Sunday, August 30, 2009

PUASA DAN MERDEKA

Alhamdulillah hari ni kita rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 52 dan hari ni merupakan hari yg ke 10 kita berpuasa..Dalam jangkamasa 52 tahun kita merdeka pelbagai kemajuan telah kita capai..walaupun kita tidak merasai peritnya datuk nenek kita hidup di zaman sebelum merdeka dan susah payah mereka memperjuangkan kemerdekaan tapi kita boleh selami kegigihan mereka melalui pembacaan dan belajar sejarah di sekolah..kita patut berterima kasih kepada mereka kerana kita dapat hidup dgn aman dan harmoni sekarang...dan dalam tempoh 10 hari kita berpuasa, renung dan muhasabah diri kita apakah penambahbaikan yg telah kita lakukan walaupun kadang2 kita sibuk berblog, berfacebook, berfriendster atau mungkin kita sibuk bershoping, menyediakan kuih raya dan lain2 tapi kita jangan lupa luangkan masa untuk bertadarus Al-Quran 1 hari 1 juzuk @ lebih (kalau novel hampa (bdk pompuan ) blh habis baca dlm masa 1 hari,Quran lagi la blh kan3????), bertarawih dan mengerjakan solat2 sunat..rebutlah peluang ini kerana ia hanya datang setahun sekali....kita tanamkan azam supaya kita istiqamah mengerjakannya walaupun ramadan telah meninggalkan kita...berbalik kepada merdeka..dalam kita gembira menyambut kemerdekaan..cuba renung2kan adakah kita benar2 merdeka..kita sebenarnya masih dijajah oleh hawa nafsu samada kita sedar atau tidak..dan masih ramai org yg mengaku dirinya islam tapi masih dijajah oleh syaitan..tanpa rasa malu pada Allah, diri sendiri, anak isteri dan org lain ,mereka membeli makanan pada waktu tengahari (kami org prp walaupun diberi 'cuti berganti' tapi tak tergamak nak makan dpn family lain ,apatah lagi nak beli nasi bungkus) menghisap rokok dan minum semasa memandu..dan yg menjual tidak terfikirkah apa hukumnya anda menjual kpd org yg tidak berpuasa..mencari rezeki dgn cara yang salah..hasil jualan anda akan menjadi darah daging anak isteri anda..bertaubatlah...(geram ni!!!!!). Kpd anak2 didikku fikir2kanlah kalau nak ponteng puasa..ingat Allah melihat apa yg anda lakukan..

Monday, August 24, 2009

PTK DAN PILIHANRAYA DUN PERMATANG PASIR


Saja nak kongsi pengalaman dgn org len..walaupun post ni tak dak kena mengena dgn koko kat sekolah..maklum le pilihanraya ni bkn selalu org hadapi kecuali kami di Permatang Pauh je..dah berapa kali dah pilihanraya sepanjang tempoh ni..pagi tadi nak ke pusat peperiksaan PTK di SMK Guar Perahu sengaja saya keluar pkul 8.00 pagi bkn pe takut jam dan sememangnya jalanraya agak sibuk walaupun awal gi..utk SMKGP kena melalui pusat undi SRJK(C) Kubang Semang...kiri kanan polis dan org ramai...silap le tak tulis kat cermin keta.."saya nak pi ambik PTK bkn nak pi mengundi" he3..waktu balik hajat hati nak ke Seberang Jaya ikut susur Kbg. Semang sambil tengok2 suasana kat dpn SK Seri Penanti (kat situ selalunya meriah)tapi jalan dpn Pekan Penanti jam,terpaksa menggunakan jalan jauh sikit..naik susur Penanti..berbalik ke exam PTK..x tau le nak cakap blh dpt 4 ke tidak, soalan nak kata susah tak,nak kata senang pun tak..tapi blh le tak le sampai garu kpale..apapun semuanya ada kat dalam nota yang dibuat.(sape2 yg nak nota PTK Koko blh ambik kat sebelah). Harap2 termakbullah doa anak2 murid yang mendoakan usth kat ruang sembang2 tu ye..(thanks Syaza n Tika). Gambar suasana hari mengundi tak sempat nak ambik,jln sesak (takut kena saman ambik gambar sambil drive)tapi gambar sehari sebelum mengundi ada le..korang tengok le meriah ke tidak..sape yang akan menang saya tak mau komen apa2..saya sokong sape..biarlah rahsia...

Sunday, August 23, 2009

ANTARA EXAM PTK DAN PILIHANRAYA DUN PERMATANG PASIR

Esok 25hb Ogos, exam PTK utk DG44..tak tau nak jawab pe., tawakal je..ambik paper koku bkn ada buku rujukan harap nota yg dibuat sendiri dan pengalaman tolong PKKK urus koku sikit2 di sekolah je.. itu pun baca sambil2 peksa ketas UP2 bdk2 form 1 dan esok gak hari mengundi bagi DUN Permatang Pasir..kena le keluar awal sikit takut jalan jam...tambah2 kat Pekan Penanti..gerenti dia buat jalan sehala maka jadi jauh le perjalanan saya ke tempat exam di SMK Guar Perahu..walaupun sebenarnya dekat je dari rumah ..nasib baik saya tak kena mengundi (kita DUN Penanti) tapi bahangnya tetap terasa sbb berjiran...meriah betoi walaupun setiap hari hujan yang bkn hujan manja2 tapi yg lebat punyer tahap bdk2 kecik meraung...tak mcm masa DUN Penanti..agak suram.. ptg & malam esok jgn harap le nak keluar mana2, jalan dpn rmh sudah semestinya akan jam...gitu le setiap kali ada pilihanraya...nak buh gambar pun asyik terlupa nak bawa kamera setiap kali ke pasar..tengok le kot2 sempat ok...apa pun Selamat Menghadapi Peperiksaan PTK pada semua cikgu2 dan Selamat Mengundi kepada semua pengundi DUN Permatang Pasir...

Friday, August 21, 2009

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN AL MUBARAK


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Esok semua umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa yang mana bulan Ramadan merupakan bulan yang kita nanti-nantikan untuk melipat gandakan amal ibadah kita. Cuba kita tanamkan azam untuk melaksanakan ibadah puasa dan amalan-amalan sunat yang lain dengan lebih sempurna, tanamkan azam dalam diri kita dapat khatam al-quran sekurang-kurangnya sekali, melakukan solat tarawih setiap malam dan cuba bangun lebih awal sebelum sahur untuk melakukan solat-solat sunat. Bagi yang tak sempat nak ganti puasa yang ditinggalkan tahun lepas cubalah berazam untuk mengganti puasa secepat mungkin bukan melengah-lengahkannya sehingga di saat2 akhir. Moga niat baik kita akan dimakbulkan Allah. Unit Kokurikulum mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan memohon maaf seandainya ada salah dan silap sepanjang tahun ini.

Thursday, August 20, 2009

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada 21hb Ogos 2009, Panitia Sejarah dan Kelab Rukun Negara telah mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Pengetua, Pn. Jamilah binti Man. Pelbagai acara akan diadakan sepanjang bulan kemerdekaan antaranya kuiz, deklamasi sajak, bicara tokoh dan sebagainya.

Friday, August 14, 2009

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADAN 2009

Pada hari Jumaat, 14hb Ogos, Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Bulan Pendidikan Islam dan Ihya' Ramadan semperna kedatangan bulan Ramadan yang akan disambut pada sabtu depan, Insya Allah... Majlis pelancaran ini bermula dgn tazkirah Ramadan oleh Al Fadzil Ustaz Ahmad bin Daud, bacaan doa menolak bencana penyakit dan bala terutama H1N1 dan perasmian bulan Pendidikan Islam dan Ihya' Ramadan oleh PK HEM, Pn. Hajah Badariah. Pelbagai aktivti telah dirancang sepanjang Ramadan Al Mubarak antaranya tadarus Al-Quran, tazkirah, buletin Ramadan, kuiz, iftar jamaei dan majlis khatam al-quran.

Wednesday, August 12, 2009

AHLAN WA SAHLAN


Hari ini 12hb Ogos 2009, SMKM telah menerima kepimpinan baru iaitu Pn. Jamilah binti Man, beliau melaporkan diri sebagai pengetua pada pagi ini. Beliau merupakan bekas pengetua SMK St George Balik Pulau, P.Pinang. Semua warga SMKM mengalu-alukan kedatangan Puan dan harap puan dapat membimbing dan bersama-sama mengorak kecemerlangan SMKM.

Monday, August 10, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN DAN UP2


Mulai hari ini, 10hb Ogos, semua pelajar SMKM menduduki peperiksaan. Harapan usth, hampa semua mengambil kesempatan mengulangkaji pelajaran dan membaca nota yang dibekalkan sepanjang tempoh seminggu dikuarantin. Dalam tempoh seminggu sekolah ditutup, bertubi2 mesej masuk, saya abaikan semua mesej2 tu.. maaf la ye, bkn nak jimat kredit tapi tak kuasa nak membalas mesej2 tersebut sbb kebanyakannya tanya tjuk2 exam... usth tak akan memanjakan hampa semua dgn memberi tajuk2 yg keluar utk apa2 exam termasuk percubaan, bkn pe nak biasakan diri dgn suasana sebenar PMR..lagi pun PMR nanti kita tak tau pun tajuk pe keluar, jadi tak rugi kalau baca semua tajuk...dan inilah antara rahsia mengekalkan jumlah prestasi "A". Apa pun usth ucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan untuk semua pelajar tingkatan tiga terutama 3 Ibnu Sina dan 3 Ar-Radzi dan selamat menghadapi UP2 kepada semua pelajar SMKM semoga berjaya.

Tuesday, August 4, 2009

BULAN KECERGASAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG


Pada 25hb Julai lalu, SMKM telah menyertai Bulan Kecergasan di SMK Guar Perahu. Seramai 4 orang peserta telah dihantar menyertai program tersebut iaitu Nor Farzana, Amir Aziham, Mohd Syahizan dan Mohd Saufi . Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut. (Gambar sumbangan dari Pn. Norhayati PSS : Sori gambar kurang jelas kerana guna handset.)

WAZIBOYZ CUB PRIX DI SMK MENGKUANG


Hari senin lalu, SMKM sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah utk program rakan muda Waziboyz cub prix (glemer la pulok SMKM thn ni asyik jadi tn. rumah utk beberapa program). Program ini terbuka kepada sekolah2 di negeri Pulau Pinang dan setiap sekolah dikehendaki menghantar 8 orang peserta. Dlm program ni , pelajar diajar cara pemanduan berhemah.