Sunday, August 31, 2008

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH PERSATUAN AGAMA ISLAM,KELAB KEWANGAN DAN KELAB KOPERASI

Peserta termuda, Muhammad Nuruddin AlFateh.
Ni le cth pengorbanan seorang ibu,antara tanggungjawab sbg ibu dan tugas sbg guru.
Siap sedia untuk bertolak ke Teluk KumbarPasang Khemah
Pembahagian kumpulan
Sempat gi depa posing dpn khemah
Menguji kesabaran betul...api tak nyala2
Masak pe tu Shafiqah?? Mcm main masak2 je...
Merentas hutan ke masjid untuk menunaikan solat jumaat
Menjamu selera hasil masakan sendiri..licin depa makan, sedap le tu...
LDK
Pengisian ilmu
Solat Berjemaah
Ridhwan selaku Penghulu Kem sedang menyampaikan ucapanUstaz Aidi, PK Kokurikulum sedang merasmikan program
Pucat je muka, takut ke??
Merentas Kepekatan Malam
Muhasabah diri (Lepas ni le depa nangis)
Taklimat akhir sebelum bertolak balik dan berdakwah di Komplek Bukit Jambul

Alhamdulillah Persatuan Agama Islam, Kelab Kewangan dan Kelab Koperasi telah berjaya mengadakan Kem Pemantapan Sahsiah di Dusun Pak Shariff ,Teluk Kumbar pada 29 hingga 30hb. Letih pun tak hilang lagi ni...tapi demi anak2 murid kami cikgu2 korbankan sedikit masa untuk depa..ingat sambil berkem nak jamu depa makan durian dan lain2 buah tapi malangnya buah durian dan buah2 lain dah habis...terlambat sikit je..tapi tak pe lain kali kita pi musim buah. Ada gak rungutan dari pelajar..letih memasak dan asyik masak je, sebenarnya semua tu termasuk dlm objektif kem, bkn pe selama ni korang dok "order" makanan je daripada mak hampa tambah2 bln pose ni nak mkn mcm2 tapi tak penah ingat pun susahnya dia nak masak,bila tak menepati selera hampa komplen tanpa rasa bersalah,..kecik hati mak hampa tau...tang aktiviti masak guna kayu api..tu untuk hampa kenang mcm mana org miskin masak, selama ni kita tgk kat rancangan bersamamu saja, lani hampa try buat..rasa camne...betul2 menguji kesabaran dan memerlukan kerjasama antara hampa...org yang bersabar iman dia akan mantap...Lain2 aktiviti biasa le macam kem2 lain..tapi yg syoknya tengok betapa pucatnya muka masing2 bila kena jln sorang2 merentas mlm hanya ditemani sebatang lilin...saiful yg becok tu pun terkedu...bila slot muhasabah diri..kenang jasa mak ayah...masing2 menangis hiba..masa tu kalau boleh nak peluk mak ayah mohon ampun...harap2 dapt keinsafan dan keinsafan tu kekal selama-lamanya...Kesempatan ni kami (Usth Rusliza, Usth Rashadah dan Pn. Norazimah) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn.Pengetua kerana membenarkan kami mengadakan kem ni, Penolong Kanan Kokurikulum,Ustaz Aidi kerana sudi merasmikan kem dan juga sudi meluangkan masa tidur di sana, Kaunselor, En. Sabri selaku pengurus aktiviti, Pelajar2 USM (Farid dan kawannya(maaf tak tau nama)) Pn. Norhayati, Usth. Norita, Usth. Fathiyyah dan tak lupa pada si kecil Nor Aina dan Fateh...Ribuan terima kasih juga diucapkan kpd semua peserta kem terutama Penghulu dan Penolong Penghulu kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang kita berkem.Terima kasih daun keladi,thn depan tolong lagi ye....Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

No comments: