Tuesday, December 29, 2009

JADUAL WAKTU 2010

Salam buat anak2 didik usth semua...sebenarnya sebut pasal jadual waktu ni dah jadi satu perkara yg fobia buat usth, bkn pe macam2 nombor menghubungi usth tanya pasal jadual waktu ni, seolah2 usth yg buat jadual waktu sekolah plak.entah mana hampa dpt nombor usth tak tau le..dan maaflah sampai satu peringkat usth dah x blh nak layan panggilan telefon dan sms hampa..utk pengetahuan semua, sebenarnya usth tak terlibat langsung dgn pembikinan jadual waktu dan usth sendiri pun tak tau mengajar form apa dan kelas mana tahun depan, cuma pihak sekolah meminta usth memasukkan jadual waktu dalam blog ini bila siap nanti..tapi setakat ini diberitahu ada masalah sedikit sbb fail jadual waktu sukar utk dimasukkan dalam blog dan kemungkinan besar tak dimuatkan dlm blog ni dan akan dipaparkan di papan kenyataan sekolah atau diberi pada waktu pertama hari persekolahan.Usth tabik le dgn hampa yg nampaknya begitu bersemangat nak dptkan jadual waktu awal, kalau ikut pengalaman usth le,dulu jadual waktu dapat pada hari pertama persekolahankan??Harap2 semangat berkobar2 hampa ni akan berpanjangan terutama kelas2 peperiksaan thn dpn...Apa pun usth ucapkan selamat tahun baru dan selamat kembali ke sekolah...

Wednesday, December 23, 2009

CORAT CORET RESULT PMR 2009


PELAJAR-PELAJAR YG BERJAYA MENDAPAT 8 A


PELAJAR-PELAJAR YG BERJAYA MENDAPAT 7A


Akhirnya tiba gak hari yg ditunggu2 oleh semua pelajar tingkatan 3,macam2 perasaan yg ada..bkn depa je yg ketaq perut, kami cikgu2 pun sama, ye la setelah bertungkus lumus curah ilmu nak gak tahu hasilnya...result Pendidikan Islam, alhamdulillah meningkat,thn ni dpt 98 %, 80 org dapat A drp 147 calon ..Thn ni agak merosot dari segi jumlah pelajar 8A, hanya 9 org je yg dapat 8A, 19 org dpt 7A, 7 org dpt 6A dan 6 org dpt 5A...apa pun pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar yg berjaya..kesempatan ini juga usth nak ucapkan terima kasih dan tahniah kpd semua pelajar yg telah menghadiahkan 'A' utk P.Islam terutama pelajar2 tingkatan 3IS dan juga kpd pelajar2 3AR sebab telah 'meluluskan' P.Islam...

SENARAI PELAJAR YG BERJAYA MENDAPAT 8A

1. MUHAMMAD HAFIZH BIN MUHAMAD NASIR
2. NUR AKMAR AULIA BINTI MOHD BASRI
3. NURFARHAH BINTI RIDZUAN
4. SHAHIRAH BINTI ZAHARI
5. SITI ATIEKA BINTI ABDUL RAHMAN
6. SYAMIMI NUR AQILA BINTI AWALUDDIN
7. SYAZA LIYANA BINTI AHMAD SULASTRY
8. WAN NUR LIYANA NADHIRAH BINTI WAN ABDUL RAHIM.
9. MUHAMMAD IZZAT BIN OTHMAN (3 AK)

PELAJAR YG BERJAYA MENDAPAT 7A
(3IS)
BUDIN,ARSHAD,HISHAM,IKHWAN,NORAKMAL,AIMAN,ANIS SHAMILA,MACITAH,HAZIRAH,BATRISYIA,FARHANA,FATIN ZUKRY,SAKINAH ,FARAH AIDA,
(3AF)
EZYAN,FARAH HANI, FARAHANI AZHAR,SAFIA DAN WIDAD.

Thursday, December 17, 2009

PENGISIAN MARKAH KOKURIKULUM DI UPU ONLINE

Kebelakangan ni hnset usth berdering2 hingga fobia bila dgr bunyi hnset,usth menerima beberapa mesej dan panggilan telefon daripada pelajar2 form 5 mengenai kod sekolah utk mengisi permohonan UPU secara online, kalau tak silap ustzh dah pernah masukkan profil sekolah dlm blog ni atas permintaan pelajar2 form 1 utk memudahkan mereka membuat folio,dlm profil tersebut dah tertera kod sekolah..tapi x pe lah.. kita tulis sekali lagi kod sekolah ialah PEA 0009. Utk mengisi markah koko, isi markah ikut markah yg telah dipaparkan di papan kenyataan (itu la markah yg terbaik hampa dpt sepanjang belajar kat SMKM,kami pilih yg terbaik), CPA tu ialah markah semasa (kat kolum di ppn kenyataan usth tulis 'markah'), CGPA ialah purata markah keseluruhan (markah2 masa form lain dicampur sehingga form 5, bahagi dgn lima), tolong jgn ubah apa2, terima lah hakikat itulah markah yg hampa dpt ok...












































































































































































Tuesday, December 15, 2009

JUALAN BUKU KOPERASI

Perhatian kepada waris pelajar-pelajar form 1 2010, jualan buku dan keperluan pelajar form 1 akan dijual pada 31hb Disember 2009, mulai jam 9 pagi bertempat di koperasi, manakala jualan barangan keperluan asrama akan mula dijual pada 3 Januari 2010. Sila bawa wang tukaran yang mencukupi. Semua pengawas koperasi dikehendaki hadir pada hari tersebut.Harap maklum.

Monday, December 7, 2009

SEMAKAN KEDUDUKAN MURID 2010

Semua pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 2010 boleh menyemak kedudukan anda di link tajuk di bawah ikut tingkatan pilihan anda atau apada layout sebelah di bawah tajuk SENARAI KEDUDUKAN MURID 2010. Jadual waktu kelas tidak dapat dimuatkan dalam blog ini, jadual waktu akan dilekatkan di papan kenyataan dan murid2 blh dptkan jadual tersebut pd hari pertama persekolahan. Harap Maklum.
TINGKATAN DUA 2010
TINGKATAN TIGA 2010
TINGKATAN LIMA 2010

Friday, December 4, 2009

RENUNG-RENUNGKAN LAH

Entah kenapa,bila usth baca artikel ni rasa tersentuh sgt..dan terasa ingin berkongsi dgn anak2 murid,bkn pe, ada pelajar2 terutama pelajar asrama, masa duk di asrama boleh bangun pagi awal2, solat subuh,blh solat cukup lima waktu, boleh jaga aurat, kalau pakai t'shirt ,pakai yg tgn panjang, tapi bila balik rumah, solat entah ke mana, aurat entah ke mana, bdk2 perempuan kalau ke sekolah cantik dan sopan je berbaju kurung tapi bila cuti sekolah, pi Jusco ke, Summit ke, tudung pun melayang, ada gak yg bertudung tapi tak lengkap , pakai t'shirt lengan pendek (lengan pendek tu kira tak tutup aurat gak le sbb aurat perempuan dari hujung rambut hingga hujung kaki), ketat dan berseluar jeans yg melekat..tak tau le bdk2 zaman sekarang, ni peranan mak ayah, pantau anak2, tegur jika pakaian anak2 tidak menepati syariat..apa pun baca dan renung-renungkanlah artikel yg dipetik daripada akhbar Harian Metro ni...

Tazkirah Remaja:

Cuti cuti juga tapi jangan...

Bersama Ust. Mohd Zawawi Yusoh

SEKARANG musim cuti sekolah. Anak remaja pasti gembira selepas penat belajar, tiba musim merehatkan minda. Kepada yang berjaya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, lebih bermakna meraikan cuti.

Kepada mereka yang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pasti sedang bertungkus-lumus dan didoakan mereka melakukan yang terbaik.
Sesetengah ibu bapa mungkin sudah atau sedang merancang untuk memanfaatkan cuti yang panjang. Semoga perancangan digarap terbaik untuk anak-anak. Sebab anak aset paling berharga untuk keluarga, agama dan negara.

Manusia memang perlu didisiplinkan dengan sistem. Islam sendiri adalah satu sistem. Solat ialah satu sistem, puasa, zakat ada sistem tersendiri, apa lagi ibadat haji. Dengan amalan Islam, hidup kita lebih bersistematik.

Pada musim cuti sekolah ini, cuti cuti juga tetapi jangan sampai lupa sistem. Jika ketika bersekolah kita kena bangun awal sebab mahu ke sekolah. Dengan adanya sistem solat, walaupun musim cuti sekolah tetap kena bangun awal.

Janganlah mentang-mentang tidak bersekolah, solat Subuh menjadi Subuh gajah. Yang ini ibu bapa kena pastikan anak-anak bangun bersolat Subuh.

Begitu juga pelajar perempuan, mereka ke sekolah pakai tudung. Tutup aurat bukan kerana disiplin sekolah atau untuk kelihatan cantik menawan atau bersopan atau sebab orang lain memakainya tetapi mereka melakukan demikian disebabkan perintah Allah.

Begitu juga dengan waktu, jangan buang masa, sebab masa adalah kehidupan. Sebenarnya walaupun kita ada masa cuti dan berehat perlu diingat syaitan dan iblis serta konco-konconya tidak pernah berehat atau cuti. Makhluk ini tidak tidur malam, malah misinya tidak akan berhenti sehingga manusia tergoda dengan pujukannya.

Syaitan dari awal lagi mengisytiharkan perang dengan anak Adam untuk menyesatkannya selagi nyawa masih di badan.

Cuti, cuti juga tetapi jangan sampai solat pun bercuti, tutup aurat cuti dan al-Quran pun cuti. Sebenarnya Allah memerintahkan kita mentaati-Nya supaya kita hidup bersistem dan Allah hendak menjanjikan syurga kepada kita.

Syaitan yang tidak pernah cuti itu akan terus menggoda kita supaya sama-sama menemaninya di neraka dan supaya kita hidup tidak berdisiplin.

Apabila tidak mengikuti Islam kita tidak berdisiplin. Apabila tidak berdisiplin akan menjadi seperti Mat Rempit, bukan saja tidak berdisiplin di jalan raya, malah kadangkala mencabar undang-undang, menagih dadah dan apabila sudah tidak takut Tuhan, membujur lalu melintang patah.

Remaja Punk dan Black Metal sanggup makan tulang dan makanan buangan sedangkan yang baik mereka tinggalkan sebab sudah tiada disiplin. Semuanya bermula kerana tidak takut Allah. Apabila tidak takut, tiada disiplin.

Kepada ibu bapa, cuti-cuti juga, program pembangunan iman untuk anak-anak mesti masuk dalam agenda. Bawa anak-anak remaja mengerjakan solat berjemaah di masjid.

Ajak mereka bersama mendengar kuliah yang tidak pernah lekang diadakan di masjid, malah mengaji al-Quran bersama sama ada pada awal pagi atau petang.

Hadiahlah mereka dengan buku-buku dan cerita bermanfaat. Hantar mereka ke kem motivasi untuk peningkatan sahsiah (peribadi), ajak menziarahi rumah anak yatim supaya timbul keinsafan, bawa mereka menziarahi sanak saudara untuk meningkatkan ukhuwah dan filem yang menginsafkan ditonton bersama.

Bagi masjid, rancanglah program yang efektif kepada masyarakat. Wang derma yang dihulurkan jemaah jangan hanya disimpan untuk pembelian cat dan pengindahan masjid semata-mata, tetapi sebaliknya pulangkan wang terbabit kepada jemaah dalam bentuk program dan pembangunan pendidikan.

Melalui program sebegini barulah jemaah berasa berbaloi dan akan menderma lagi, sesuai dengan hasrat negara membangunkan modal insan.

Cuti-cuti juga, beribadat jangan berhenti, taat jangan berkurang, kerja diteruskan, sebab di dunia tempat mencari bekalan. Bercuti dan berehat sebenarnya di syurga yang abadi. Selamat bercuti!

Monday, November 23, 2009

CELOTEH SU KOKO

Salam...maaf lama usth tak update blog ni..sibuk sgt2..nak kena siapkan markah kokurikulum bdk2 form 5 , urus markah koko budak2 yg nak pindah, dan peksa ketas final exam bdk2 form 1 (kesian depa lambat tau markah depa-sori ye 1IK dan 1AK) entah kenapa thn ni nak isi borang kemasukan ke IPTA secara online nak markah koko sedangkan thn2 sebelum ni sekolah akan isi secara online bln disember...berpinar mata kira markah depa dari depa form 1 hingga form 5..dan bila hasil dipamerkan ada gak yg tidak berpuas hati...rasa cam tak percaya depa dapat B@C( utk pengetahuan bdk2 form5, kiraan tu bkn usth reka sendiri ye..kiraan markah tu berdasarkan panduan yg telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran dan sekolah guna aplikasi e-koko -bkn pe ada yg kira sendiri markah tu dan dia kira dpt A sdgkan markah yg dipamerkan dia dapat B,mana taknya dicampurnya semua markah dia sdgkan kiraan sebenar pilih hanya dua yg terbaik shj)..cik2 oii..korang tau tak ponteng sehari aktiviti koko hilang 4 point markah..korang bayangkan kalau korang tinggalkan berhari2..biasanya alasan yg kami cikgu2 dpt bila tak hadir aktiviti ialah "tuition aka kelas tambahan"..di fikiran korang koko tak penting...bila cikgu2 cari peserta utk kawad kaki hari kokurikulum, ramai yg tak mau...macam2 alasan korang bagi...korang tau tak...masuk apa2 acara/aktiviti sekolah dapat 8 markah..mana mai dah cik oii....thn ni nasib baik buat waktu sekolah..itupun kena dua tiga kali ronda...penat u...jadi pengajaran pada murid2 yg masih dibangku sekolah rebutlah peluang yg ada utk kumpul sebanyak markah yg boleh utk dapat A dalam kokurikulum..cerah masa depan...teguran utk pelajar yg nak pindah,lain kali kalau dah tahu nak pindah, buat urusan awal2 sikit,ni hari jumaat (tengahari plk tu) ..baru mai minta markah ...punya le kelam kabut usth masa tu...bkn sorang lima org mai serbu...apa pun ribuan terima kasih kepada semua rakan guru kerana memberi kerjasama yg baik menyiapkan markah kokurikulum 2009. Kepada pelajar2 form 5, Selamat Menghadapi SPM, semoga berjaya...

Friday, November 6, 2009

RIMUP DI SMK MENGKUANG






RIMUP DI SMK PENANTI



LAWATAN SK MENGKUANG KE SMK MENGKUANG


Pada Hari Jumaat, 6 November 2009, SMKM menerima tetamu daripada murid-murid tahun 6, Sek. Keb. Mengkuang dengan diiringi oleh beberapa orang guru. Mereka diberi taklimat mengenai SMKM oleh PK HEM dan Pengetua. Selepas itu semua murid2 tersebut dibawa melawat asrama, PSS dan sekitar sekolah..cuaca yang kurang baik (hujan yg tidak berhenti2) mungkin menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka untuk melawat kawasan sekolah sepenuhnya. Jadi kami warga SMKM memohon ribuan ampun dan maaf seandainya ada kekurangan sepanjang lawatan anda semua ke SMKM.

Saturday, October 24, 2009

KURSUS PENGURUSAN KELAB & PERSATUAN





Pada 24hb Oktober, Unit Kokurikulum telah menganjurkan kursus pengurusan kelab dan persatuan yang dihadiri oleh AJK Kelab dan Persatuan yang ada di sekolah. Seramai 80 orang peserta telah terlibat.

KENDURI AKHIR TAHUN & MERAIKAN PENGANTIN










Waa..kemarin SMKM meriah dgn kenduri akhir tahun..sekoq lembu ditumbangkan...ada pengantin (real punya pengantin bkn olok2 tau...Cikgu Habibah dan suaminya..depa baru kenduri 2 minggu lepas jadi pihak sekolah mengambil kesempatan utk meraikan pasangan ini sekali lagi di sekolah plk..kira majlis sambut menantu le..) Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya majlis tahlil, marhaban, sukaneka, perarakan pengantin dan persembahan silat...meriah betul.. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yg terlibat dan ribuan terima kasih kepada pasangan pengantin, Nur Habibah dan suaminya, Selamat Pengantin Baru,semoga kekal ke anak cucu dan sentiasa dirahmati Allah )..ha..bdk2 aspuri dont gosip2 gi lps ni ok..tak mau, tak mau, tak mau.... Insya Allah sampai masanya nanti usth buh kat blog ok. :D