Wednesday, September 24, 2008

UCAPAN HARI RAYA

Dengan ingatan tulus ikhlas kepada semua warga SMKM semoga sentiasa memberi kepercayaan, sokongan dan kerjasama kepada saya memimpin sekolah ini agar SMKM terus cemerlang.

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Ikhlas Daripada :
Tn. Hj. Mohd. Noor bin Yusof
Pengetua SMK Mengkuang


Joy to your heart...
Warmth to your home...
Happiness to your soul...
May Allah grace you with his
Love and protection...
Grant you peace and happiness...
and lead you to bliss on this
Eid and always
Eid Mubarak !!
Maaf Zahir Batin

From :
Pn. Latipah bt. Wahab
PK Pentadbiran SMK Mengkuang

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin
Buat semua Warga SMKM
Semoga Lebaran Ini Membawa
Sinar Kecemerlangan Dalam Semua Bidang

Salam Penuh Keikhlasan Daripada :
Pn. Hjh Badariah bt Ahmad,
PK HEM SMK Mengkuang.


Khas Kepada Seluruh Warga SMKM

سلا مت هاري راي
معاف ظاهير دان باطين

Dengan Ucapan ...
Semoga bergembira bersama keluarga tersayang,
Berhati-hati di jalanraya, serta pastikan anda
semua kembali ceria selepas ini

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada :
En. Aidi bin Arifin,
PK Kokurikulum SMK Mengkuang



SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ditujukan khas kepada semua warga SMKM, ex SMKM
dan semua yang mengenali saya,
saya memohon maaf seandainya ada khilaf
sepanjang mengenali saya.
Kepada anak2 murid dulu (SK Sri Limau,SKP Khas Alma dan kini (SMKM)
ustzh mohon maaf seandainya
ada yg terguris hati sepanjang menjadi anak didik ustzh.
Kpd pel Form 3, terutama 3IS,3AK dan 3IR raya2 gak tapi ingat PMR dah dekat,
jgn raya sakan ingat tu Nadhrah,mimi, kay own ..8A.TQ bagi kad raya..

Ikhlas daripada :
Ustazah RAW







Tuesday, September 16, 2008

IFTHAR JAMAIE 2008




Kelab Keluarga SMKM dengan kerjasama JK Asrama telah mengadakan majlis berbuka puasa pada 16 Sept di Dewan Makan Asrama dan perkarangan dewan makan asrama. Majlis ini turut dihadiri oleh ahli keluarga masing2. Pelbagai juadah dihidangkan antaranya nasi daging, bihun, mee dan aneka pencuci mulut.

KUTIPAN AMAL PASUKAN PANDU PUTERI

PK HEM,PN. BADARIAH SEDANG MENYAMPAIKAN SUMBANGAN
PK KOKURIKULUM, EN. AIDI MENYERAHKAN SUMBANGAN KPD ANAK YATIM
ANTARA SUMBANGAN YG DIBERI

Pasukan Pandu Puteri SMK Mengkuang yang diketuai oleh Pn. Asmah bt Omar dengan kerjasama guru2 penasihat serta ajk pelajar telah mengadakan kutipan amal sempena Ramadan. Semua hasil sumbangan daripada warga SMK Mengkuang telah diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Baling. Sumbangan tersebut berupa makanan, pakaian dan wang tunai. Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah atas usaha murni pasukan pandu puteri dan berharap ia akan menjadi contoh kepada unit2 lain utk bergiat cergas dalam khidmat masyarakat selain aktiviti2 yang dilaksanakan di sekolah.

KEM IHYA' RAMADAN 2008





Pada 9 hingga 11 September lalu, 4 orang pelajar tingkatan 4 telah terpilih untuk mengikuti Kem Ihya' Ramadan di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. Mereka ialah Mohd Norasri, Mohd. Firdaus, Nur Liyana dan Nurakmar.

Friday, September 5, 2008

MESYUARAT AGUNG UNIT KOKURIKULUM







Unit kokurikulum telah membuka kaunter unit - unit kokurikulum untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan unit-unit uniform, kelab dan persatuan yang diminati untuk aktiviti kokurikulum pada tahun 2009. Tujuan diadakan pendaftaran semula unit-unit kokurikulum adalah untuk menarik minat pelajar menghadirkan diri dalam semua aktiviti kokurikulum dan juga supaya pelajar dapat menjalankan aktiviti mengikut bakat dan minat masing-masing. Selepas pendaftaran semula unit-unit kokurikulum, semua unit kokurikulum telah mengadakan mesyuarat agung unit kokurikulum mengikut unit masing-masing. Pemilihan jawatankuasa pelajar untuk sesi 2009 telah diadakan semasa mesyuarat tersebut.