Sunday, August 31, 2008

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH PERSATUAN AGAMA ISLAM,KELAB KEWANGAN DAN KELAB KOPERASI

Peserta termuda, Muhammad Nuruddin AlFateh.
Ni le cth pengorbanan seorang ibu,antara tanggungjawab sbg ibu dan tugas sbg guru.
Siap sedia untuk bertolak ke Teluk KumbarPasang Khemah
Pembahagian kumpulan
Sempat gi depa posing dpn khemah
Menguji kesabaran betul...api tak nyala2
Masak pe tu Shafiqah?? Mcm main masak2 je...
Merentas hutan ke masjid untuk menunaikan solat jumaat
Menjamu selera hasil masakan sendiri..licin depa makan, sedap le tu...
LDK
Pengisian ilmu
Solat Berjemaah
Ridhwan selaku Penghulu Kem sedang menyampaikan ucapanUstaz Aidi, PK Kokurikulum sedang merasmikan program
Pucat je muka, takut ke??
Merentas Kepekatan Malam
Muhasabah diri (Lepas ni le depa nangis)
Taklimat akhir sebelum bertolak balik dan berdakwah di Komplek Bukit Jambul

Alhamdulillah Persatuan Agama Islam, Kelab Kewangan dan Kelab Koperasi telah berjaya mengadakan Kem Pemantapan Sahsiah di Dusun Pak Shariff ,Teluk Kumbar pada 29 hingga 30hb. Letih pun tak hilang lagi ni...tapi demi anak2 murid kami cikgu2 korbankan sedikit masa untuk depa..ingat sambil berkem nak jamu depa makan durian dan lain2 buah tapi malangnya buah durian dan buah2 lain dah habis...terlambat sikit je..tapi tak pe lain kali kita pi musim buah. Ada gak rungutan dari pelajar..letih memasak dan asyik masak je, sebenarnya semua tu termasuk dlm objektif kem, bkn pe selama ni korang dok "order" makanan je daripada mak hampa tambah2 bln pose ni nak mkn mcm2 tapi tak penah ingat pun susahnya dia nak masak,bila tak menepati selera hampa komplen tanpa rasa bersalah,..kecik hati mak hampa tau...tang aktiviti masak guna kayu api..tu untuk hampa kenang mcm mana org miskin masak, selama ni kita tgk kat rancangan bersamamu saja, lani hampa try buat..rasa camne...betul2 menguji kesabaran dan memerlukan kerjasama antara hampa...org yang bersabar iman dia akan mantap...Lain2 aktiviti biasa le macam kem2 lain..tapi yg syoknya tengok betapa pucatnya muka masing2 bila kena jln sorang2 merentas mlm hanya ditemani sebatang lilin...saiful yg becok tu pun terkedu...bila slot muhasabah diri..kenang jasa mak ayah...masing2 menangis hiba..masa tu kalau boleh nak peluk mak ayah mohon ampun...harap2 dapt keinsafan dan keinsafan tu kekal selama-lamanya...Kesempatan ni kami (Usth Rusliza, Usth Rashadah dan Pn. Norazimah) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn.Pengetua kerana membenarkan kami mengadakan kem ni, Penolong Kanan Kokurikulum,Ustaz Aidi kerana sudi merasmikan kem dan juga sudi meluangkan masa tidur di sana, Kaunselor, En. Sabri selaku pengurus aktiviti, Pelajar2 USM (Farid dan kawannya(maaf tak tau nama)) Pn. Norhayati, Usth. Norita, Usth. Fathiyyah dan tak lupa pada si kecil Nor Aina dan Fateh...Ribuan terima kasih juga diucapkan kpd semua peserta kem terutama Penghulu dan Penolong Penghulu kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang kita berkem.Terima kasih daun keladi,thn depan tolong lagi ye....Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

Thursday, August 28, 2008

PERTANDINGAN ROKET PERINGKAT KEBANGSAAN

Peserta bersama guru penasihat

Frince dan Pak Lah melangkah dgn penuh gaya seorang angkasawan...

Ni le rupa roket Pulau Pinang


Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2008 Peringkat Kebangsaan
Piala Menteri Sains,Teknologi Dan Inovasi

Pada 24 – 26 Ogos 2008, dua orang pelajar SMK Mengkuang telah mewakili Pulau Pinang dalam Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2008 Peringkat Kebangsaan Piala Menteri Sains,Teknologi Dan Inovasi 2008 yang telah diadakan di Universiti Malaya dan dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara. Mereka telah berjaya mendapat tempat ke 13 daripada 30 buah sekolah dari serata negeri di Malaysia. Pertandingan ini diadakan di Padang Versiti, Universiti Malaya.

PIHAK YANG TERLIBAT

Agensi Angkasa Negara

Pihak Jabatan Planatarium Angkasa

Universiti Malaya

Kementerian Pelajaran Malaysia

Jabatan Pelajaran Negeri

Senarai Kontijen Negeri

Peserta Pulau Pinang

En Amir bin Din

Mohamad Firdaus bin Ahmad

Abdullah Sharafi bin Johanis

Berita dan gambar disumbangkan oleh : Mohamad Firdaus bin Ahmad.

Monday, August 11, 2008

EXAM OH EXAM 2

Exam datang lagi...kali ni bdk2 form 1, 2, 4 dan 5 tengah bergelut dgn Ujian Prestasi 2...walaupun ujian ,kedudukan dlm tingkatan tetap diambil kira..lbh kurang mcm exam gak le..sbb tu masing2 tekun study...yg rajin le...yg ada penyakit 'm' tetap camtu le gak...ala..ujian je... final exam nanti pulun habis2 le...ye le tu...tu le azam depa setiap kali exam...form 3 pulak tengah menduduki Peperiksaan Percubaan PMR...ada soalan percubaan yg selaras satu penang dan ada soalan sek buat..yg selaras satu penang, subjek Bahasa Melayu,Bahasa InggerisGeografi dan Pendidikan Islam...,masing2 sibuk study..sampai tak tau nak baca mana satu dah..serba tak kena, masa ni masing2 mengharapkan jam bergerak lambat...seperti biasa suara2 pujukan bergema le setiap kali melintas tepi depa..."usth p.i keluar pe...,usth p.i susah dak...,ala usth habaq le tajuk2 yg keluar"....seperti yg selalu depa dapat jawapan usth "bwg besaq,cabai kering,bwg putih,ikan"...he3..,esok tanya g...jwpn yg depa dpt plk.."PMR nanti hampa tau dak keluar tajuk apa.."Dah tahu tak akan dpt tajuk,tapi tak jemu2 pujuk..maaf le ye..bkn nak menyiksa tapi nak latih hampa sebenarnya.... tak pyh sibuk2 tanya tajuk apa yg keluar utk trial ke@test@exam len..baca semua tak rugi,sekurang2nya dapat menambah ilmu...nanti tak teruk dah nak study..just perangat balik je...Jgn risau kami cikgu2 selalu mendoakan yg terbaik untuk anak2 didik kami...ok selamat menghadapi peperiksaan...harap2 pelajar2 3IS 2008 dapat kot merealisasikan hajat usth dpt 100% A utk P.I....Insya Allah..ingat 'man jadda wa jada"

Sunday, August 10, 2008

EXPLORACE PERSATUAN AGAMA ISLAM

Aktiviti minggu ni 6 Ogos 2008, Persatuan Agama Islam telah mengadakan explorace bergabung dgn Kelab Kewangan..ada 7 checkpoint yg harus dilalui oleh peserta iaitu
1.
Kolam aspura: Sauk botol dalam kolam selama 10 minit
2. Padang Silat : Mencari Siling yang di sorok pada pokok
3. Surau : Menyusun Puzzle dan diberi masa 10 minit
4. Kantin : Ice water sambil memakan buah epal dan tembikai
5. Blok B Aras 2 : Tangkap balloon
6. Pondok Pengawal : Jawab Soalan Ad-Din
7. Padang Bola Jaring : Passing Balloon

Seronok tengok pelajar-pelajar lari ke sana ke mari utk selesaikan check point...part yg paling syok tgk ialah ice water, comot habis muka n baju kena air tembikai...pelajar2 mmg sporting...last sekali depa kena cantum lirik nasyid yg depa dpt sepanjang pelarian tu dan kena nyanyi..keluar le suara depa yg serak2 basah ada,serak2 angsa pun ada...tapi yg suara ala-ala mawi pun ada tau..tu tak kira lagi yg suara mcm ct ...emm....apa pun thanx pd semua ahli persatuan kerana bagi kerjasama utk jayakan xtvt persatuan sepanjang thn ni dan paling membanggakan persatuan agama islam meraih tempat kedua sebagai persatuan/kelab paling cemerlang tahun ni.....syukran...



Waa...bangge je muka Liyana terima hadiah Persatuan Terbaik 2008
Sambut baik2 belon tu,jgn bagi pecah...
Sauk botol tu betul2..untung2 dapat ikan
Ice Water...bleh habis ke tembikai tu Mubarak oiii....
Menjawab soalan dari permainan "Ad-din"
Menyatukan lirik nasyid

KEM PELANCARAN ROKET PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

Peserta Kem dan Guru Pengiring

Guru Pengiring - En Amir bin Din
Peserta - Mohamad Firdaus bin Ahmad
Abdullah Sharafi bin Johanis
Tempat - Institut Pengurusan Peladang IPP (Langkawi)
3hb Ogos - 6hb Ogos 2008
Dianjurkan oleh Angkasa
12

Berita dan Gambar Disumbangkan Oleh :
Mohamad Firdaus bin Ahmad,
4 Ibnu Khaldun

Saturday, August 2, 2008

BULAN KECERGASAN (3)


Cikgu2 mana satu yg betul ni , kanan ke kiri?

Ni bukan nyanyi tepuk amai2 tau...

Amboi ust..bersemangat nampak....

Hari ni kami cikgu2 ke IPTB untuk LDP kecerdasan sempena bulan kecergasan... di IPTB kami bersenamrobik bersama-sama dgn beberapa org pelatih IPTB di bawah seliaan pensyarah IPTB...memang lawak tengok cikgu2 bersenam..berterabur arah...kanan kiri entah ke mana...tapi masing2 menunjukkan kesungguhan bersenam maklum le nak harap bersenam di rumah, x sempat...baru nak atur langkah senaman anak dah tarik kaki...,pastu teringat kain baju tak sidai dan tak lipat..buku latihan bdk2 bawa balik rmah tak peksa g... nak buat camne...last, anggap le mop lantai, basuh baju, masak sebagai senaman kecergasan kaki dan tangan, kira senaman la tu....Sesi kedua kami mendengar ceramah kesihatan, bagaimana nak hidup cara sihat...makanan seimbang, senaman yg teratur dll. Pada sebelah petang, kami ke ampang superbowl, summit untuk pertandingan bowling antara guru...mula2 tu byk le bola masuk longkang tapi lepas dua tiga kali hayun ada yg dah pandai....tapi yg baru main tu malam ni gerenti sakit bahu...he3...apa pun masing2 nampak macam syok je almaklum le dpt release tension sat....