Saturday, November 8, 2008

TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN 2

Tatkala menerima kertas soalan peperiksaan lakukan perkara berikut :

* Baca Bismilllah
* Baca Al-Fatihah sekali dan selawat 3 kali
* Berdoa dalam hati dengan ikhlas dan penuh harapan . Pohon ditambah kekuatan di samping kekuatan yang sedia ada
* Baca soalan dengan tenang . Fahamkan kehendak soalan dan kata kunci
* Jawapan tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang . Tepat dan memadai
* Jawapan berbentuk esei , mesti ditulis dalam perenggan-perenggan . Satu perenggan satu idea atau satu isi
* Jawapan mesti relevan , yakni berkaitan dengan soalan
* Ayat-ayat hendaklah pendek dan betul struktur tatabahasanya
* Tulisan hendaklah jelas dan mudah dibaca . Tulisan boleh mempengaruhi mood pemeriksa untuk meneliti jawapan kamu sepenuhnya dan markah yang diberi
* Sebelum menulis , susun dulu isi-isi , agar tidak ketinggalan
* Data yang sesuai , jika dapat memperjelaskan jawapan , amat perlu . Contohnya tarikh , nama orang , tempat , judul buku atau perangkaan
* Di dalam perenggan terakhir , berikan kesimpulan atau ringkasan isi-isi

Friday, November 7, 2008

SELAMAT MENGHADAPI SPM 2008


BERGAMBAR BERSAMA-SAMA DGN PELAJAR PUTERA TINGKATAN 5

BERGAMBAR BERSAMA-SAMA DGN PELAJAR PUTERI TINGKATAN 5

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2008 KEPADA SEMUA PELAJAR SMKM DAN PELAJAR2 SPM SELURUH NEGARA...BUAT YG TERBAIK UNTUK MASA DEPAN..TENANGKAN HATI SEMASA MENJAWAB SOALAN..AMAL IBADAT JGN DILUPA..MOHON AMPUN DAN MAAF DARIPADA IBU BAPA, GURU DAN KWN2.MULAKAN DGN BISMILLAH DAN DOA..MINTA MAK AYAH TOLONG DOA SAMA...KAMI WARGA SMKM SENTIASA DOAKAN YG TERBAIK UTK ANAK2 DIDIK KAMI...KPD SEMUA PELAJAR SMKM TERUTAMA EX STUDENT 3 ALFARABI 2006 & 3 IBNU KHALDUN 2006..USTH DOAKAN KAMU SEMUA BERJAYA DLM SPM..TRY YOUR BEST OK...USTH SYG KAMU SEMUA....

Thursday, November 6, 2008

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU & STAF SMKM




Hari ni 6 November 2008, bermula jam 2.00 petang, kami warga SMKM berkonvoi ke Penang Golf Resort, Bertam untuk bersama-sama meraikan diri sendiri setelah 10 bln bekerja keras untuk mendidik anak2 pelajar SMKM, berusaha membangun dan memajukan SMKM bagi mencapai visi dan misi SMKM ke arah kecemerlangan...Semua warga SMKM mempunyai tugas dan tanggungjawab sendiri tidak kira sama ada pentadbir, guru dan pekerja memainkan peranan untuk mengerakkan jentera SMKM ke arah kecemerlangan.Tn. pengetua dalam ucapannya menaruh harapan agar majlis pada petang ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua warga SMKM. Kesempatan ini Unit Kokurikulum memohon ribuan ampun dan maaf seandainya sepanjang 2008 ini, pihak kami menimbulkan masalah dan rasa ketidakpuasan hati guru-guru sama ada disedari @ tidak.

MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN MOTIVASI SPM




Pada 2 November lalu, pihak sekolah telah mengadakan majlis bacaan yasin, solat hajat dan motivasi untuk waris dan pelajar2 SPM, bertempat di surau Lokmanul Hakim SMKM. Sambutan daripada waris dan pelajar kurang memuaskan jika dibandingkan dengan waris dan pelajar PMR..namun begitu waris dan pelajar yg hadir tidak melepaskan peluang mengutip intipati bahan motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan untuk dijadikan sebagai panduan dlm menghadapi SPM. Unit koko mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI SPM kepada semua pelajar SPM 2008, semoga Allah lapangkan hati dan minda sepanjang exam. Usth mengambil kesempatan utk mengucapkan SELAMAT MENJAWAB SPM khas kpd Nana ( Noor Husna bt Mohd Shafie 5IS),Mohd.Kamal b. Rani di MTD, Zawani Elias di SMT Balik Pulau dan semua yg pernah menjadi anak didik usth sama ada yg masih belajar di SMKM @ yg telah berhijrah ke sekolah2 lain dgn iringan doa dan harapan semoga anda semua berjaya dalam SPM 2008.

Monday, November 3, 2008

PROGRAM KEMBARA ILMU & KERJAYA 2008

Peserta bergambar di UNIKL RCMPMelawat Ladang Teh

Bergambar di Kolej Profesional MARA

Penerangan oleh bakal doktor

Penerangan oleh pegawai Mardi..(khusyuknye abe mencatat)

Peserta ingin memetik buah epal

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

1. Nama aktiviti : Program Kembara Ilmu & Kerjaya 2008

2. Anjuran : Kelab Bimbingan & Kerjaya

3. Tarikh : 21 hingga 22 Oktober 2008

4. Tempat : Perak dan Pahang.

5. Kumpulan sasaran : 18 orang pelajar

6. Guru Terlibat : En. Mohd Sabri Taib

Pn. Siti Habsyah

Pn. Noraziah

Program

1. Objektif program

1.1 Memberi pendedahan kepada peserta tentang peluang pengajian selepas sekolah.

1.2 Peserta boleh membuat perancangan awal tentang persediaan pengajian pada masa depan.

1.3 Sebagai salah satu aktiviti kelab.

2. Aturcara Program

- Lawatan sekitar Kolej Profesional MARA

- Lawatan ke UNIKL Kolej Perubatan Diraja Perak

- Lawatan ke Cameron Highland

- Lawatan ke MARDI Cameron Highland