMATI

HUBUNGAN ketua jabatan dan kakitangan penting bagi memastikan kelancaran perjalanan sesebuah organisasi. Selalunya, kakitangan yang berusaha menjaga hubungan baik. Namun, ada juga perkara sepatutnya diambil tindakan ketua jabatan sebagai menjaga hubungan dua hala itu. Lima perkara yang selalu ketua anda atau mungkin juga anda sebagai ketua terlepas pandang untuk melaksanakannya.

• Beri salam
Jika diperhatikan jarang sekali ketua di tempat kerja yang mula memberi salam. Asyik-asyik anak buah yang kena mulakan memberi salam. Selalu juga berlaku anak buah beri salam, tetapi ketua jabatan tidak menjawab. Jika anda sebagai ketua di organisasi, apalah salahnya anda menghulurkan salam kepada anak buah di pejabat. Percayalah mereka akan segan dan mula menyayangi anda.

• Beri hadiah penghargaan pada hari tertentu

Satu perkara yang mudah tetapi adakah anda sebagai ketua atau ketua anda lakukannya? Penghargaan yang tidak seberapa tetapi akan menyebabkan staf di bawah memberikan kesetiaan kepada anda dalam melaksanakan tugasan diamanahkan.
Ketua anda mungkin memberikan alasan susah untuk mengingati tarikh lahir staf yang ramai. Tetapi itulah yang anda lakukan untuk menjadi ketua yang hebat.

• Staf adalah keluarga di pejabat

Jangan hanya menganggap staf sebagai rakan kerja tetapi mereka sebenarnya adalah keluarga kedua di pejabat. Jadi jangan hanya layan mereka sekadar rakan kerja untuk menyiapkan tugasan diberikan. Anda juga perlu tahu masalah dan emosi mereka.

• Turun padang
Banyak yang berlaku, setiap kali majlis kecil atau program dianjurkan oleh staf, ketua tidak hadir untuk meraikannya. Anda mungkin menyerahkan pembantu untuk hadir. Tetapi tanpa anda sedari anda sudah mengecewakan mereka.

• Berikan hak staf anda

Bukan mudah menjadi seorang bos (ketua) yang hebat. Anda perlu tunaikan semua hak staf supaya mereka lebih mengasihi anda.
Hadirilah setiap jemputan kenduri kahwin, majlis tahlil atau ziarah keluarga staf anda jika mereka ditimpa kesusahan. Hulurkan bantuan, jangan hitung kuantiti yang diberi tetapi ambil kira kualiti yang sudah anda lakukan.

Perkara yang anda lakukan ini mungkin tidak seberapa di sisi anda tetapi besar nilainya di sisi mereka. Percayalah bahawa anda bakal menjadi bos yang hebat jika mengambil berat lima perkara ini.

Memimpin memerlukan kemahiran tertentu supaya dapat memberi kesan efektif kepada staf.
Kemahiran juga memerlukan keyakinan dan pendekatan yang kreatif supaya proses memimpin lebih mudah dan fleksibel kepada semua golongan yang menjadi sasaran kepemimpinan.

(Maklumat dari Fitrah Power Resources)
Dipetik daripada akhbar Berita Harian

Wednesday, April 22, 2009

MINGGU SAINS & MATEMATIK

Pada 13 hingga 17 April lalu, minggu koakademik sains dan matematik telah diadakan dgn kerjasama panitia Sains dan Matematik dan persatuan sains dan matematik. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan g-math, soduko, kuiz, pertandingan pelancaran roket, petrosains playsmart, explorace dan pemeriksaan kesihatan oleh Pusat Kesihatan Berapit. Menurut Ketua Bidang Sains dan Matematik, Pn. Zaini binti Wahab, semua aktiviti telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan beliau amat berterima kasih kepada semua guru sains dan matematik serta persatuan sains dan matematik kerana memberi komitmen yg baik utk menjayakan minggu koakademik sains dan matematik. Unit Kokurikulum mengucapkan syabas dan terima kasih kerana telah menjayakan minggu sains matematik yg mana secara tidak langsung menarik minat pelajar utk menyertai persatuan sains matematik khususnya dan persatuan2 koakademik lain amnya.

Tuesday, April 21, 2009

ANTARA ILMU DAN HARTA

Kata Saidina Ali K.W :
Ilmu itu adalah lebih baik dari harta kerana:
1. Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta pula adalah warisan Qarun dan Fir’aun.
2. Ilmu menjaga dan memelihara tuannya, manakala harta pula tuannya yang menjaganya.
3. Orang mempunyai ilmu, ramai sahabatnya. Manakala orang yang mempunyai harta, ramai musuhnya.
4. Ilmu itu jika diajarkan ia akan bertambah. Manakala harta pula jika dibelanjakan ia akan berkurangan.
5. Orang yang berilmu diseru dengan nama kebesaran dan kemuliaan. Manakala orang yang berharta pula diseru dengan kecelaan dan kebakhilan.
6. Ilmu tidak perlu dijaga daripada pencuri. Manakala harta pula perlu dijaga dari kecurian.
7. Ilmu dapat memberi syaafaaat kepada tuannya. Orang yang berilmu dapat memberi syafaat kepada orang lain. Manakala orang yang berharta akan dihisab pada hari kiamat.
8. Ilmu adalah kekal, manakala harta akan kehabisan dan tidak akan kekal.
9. Ilmu dapat menerangkan hati. Manakala harta pula dapat mengeraskan hati.
10. Orang yang berilmu mendakwa kehambaan (bersifat rendah diri). Manakala orang yang berharta mendakwa ketuhanan.

Saturday, April 18, 2009

KURSUS SEMBELIHAN

Rajinnya Abe .....(betoi ke cabut bulu ayam tu or belakun je ni)
Jgn sampai putus kepala dah, Nabila
Pergh !! Syafiq dah pandai sembelih ayam...
Tadi 18hb April 2009, Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam SMKM telah menganjurkan kursus sembelihan kpd pelajar2 tingkatan 4. Teori sembelihan disampaikan oleh Ust Mohd Nazree dan selepas itu pelajar menjalankan praktikal sembelihan. Memang gamat dan meriah bila pelajar kali pertama menyembelih ayam dan ada di antara mereka yg menitiskan air mata sedih kononnya tetapi kalau bagi ayam goreng sekor pun x ckup. Pelajar juga diajar cara memproses ayam(bdk2 zaman sekarang rupanya tak tau cara ayam diproses) yg mengelikan hati ialah mencabut bulu ayam dgn dua jari,tgn sebelah gi tutup hidung...alahai tak lulus nak buat menantu ni. Ayam2 tersebut kemudiannya diserahkan kepada kantin sekolah utk dimasak nasi ayam utk pelajar2 peserta kursus. Terima kasih diucapkan kpd Unit Koko dan Cikgu Nasri Ali kerana sudi sponsor kursus ni.

Thursday, April 16, 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM DI SANA SINI

KEJOHANAN SOFBOL MSSPP BWH 18THN
Baru2 ni pasukan Sofbol SMKM telah menyertai pertandingan sofbol MSSPP di SMK Kampung Selamat, Tasek Gelugor. Alhamdulillah berkat usaha dan kerjasama yg diberikan oleh guru penasihat iaitu Cikgu Nasri dan Cikgu Norhayati PSS serta para pemain (Opie,Eh,To'od,Naim, Tyson, P.Tam, Fakrullah, Najib, Ikram, Kalia,Hafeez,Asri,Bob dan Amirul)pasukan sofbol telah berjaya ke pertandingan sofbol peringkat negeri.Tahniah dan syabas diucapkan.
PESTA PANTUN KELOMPOK M8
Pada 8 hingga 9 April yg lalu, pemantun-pemantun SMKM yang terdiri daripada Nurliyana, Nurakmar, Mazliyana, Maizatul dan Ezyan diiringi oleh guru penasihat,Pn. Norhayati PSS telah menyertai pesta pantun peringkat kelompok M8 di SMK Tun Hussein Onn. Pemantu-pemantun SMKM telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pesta tersebut. Unit Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn. Norhayati dan barisan pemantun2 SMKM.

PERTANDINGAN KAWAT KAKI PERINGKAT DAERAH
Pada 6 hingga 9 April yg lalu, pasukan KRS, Puteri Islam dan Pengakap SMKM telah menyertai pertandingan kawat kaki peringkat daerah di Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam. Dalam pertandingan tersebut Pergerakan Puteri Islam telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala pasukan KRS telah mendapat tempat ke 4. Syabas dan Tahniah diucapkan.
KEJOHANAN SEPAKTAKRAW (PLD PERINGKAT NEGERI P.PINANG)