Sunday, October 26, 2008

LAWATAN KELAB KOPERASI KE KEDAH

Pada 25hb lalu, ahli2 kelab koperasi telah mengadakan lawatan ke Sungai Petani, Kedah. Pelajar2 dibawa ke Kelab Cinta Sayang. Di KCS kami dibawa melihat kuda dan diberi peluang memegang dan bergambar dgn kuda2 tersebut. Pelajar juga diberi penerangan ringkas mengenai teknik menunggang kuda. Selepas itu, pelajar dibawa ke Taman Tema Carnival...di sini depa mandi sakan, mcm2 skill mandi depa buat,..masa yg diperuntukkan selama 4 jam bagi depa tak berapa cukup walaupun muka masing2 dah kecut..selepas solat zohor, kami bertolak ke Penang Golf Resort untuk jamuan akhir tahun koperasi...tapi malangnya tak sempat ambil gambar bateri habis....


Thursday, October 23, 2008

KURSUS PETANQ

Hari ni 23hb Oktober, ANGKASA telah menganjurkan kursus petanq bertempat di SMKM. Seramai 50 orang peserta telah terlibat yg terdiri dari 3 buah sekolah iaitu SMK Penanti, SMK Guar Perahu dan SMK Mengkuang. Kursus ni disampaikan oleh Tn. Hj Zainal. Pada sebelah pagi pelajar didedahkan teori camne nak main petanq dan pada sebelah tengaharinya praktikal.Masa ni baru le depa nak senyum, hilang habis mengantuk depa...rata2 pelajar tak pernah tengok dan apatah lagi main...termasuk le saya...rupanya syok gak main petanq ni...masing2 excited mencuba sampai berebut gelanggang antara bdk lelaki dgn bdk pompuan last sekali buat perlawanan antara pelajar lelaki dgn pelajar pompuan,haaa dua2 pihak bleh main...adil gitu kan??? lepas je kusus ni semangat depa berkobar2 utk main lagi ...malangnya pihak sekolah tak de peralatan utk main..Sesi teori
Penerangan cara bermain oleh jurulatihPelajar2 SMK Penanti sdg khusyuk mendengar peneranganGaya seorang bakal pemain petanq negara. Ada gaya le eih...Baling betul2 Hafiz jgn kena kepala org dah...

Friday, October 17, 2008

SEKADAR RENUNGAN

Pelajar wanita belasah guru


KANGAR - Gara-gara tidak berpuas hati dengan tugasan kerja yang diberikan, dua pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini didakwa bertindak di luar batasan membelasah seorang guru wanita.

Pelajar tingkatan dua berkenaan dipercayai telah menendang dan memukul guru Sivik dan Geografi, Azhana Ibrahim, 27, pada pukul 10 pagi semalam.

Menurut Azhana, dalam pergelutan itu, dia cuba mempertahankan diri selepas dua pelajar itu menyerangnya.

Ceritanya lagi, kejadian itu berlaku selepas pelajar itu menulis perkataan kesat dalam buku tugasan yang diserahkan kepada guru tersebut.

"Pelajar itu gagal menghantar tugasan yang diberikan kepada mereka sejak beberapa minggu lalu dan hanya menghantar kepada saya hari ini (semalam) selepas diminta berulang kali.

"Bagaimanapun saya terkejut apabila terdapat perkataan kesat pada buku tugasan tersebut dan pelajar itu bercakap kasar serta kurang sopan sebelum menyerang saya," dakwa guru itu di sini semalam.

Guru yang berasal dari Perlis itu berkata, beliau kemudian melaporkan kejadian kepada Penolong Kanan Sekolah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Jelasnya, beliau membuat laporan polis kerana bimbang diancam kedua-dua pelajar terbabit.

"Selama lima tahun berkhidmat sebagai guru, ini adalah kali pertama saya diserang,'' ujarnya.


* Nauzubillah, minta dijauhkan Allah daripada situasi ini..alhamdulillah sepanjang bertugas sebagai guru saya belum pernah lihat atau alami peristiwa seperti ini...wahai anak2 didikku yang sedang belajar di SMKM @ sek2 lain tolong kawal emosi, jgn melawan cakap guru,jgn biadap@mengata@menghina cikgu kamu walau mcm mana kamu marah sekali pun kat cikgu kamu...kerana guru umpama ayah dan ibu kamu...tak berkat ilmu yg kita belajar dan berdosa kalau kita bersikap biadab kpd guru...ingat apa yg telah kamu pelajari dlm adab2 terhdp guru.


Wednesday, October 8, 2008

SELAMAT MENGHADAPI PMR 2008

School Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Tinggal hanya beberapa hari je lagi pelajar2 form 3 akan menghadapi PMR... tak tau le depa dah bersedia atau belum..yang pasti kami cikgu2 form 3 dah cuba yg terbaik untuk anak2 didik kami. Lagi dekat nak exam lagi kecut perut cikgu2...tertanya2 depa ni blh ke tidak..apa pun kami sentiasa mendoakan supaya mereka dapat menjawab exam dgn baik dan mendapat keputusan yang cemerlang nanti.Insya Allah..

TIP UTK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang rugi.Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.

1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
2.Membuat ulangkaji topik-topik yang difikirkan penting.
3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.
5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembapkan minda.
6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.
7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan solat hajat dan bacaan yasin serta doa.
8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.
9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.
11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.
12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.
17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.
18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.
20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.
21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.
22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.
26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!
27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah dan doa.
28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.
29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

SEMOGA BERJAYA....INSYA ALLAH....

RAYA OH RAYA 2

Raya satu hari yg memang ditunggu2 oleh pelajar..masa ni terbayang di kepala depa sasaran rumah cikgu yg depa nak pi..biasanya cikgu2 yg dok dekat dgn sekolah le @ kg tak jauh..senang cite cikgu yg tak balik kg...kalau yg dah habis sekolah masa ni le baru ingat nak tel kite..masa ni mcm2 no yg tak dikenali masuk dlm nset, kdg2 sampai fobia bila bunyi nset...nasib baik ada hari raya kalau tidak entah le...seronok gak bila berjumpa balik dgn ex student yg pindah sekolah atau yg dah habis SMKM, ingat gak depa kat ustazah ye...Dalam keseronokan kita sambut raya..kita dpt berita sedih kematian ex student SMKM, Allahyarham Muhaimin b. Hashim kerana xcdent..yg sedihnya meninggal sehari sebelum raya semasa pulang dari membeli baju raya..tinggal le kembarnya Mustaqim..kalau thn lepas kita dikejutkan dgn kematian Allahyarham Aiman Syamil (meninggal pada hari raya ke 6) dan thn sebelumnya Allahyarham Afiq Khalid (bulan Ramadan, seminggu sblm raya). Allahyarham Afiq dan Adli Naim merupakan pengunjung tetap rumah saya semasa raya. Dlm dok syok sambut raya ni mereka yg telah pergi jgn kita lupakan, oleh itu mari lah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada pelajar2 SMKM yg telah kembali ke rahmatullah iaitu Allahyarham Abdullah , Allahyarhamah Aimi, Allahyarham Mohd Sobri , Allahyarham Ahmad Albab, Allahyarham Afiq, Allahyarham Aiman Syamil, Allahyarham Adli Naim dan Allahyarham Muhaimin. Al-Fatihah...Ni group pertama dtg beraya..group kedua dan seterusnya tak sempat nak ambik gambar,sory ye Kamal, Fahmi dll.

MAJLIS SAMBUTAN PRA HARI RAYA

Pada 26 September 2008, Kelab Guru dan Kakitangan SMKM telah mengadakan majlis sambutan pra hari raya. Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan yasin, doa, persembahan nasyid, ucapan daripada ketua murid, ucapan pengerusi kelab guru, ucapan pengetua, persembahan lagu2 hari raya oleh murid dan guru (Cikgu Joe dan Cikgu Shah,fuh!! depa dua kalau buat album mesti meletoop nyer...he3, jgn mare..) dan penyampaian hadiah dan cenderahati model sekolah hasil kerja cikgu Zaki dan pelajar2 4 IK. Selepas itu sesi bersalam-salaman antara guru dan pelajar...lenguh tangan dan kebas pipi...Selain itu turut diadakan majlis penyampaian sumbangan hari raya yg dianjurkan oleh badan kebajikan murid di bawah unit HEM kepada pelajar...boleh le depa buat belanja raya...ingat belanja untuk hari raya bkn top up nset tau...


MESYUARAT AGUNG KOPERASI




MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN MOTIVASI PMR