Thursday, November 10, 2011

HARI KOKURIKULUM SMK MENGKUANG 2011

Pada 10 November 2011, Unit Kokurikulum SMKM telah menganjurkan Hari Kokurikulum yang telah disertai oleh 9 unit uniform yang terdiri daripada KRS(L), KRS (P),KRS (P.Khas), P.Puteri, P.Islam, Kadet Bomba,Pengakap, Taekwando, Silat dan PBSM. Berikut adalah keputusan pertandingan :
1. Kawad
Johan : Kadet Bomba
Naib Johan : KRS (Puteri)
Ketiga : Pandu Puteri
2. Gubahan
Johan : Pandu Puteri
N. Johan : Silat
Ketiga : PBSM
3. Pionering
Johan : KRS (Puteri)
N. Johan : Pengakap
Ketiga : PBSM
4. Treasure Hunt
Johan : Taekwando
N. Johan : KRS (Puteri)
Ketiga : Pengakap
5. Ketua Platun Terbaik : Khairun Nisa' bt Khairudin @ Chak
6. Pasukan Terbaik : Pandu Puteri
Unit Kokurikulum mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pasukan yg berjaya dan merakamkan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua guru, pelajar dan seluruh warga SMKM yang telah memberi komitmen yg begitu baik untuk menjayakan Hari Kokurikulum SMKM 2011.

Tuesday, August 9, 2011

10 HAL YG MENYEBABKAN HATI MATI

Nasihat Ibrahim bin Adham, tentang 10 hal yang menyebabkan hati mati hingga doa tidak dikabulkan adalah :

1.Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak melaksanakan hak-Nya.

2.Kamu membaca kitab Allah, tapi kamu tidak pernah mengamalkannya.

3.Kamu tahu bahwa iblis adalah musuh, tapi kamu tetap mengikutinya perintahnya.

4.Kamu menyatakan cinta kepada Rasullullah SAW, tapi kamu meninggalkan sunnahnya.

5.Kamu menyatakan ingin masuk syurga, tapi kamu tidak pernah mengamalkan amalan ahli syurga.

6.Kamu mengaku takut masuk neraka. tapi kamu tetap berbuat dosa.

7.Kamu tahu kematian pasti datang, tapi kamu tidak pernah melakukan persiapan untuk mati.

8.Kamu selalu memperhatikan kesalahan orang lain, tapi kamu tidak memperhatikan kesalahan - kesalahanmu sendiri.

9.Kamu senang memakan rizqi dari Allah, tapi kamu tidak pernah bersyukur pada-Nya.

10.Kamu sering menghantar jenazah ke kubur, tapi kamu tidak mau mengambil pengajaran darinya.

Friday, July 22, 2011

JANGAN

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Wednesday, April 20, 2011

SMKM TERUS MENGORAK KECEMERLANGAN : TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING SMK MENGKUANG

Unit Kokurikulum SMKM mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Baling Bawah 18 tahun kerana telah muncul Naib Johan Zon Permatang Pauh mengalahkan SMK Tun Hussain Onn pada pelawanan separuh akhir dan kalah kepada SMKP pada pelawanan akhir. Terima kasih diucapkan kepada guru penasihat Pasukan Bola Baling atas kerjasama dan komitmen yg telah diberi...Jazakumullahu Khairan Kasira

Saturday, April 9, 2011

MINGGU BAHASA INGGERIS

Unit Kokurikulum dengan kerjasama Jabatan Bahasa, Panitia Bahasa Inggeris dan Persatuan Bahasa Inggeris telah mengadakan English Week bermula pada 3 hingga 7 April 2011. Pelbagai aktviti telah dilaksanakan seperti explorace, singing competition, spelling bee, essay writing,story telling, wordsearch dan collage. Unit Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

KEM BESTARI SOLAT 2011





Unit Kokurikulum dengan kerjasama Jabatan Kemanusiaan, Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam SMKM telah menganjurkan Kem Bestari Solat untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 pada 9 April 2011, bertempat di Dewan Makan Asrama (teori) dan Surau Luqmanul Hakim SMKM (amali). Seramai 300 orang pelajar telah menyertainya. Unit Kokurikulum merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat (Pensyarah Politenik n fasilitator dari IPG Tuanku Bainun). Jazakumullahu Khairan Kasira

Sunday, April 3, 2011

SMKM TERUS MENGORAK KECEMERLANGAN:TAHNIAH PASUKAN BAHAS SMKM


Pada 30- 31 Mac hingga 1 April yang lalu, Pasukan Bahas SMKM telah menyertai Pertandingan Bahas Kelompok M8 di SMK Seberang Jaya. Pasukan Bahas telah berjaya mendapat tempat Pertama (Johan) mengalahkan SMK Seberang Jaya. Pasukan Bahas SMKM telah diwakili oleh:
1. Muhammad Ridzuan bin Ahmad
2. Ammar Uzairi bin Hanizan
3. Siti Nurfarahanim bt Haris Fadilah
4. Muhammad Amirul Hanif bin Shahiban
5. Nabila Syifaa binti Remy Roni.
Unit Kokurikulum mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru pembimbing (En. Abd. Naser dan En. Shaharizan ) dan pasukan bahas SMKM. Semoga Pasukan Bahas SMKM akan berjaya di Peringkat Negeri, Insya Allah.

SMKM TERUS MENGORAK KECEMERLANGAN:TAHNIAH PASUKAN SEPAKTAKRAW SMKM


Pada 21 hingga 24 Februari lalu, pasukan Sepak Takraw 15TKB SMKM telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan Zon Permatang Pauh apabila pasukan regu A menjadi Johan dan pasukan regu B mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Pada 25 hingga 31 Mac lalu, Pasukan Sepaktakraw SMKM telah mewakili Zon ke Pertandingan Sepak takraw MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang dan telah mendapat tempat Ketiga bagi acara berpasukan dan Regu. Unit Kokurikulum mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru penasihat Sepaktakraw dan Pasukan Sepak Takraw SMKM.

Wednesday, March 23, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMKM SPM 2010 yg telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010. SMKM telah berjaya mendapat 96.8%. 2 orang pelajar telah berjaya mendapat 8A (Nor Farah Nadhira dan Hamizah Mansor), 10 orang mendapat 7A (Habibah Sofea, Nor Amirah Asrizal, Azrol Nizam, Asyraff Mazit@Abe, Amirul Hareiz, Khairun Nisa@Keon, Liyana Syafiqah, Athirah Zaidi, Nurul Hafiza dan Alya Che Omar), 6 org mendapat 6A dan 10 orang mendpt 5A.

Thursday, March 17, 2011

PERKHEMAHAN PERDANA DI PULAU PERHENTIAN


Pada 12 hingga 15 Mac 2011 yang lalu, Unit Kokurikulum telah mengadakan Perkhemahan Perdana Kokurikulum di Pulau Perhentian, Terengganu. Seramai 40 org pelajar terlibat termasuk pelajar kelas pendidikan khas. Pelbagai aktiviti dan kemahiran telah dilaksanakan dan dipelajari oleh para peserta. Pada mulanya agak gusar utk meneruskan perkhemahan di sana, kerana dunia digemparkan dgn tsunami di Jepun dan dikuatiri keadaan laut akan bergelora tetapi Alhamdulillah perjalanan kami ke Pulau Perhentian dgn bot selama sejam selamat walaupun bot sering dilanda ombak besar, tapi semua itu adalah pengalaman yg sukar diperolehi. Pulau Perhentian sebuah pulau peranginan yg cantik dan lautnya masih terpelihara,airnya yg jernih hingga dpat melihat ikan berenang bebas di dasar laut, tapi sygnya kemudahan resort dan tapak perkhemahan tidak diselenggara dgn baik. Agak mencabar kerana kami terpaksa mandi perigi, mengangkut air ke resort, kemudahan elektrik hanya bermula pd pukul 7 pagi - 7 ptg, tetapi itu semua bkn penghalang utk kami meneruskan perkhemahan dan para peserta amat berpuas hati dgn aktiviti laut yg dijalankan di sana. Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dlm perkhemahan tersebut.