Saturday, February 28, 2009

KEJOHANAN SUKAN MSSPP-ZON BKT MERTAJAM

Kejohanan sukan MSSPP - Zon BM yang bermula pada 20hb ,baru je berakhir pada 26hb lalu..padang SMKM telah digunakan untuk acara Lempar Cakera, Rejam Lembing dan Lompat Tinggi...Beberapa orang atlit SMKM telah menyertai kejohanan tersebut dan telah berjaya memungut 2 pingat emas, 6 pingat perak dan 9 pingat gangsa dalam kejohanan tersebut.. Pasukan Sepaktakraw Bawah 18 thn telah membuka tirai kecemerlangan 2009 iaitu mendapat tempat ketiga bagi acara regu, manakala seorang peserta daripada SMKM iaitu Nurul Izzatul Mohd Jamil telah mendapat tempat ke 12 dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Pulau Pinang. Antara kejayaan yg dicapai dalam kejohanan sukan MSSPP-Zon BM ialah :
1. Rejam Lembing (LI)
- Muhammad Ikhmal Azmi (Pingat Emas)
2. Rejam Lembing (P1)
- Sarah Masmerah Hanafiah (Pingat Emas)
- Siti Amira Abd Raman (Pingat Perak)
3. Lempar Cakera (P2)
- Nur Fatihah Syazreen (Pingat Perak)
- Nurul Afiqah Khairul Albar (Pingat Gangsa)
4. Lempar Cakera (L2)
- Muhammad Amirul Ikhmal (Pingat Gangsa)
5. Lompat Tinggi (P1)
- Aimi Amiza bt Adnan (Pingat Gangsa)
* Unit Koku mengucapkan tahniah dan terima kasih kpd semua pelajar yg terlibat



Saturday, February 21, 2009

HARI KELUARGA KELAB WARGA SMKM








Hari ni, 21hb Februari warga SMKM serta family masing2 berkumpul di kawasan perkelahan air terjun Ulu Paip, Karangan, Kedah yang terletak kira2 15 kilometer dari Pekan Kulim. Kawasan air terjun ni memang sesuai utk bawa anak2 kecik mandi sbb airnya cetek (tapi kena hati2 gak kalau hujan) dan masih terpelihara drp pencemaran dan sesuai gak utk bawa bdk2 sek buat perkhemahan (cewah buat promosi plak). Meriah gak le kami punya program..ada mcm2 makanan yg dibawa sendiri oleh warga SMKM..ada bihun, nasi lemak, nasi dagang, gado2, rojak, BBQ dan macam2 lagi la..kang sebut semua,hampa teringin plak..Selain acara makan2, ada gak acara permainan yang boleh mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan warga SMKM dan family2 depa…antara permainan yg diadakan ialah sambut gelang getah dgn straw (yg ni kumpulan pengetua menang), acara hias rakan (yg ni kumpulan Cikgu Rohaya menang), padan huruf untuk anak2 dan macam2 gi lah(berape kali macam dah ni)…bagus gak la kita kumpul ramai2, bkn pe boleh berkenal-kenalan dgn ahli bait warga sekolah, di samping tu dapat gak release tension…lupakan seketika keje2 yg tak pernah habis di sek..(lupakan sat je tau jgn lupa terus plak)…projek kelab warga SMKM lepas ni ialah ke Bandung tapi yg ni kim slm je la..bajet tak cukup..he3..lain le kot2 ada org nak sponsor…

WARNA HIJAU DALAM AL-QURAN

"Ada banyak kata "hijau" di dalam ayat-ayat Al-Qur'an dan menjelaskan akan keadaan penghuni jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya,berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa. Kita mendapati di dalam surat Al-Rahman:
"Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga kepala -penat) di atas bantal-bantal yang hijau dan permadani yang indah" (QS. Al-Rahman: 76)
"Mereka mengenakan pakaian sutera halus yang hijau,dan sutera tebal, serta dipakaikan gelang dari perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum mereka dengan minuman yang suci"(Q.S. Al-Insan: 21)
"Mereka mengenakan pakaian sutera halus yang hijau dan sutra tebal"(Q.S.Al-Kahf: 31)
Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan "Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahwa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat serta vitalitas kita; merasa panas; atau dingin; atau nyaman; atau bahagia; bahkan bisa berpengaruh terhadap keperibadian seseorang dan berpengaruh terhadap menyingkapi kehidupan.
Dan warna bias menjadi sebab relung jiwa yang dalam terpengaruh dengannya. Sebuah rumah sakit pernah mengundang sejumlah pakar untuk memberikan saranan bagi warna dinding ruang
pesakit atau warna dinding rumah sakit, sehingga boleh banyak membantu dalam mengubati mereka. Rumah sakit juga meminta saran tentang warna yang terbaik untuk pakaian pesakit. Sejumlah percubaan telah membuktikan bahawa warna kuning bisa membangkitkan semangat di saraf pusat. Adapun warna ungu boleh membangkitkan ketenangan.
Adapun warna biru, maka orang yang melihatnya akan merasa dingin. Sebaliknya, warna merah maka orang akan merasa panas atau gersang. Dan para pakar tersebut mengatakan bahwa warna yang bisa membangkitkan kebahagiaan, gembira, bersemangat hidup(bergairah) adalah warna hijau. Oleh karena itu, warna yang utama dan sesuai untuk kamar atau bilik pembedahan, pakaian para ahli bedah dan pakaian pesakit adalah warna hijau. Sebuah pengalaman unik akan kami kemukakan di sini bahawa ada sebuah pengalaman yang terjadi di London,Inggeris, di kawasan Black Fryer yang dikenal dengan "kawasan bunuh diri" karena majoriti kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan ini. Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap gurun ke warna hijau metalik. Dengan hal ini ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh diri dengan sangat signifikan. Warna hijau juga boleh menjadikan pandangan mata nyaman.

Sumber:
Kitab: Ma'a Al-Thib fii Al-Qur'an Al-Karim,
dari. Abdul Hamid Diyab, dari. Ahmad Qarquz,
Mu'assasah Ulum Al-Qur'an, Dimasyq.

* Tengok betapa bagusnya warna hijau kan???

Friday, February 20, 2009

CORAT CORET SUKAN TARA 2009







Kelmarin,Rabu 18hb Februari,SMKM telah mengadakan Sukan Tara sebagai persediaan utk Kejohanan Sukan pada 5 Mac ini. Antara acara yang dipertandingkan semalam ialah lari 100 meter, lompat jauh, lontar peluru dan acara 400 meter. Persaingan agak sengit di antara rumah-rumah sukan iaitu rumah biru,merah,hijau dan kuning.Setakat ini keputusan rasmi belum diumumkan tetapi khabar-khabar angin yg bertiup mengatakan rumah biru sedang mendahului...rasanya lepas ni usth nak lompat rumah la kot,he3..rumah hijau ni agak ”koman” sikit sebab dapat markah yg agak corot dan paling ramai yg pengsan masa lari 400 meter...malu plk nak ngaku...he3..apa pun selamat berjuang untuk sukan awal pada 2-3 Mac ini untuk acara lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, merejam lembing, lempar cakera dan 4X400 meter ,manakala acara guru pada hari tersebut ialah merejam lembing. dan sukan tahunan pada 5 Mac ini, apa yg menarik pada hari sukan nanti ialah acara guru rumah sukan iaitu golek tayar dan membawa bola dgn kayu hoki..kita tengok guru rumah sukan mana yg hebat ok.....Selamat bersukan...Go HIJAU Go..jgn gol sudah la ye... maaf la ye rumah2 lain kamera usth hari tu hanya blh fokus kat warna hijau je ,x tau nape, jadi gambar2 yg ada hijau je yg blh dipamerkan.,jgn mare.. :D

Saturday, February 14, 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM 2009






Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Agama Islam,J/K Asrama dan J/K Surau telah menganjurkan Karnival Pendidikan Islam pada 15 Februari 2009 bermula jam 9.00 - 1 petang di Dewan Asrama SMK Mengkuang. Karnival ini merupakan acara tahunan Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam SMKM. Karnival ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar2, antara acara yg dipertandingkan ialah nasyid, azan, tilawah, hafazan dan syarahan. hakim2 terdiri daripada Ustaz Mohd. Nazree, Ustaz Ahmad bin Daud, Ustazah Norita, Cik Nursyarmila, Cik Zafirah, Cik Siti Maisarah dan Cik Norsyazwani (Guru Pelatih USM).Saya selaku setiausaha program(mewakili panitia) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yg terlibat dan sudi hadir memeriahkan majlis(Ust. Aidi(PKKK),En Izhar,En. Abd.Rahman,Tn.Hj.Md Shafee,Ust.Zamree,Usth Norliza,Usth Norini, dan semua ajk kerja Persatuan Agama Islam (terutama Ridhwan -pengerusi PAIS,Liyana n d'geng, Amira dll dan pembantu sukarela, Budin dan Akmal..terima kasih atas kerjasama kalian...Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

1. Tilawah AlQuran (L)
1. Hazman bin Hassan
2. Mohd Shayuti bin Hasanuddin
3. Muhammad Safwan bin Mohd Shokri

2. Tilawah (P)
1. Syifaa AlHadar bt Razali
2. Siti Fatimah binti Ahmad
3. Nur Syakira binti Ayob

3. Syarahan
1. Nor Ashikin binti Sobri
2. Siti Norfarahanim bt Haris Fadilah
3. Nurul Afikah bt Mohd Sharif
* lain2 acara akan diberitahu semasa perhimpunan.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, February 11, 2009

SABAR.....

Hari ni kesabaran usth memang betul2 diuji, rasa nak menangis,menjerit dan tension pun ada, tapi bila masuk kelas semua tu usth tinggalkan di bilik guru...bahaya bawa masuk kelaskan??itu le betul kata cikgu Asmah,kesilapan di hujung jari, awat le gatai sungguh tangan ni nak tukar layout yg lebih cantik kononnya,last sekali habis semua bahan2 kokurikulum yg dok sebelah layout habis,kena buat semula...hua..penat den...nak kena cari bahan2 tu semula...link blog rakan2 GPI, bahan P.Islam PMR dan slaid gambar2 kenangan aktiviti2 di SMKM...x pe dugaan kecik je dibandingkan dgn dugaan saudara kita di Palestin..sabar shadah sabar...apa pun lain kali kena sentiasa berhati2..

Sunday, February 8, 2009

HINDARKAN DIRI DARI MENYAMBUT VALENTINE

Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine

Untuk muda-mudi generasi penerus, tulisan ini akan memaparkan sedikit panjang lebar tentang CINTA, yang ternyata eksploitasi cinta tanpa tuntunan agama akan bermuara kepada pergaulan seks bebas dan merusak tatanan , bahkan eksploitasi cinta akan dapat menggiring pelakunya ke sikap pendewaan cinta yang akhirnya akan dapat menggiring seseorang kepada kesyirikan yang tidak disadarinya.
Kali ini akan kita kupas tentang Valentine yang secara kebetulan perkembangannya paralel dengan eksploitasi cinta, seks bebas dan materialisme. Tahun demi tahun hiruk-pikuk valentine makin bertambah instensitasnya, dahulu hanya muda-mudi kota-kota besar seperti Jakarta yang mengenal Valentine dan merayakannya, kini sudah mulai merambah ke muda-mudi desa-desa kecil yang ada di Indonesia ini, Valentine tidak saja dikenal oleh para remaja tetapi juga sudah dikenal dan dirayakan oleh anak-anak SD.
Dari sudut pandang ke-Islam-an, ternyata Valentine adalah sebuah perayaan yang harus dijauhi oleh para muda-mudi dan anak-anak muslim dan muslimah, dan sebaiknya para orang tua memberikan informasi kepada anak-anaknya bahwa Valentine bertentangan dengan nilai-nilai ke-Islam-an, memang bukan merupakan hal yang mudah karena sesungguhnya kita berhadapan dengan arus modernisme yang telah mengglobal dan salah kaprah. Opini tidak ketinggalan zaman dan tidak gaul bila tidak merayakan Valentine adalah salah satu kendalanya, namun dengan cara yang baik dan informasi yang akurat, Insya Allah informasi tersebut akan menjadi nasehat yang akan mudah untuk diikuti dan ditaati.
Untuk itu dalam kajian ini, akan dikupas tentang Valentine sedikit panjang lebar agar kita mendapatkan informasi yang komprehensif1 dan akurat sehingga kita dapat mensikapi hiruk-pikuk Valentine yang tahun-demi-tahun harus kita akui memang telah bertambah intensitasnya.

PANDANGAN ISLAM TENTANG VALENTINE

Dari uraian sejarah Valentine dan hubungannya dengan peradaban Barat saat ini dapat diringkas bahwa Valentine merupakan :
Ritual yang bersumber dari Kristen yang dikukuhkan oleh Paus Galasius untuk mengenang orang suci Kristen yaitu Santo Valentine dan Santo Marius.
Ritual orang-orang Romawi kuno yang pagan (penyembah berhala) untuk memperingati dewi Juno yaitu ratu dari segala dewa-dewi bagi perempuan dan perkawinan ( dewi cinta).
Ritual bangsa Eropa pada abad pertengahan untuk mencari jodoh.
Media Barat untuk mengkokohkan cengkraman peradaban Barat.,

* TULISAN INI DIPETIK DARI BLOG DAKWAH2U TANPA MENGUBAH EJAAN DAN AYAT.

Wednesday, February 4, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA PALESTIN






Pada hari selasa lalu,3hb Februari, Jawatankuasa Kebajikan,Unit HEM SMKM telah mengadakan ceramah palestin yang disampaikan oleh Ustaz Budianto bin Unggun, dari Sek. Agama AlIslah, Permatang Tok Bedu,Tasik Gelugor.Ceramah yang disampaikan oleh beliau banyak memberi manafaat kepada warga SMKM serta memberi kesedaran kepada mereka bahawa di sebalik kedamaian, kemewahan dan ketenangan mereka di sini, ada orang lain yang menderita. Selepas ceramah, Tn. Pengetua, Tn. Hj. Mohd. Noor bin Yusof telah menyampaikan sumbangan derma daripada warga SMKM.SMKM telah berjaya mengumpul sebanyak RM1300.00 hasil kutipan derma yang telah dilancar oleh SMKM sebelum ini. Diharap sumbangan ikhlas kami ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka di Palestin.Insya Allah.