Friday, May 29, 2009

SELAMAT BERPISAH PN. YAUMEE ANITA

Hari ni 29hb Mei merupakan hari terakhir Pn. Yaumee Anita bertugas di SMKM. Beliau akan bertukar ke SMK Sg. Kob, Kulim, Kedah. Walaupun baru setahun 5 bulan mengenali beliau tetapi kemesraannya seolah2 dah bertahun2 kami kenal. Senang bekerja dgn beliau dan yang lebih penting beliau tidak pernah mengambil hati dgn gurau senda kwn2 terutama kwn2 yg sebaris dgnnya di bilik guru. Segala gurau senda dibalas dgn senyuman..tapi kdg2 gurau sendanya boleh tahan gak..he3 jgn mare ye yaume...Kami memohon ribuan maaf seandainya ada terkasar bahasa, terlebih bicara, terguris rasa sepanjang persahabatan kita..apa pun kami akan sentiasa mengingati yaumee terutama bila pakai baju batik...selamat duit lps ni .. :D dan ingat tau hari jumaat Kedah cuti,jadi periuk tu jgn simpan dlm almari je..x pyh le masak susah2 buat nasi dage ke@nasi kabu dah le... : D Kesempatan ni Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan maaf andai ada salah dan silap sepanjang Yaumee bertugas di SMKM dan mendoakan semoga Yaumee akan selesa dan gembira di SMK Sg Kob nanti.

Thursday, May 28, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SMKM 2009

Gambar2 sekitar Sambutan Hari Guru 2009
Upacara Membaca Perutusan Oleh PK-PK
Guru2 sdg Men'sumbang'kan lagu
Upacara Memotong Kek Hari Guru
Pertandingan Bola Tampar
Pertandingan Kukoq Nyioq
Acara menghias model
Acara penyampaian Anugerah Guru
Pilih le meja mana paling cantik dan kemas, he3
Antara hadiah yg diterima,tima kasih semua..:D

Tadi, 28hb, SMKM telah mengadakan sambutan Hari Guru, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya membaca perutusan, menyanyikan lagu hari guru, perlawanan bola tampar antara guru dan murid, pertandingan kukur kelapa, lari susun bata, persembahan kompang formasi, nyanyian rakyat, anugerah guru paling popular, bergaya, ceria dan mesra, kemas dan paling tegas dan meja terkemas dan cantik. Sambutan kali ni agak sederhana diiringi oleh hujan, namun acara tetap dijalankan. Terima kasih kepada badan pengawas yang telah bertungkus lumus menjayakan sambutan ini dan juga ribuan terima kasih kpd semua pelajar SMKM.Kesempatan ini ustzh ucapkan ribuan terima kasih kpd pelajar2 yg memberi cenderahati dan memberi ucapan Hari guru (3IS-korang spoting la..I like.. Hatika-wlpn dah pndh sekolah masih x lupakan usth..wargh..terharu tau,, Tiemah-x tiduq pe smlm buat kad tu :D, Aisyah (1IK), Nisya (1AK), Zarith(1AK), Aiman, (1IK) Pendidikan Khas dan Pengawas).

Saturday, May 23, 2009

EXAM , PILIHANRAYA DUN PENANTI DAN PTK

Mulai minggu lepas , pelajar2 SMKM menghadapi exam dan akan tamat pada hari Rabu ni, lepas tu SMKM akan menyambut Hari Guru pada hari jumaat. Sebut pasal exam, rasa lebih bahagia kalau masuk mengajar daripada jaga exam, ye la duk saje je, mcm2 rasa ada, mengantuk x yah habaq le...pasni sibuk peksa ketas , alhamdulillah ketas form 3 dah siap peksa, keputusan pun depa dah tau..tunggu nak tunaikan janji je...3 Ibnu Sina thn ni telah berjaya merealisasikan impian usth utk dpt 100% A dlm P.I..syok sgt2..tima kasih ye..hrp2 dpt kekalkan hingga trial dan PMR ok..Kemarin penamaan calun pilihanraya DUN Penanti...suasana kurang meriah berbanding masa pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh..dulu awal pukul 7 pg jln dah jem sampai dpn rumah..kemarin biasa2 je..saya sebagai anak jati Penanti, tak mau komen pe, tunggu je la keputusan 31hb ni....Exam PTK, kali ni kena ambil TK3 plk..aduhai camne la..nak kena cari bhn utk buat nota mcm dulu..kwn2 dah mula tanya ada nota tak..setakat ni nota PTK P&P dan nota Kokurikulum dah ada, sape2 nak, download je kat sebelah...halal...tumpang gembira bila kwn2 dpt 4, pastu depa mai ucap tima kasih sbb bagi nota, he3...lps ni Insya Allah, nak buat utk umum plk tapi lepas settle nota P.Islam dari form 1 hingga Form 3 dulu...sape2 yg ada bhn pas2 le blh le kita kongsi bhn..Opps sblm terlupa, tahniah Cikgu Shah sbb dpt 4 exam PTK baru ni...

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU


[ Testi Ucapan4u ] [ Malaysia Tv Series ]
Unit Kokurikulum mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SMKM dan semua warga guru di seluruh Malaysia.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mendidik saya di SK Seri Penanti, Madrasah Manabiul Ulum Penanti, SMK Penanti, Institut Perguruan Islam Bangi (IPIS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.Terima kasih kerana telah mencurahkan ilmu dan nasihat sehingga saya juga menjadi seorang pendidik. Terima kasih juga kepada semua anak2 murid yg pernah mendpt didikan usth di SK Seri Limau, Lunas, Kedah, SK Pendidikan Khas Alma dan SMK Mengkuang kerana memberi kerjasama yg baik sepanjang menjadi anak didik usth..Semoga Allah memberkati ilmu yg telah dicurahkan...
Hayatilah Sajak Guru Oh Guru ni
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan SN Dato Usman Awang

Thursday, May 14, 2009

ADAB MEMBERI SALAM SEMASA SMS

Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum"
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan asalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum",kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya. Kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....
* Dipetik dari tag azroygagak hitam.

Wednesday, May 13, 2009

EXAM OH EXAM 3

Exam datang lagi...lani pelajar2 F4 dan F5 tengah sibuk study n jawab peksa Pertengahan Tahun, pelajar2 form lain akan mula peksa minggu depan, esok pelajar F3 dan F5 seluruh negeri P.Pinang akan menjawab soalan setara Pendidikan Islam serentak. Ramai gak yg kenen2 tajuk pe yg keluar tapi biasa la...jgn harap le usth nak bagi tajuk apa keluar, bkn nak seksa korang tapi nak latih korang utk bersedia apa saja kemungkinan tajuk yg keluar masa soalan sebenar PMR nanti.. guide line dah dibagi iaitu baca semua tajuk ikut analisa tajuk2 PMR thn lps yg dibekalkan..,x dinafikan memang banyak tajuk yang lama dan x penah keluar dlm PMR tapi x rugi kalau baca semua pun kan???Sape2 yg penah jadi anak murid usth mmg dah tau,dari form 1 gi dah dilatih camtu..(kalau x caye tanyalah c Abe n Syafiq)lagipun dpt mengelakkan dari berlaku penipuan dlm exam..Apa pun usth ucapkan Good Luck, ingat 3Is janji usth kat hampa semua kalau semua dapat 'A' Pendidikan Islam nnti..

Tuesday, May 12, 2009

KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KELAS PENDIDIKAN KHAS

Pada 7hb lalu beberapa orang pelajar Kelas Pendidikan Khas telah menyertai Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah Pendidikan Khas Peringkat Negeri Pulau Pinang. Pelajar SMKM, Nurul Najihah Najwa telah berjaya mendapat johan dalam pertandingan bercerita bagi kategori perempuan. Beliau akan mewakili negeri P.Pinang ke peringkat kebangsaan. Kelas Pendidikan Khas SMKM juga telah menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Pendidikan Khas Peringkat Negeri P.Pinang dan telah berjaya mendapat tiga pingat emas bagi acara olahraga . Pelajar yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara sukan tersebut ialah Muhd Faiz, Mohd Safwan dan Nurul Najihah Najwa. Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru, pembantu kelas P.khas dan pelajar yang terlibat.

Sunday, May 10, 2009

MENGENANG JASA IBU -SEMPENA HARI IBU

Dalam islam kita dituntut untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Redha Allah terletak di bawah redha ibu bapa. Tuntutan ini merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan dan barangsiapa yang melanggar perintah Allah tersebut, ia telah melakukan dosa besar dan telah dimurkai allah s.w.t.Sikap seseorang anak perlulah bersopan dan berlemah-lembut kepada kedua ibu bapanya, sebagai tanda kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa.Kita sewajarnya memikir dan membayangkan betapa perit dan susah payahnya ibu bapa kita mendidik dan membesarkan kita dari tapak kaki sebesar tapak tangan sehinggalah kita boleh berdikari seperti sekarang ini.

"Dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata,dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkat kepada mereka(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "AH", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".

Sebagai rasa kasih sayang dan tanggungjawab kita kepada kedua ibu bapa,marilah sama-sama kita berbakti kepada mereka, mengingati dan mentaati segala kehendak mereka,selagi ia tidak membawa kepada unsur-unsur maksiat,sekiranya ibu bapa kita masih hidup.Seandainya mereka telah meninggal dunia, doakan semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa mereka dan agar roh mereka bersama golongan Aulia’ dan Solihin.

Ibu bapa juga sewajarnya sentiasa mendoakan anak-anak mereka dengan doa dan pengharapan yang baik, kerana sesungguhnya doa para ibu tiada penghijabnya.Mudah-mudahan kehidupan kita akan saling bertanggungjawab dan berperanan sebagaimana yang telah diaturkan oleh syariat islam.
"Dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.Sedang tempoh mengandung beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.Setelah ia besar sampai keperingkat umur empat puluh tahun berdoalah ia dengan berkata :"Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redhai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunan. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf ayat 15)

Saturday, May 9, 2009

Mother's Day Myspace Comments
MyNiceSpace.com
Unit Kokurikulum mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua warga SMKM yang bergelar ibu khasnya dan semua pengujung blog amnya. Hargailah ibu anda sementara beliau masih ada dan sedekahkanlah doa dan al-fatihah sekiranya beliau sudah tiada.

KECEMERLANGAN SMKM DI SANA SINI

Beberapa kecemerlangan telah dicipta oleh murid-murid SMKM sebagai tanda mata kepada Tn. Pengetua sebelum Tn. Pengetua meninggalkan SMKM. Antaranya ialah :

1. KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSPP PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI
- PASUKAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN 15TKB
- Mendapat Tempat Ketiga Daerah.

2. PASUKAN BOLA TAMPAR LELAKI 15TKB
- Mendapat Tempat Ketiga.

2. KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSPP PERINGKAT NEGERI P.PINANG
- Mendapat Tempat Ketiga

3. PERTANDINGAN GERKORAMA ASAT DAERAH TENGAH
- Johan Pertandingan Bola Tampar Lelaki
- Johan Pertandingan Marhaban
- Johan Nyanyian Solo
- Nur Liyana bt Yaacob
- Johan Pidato Bahasa Inggeris
- Khairina bt Khairudin
- Naib Johan Pertandingan Bola Tampar Perempuan
- Naib Johan Bahas Ala Parlimen
- Naib Johan Pertandingan Nasyid
- Tempat Ketiga Pertandingan Azan
- Mohamad Ridzuan b. Md Ali
* Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Pengetua atas kegigihan beliau melatih para pemain pasukan bola tampar sehingga membuahkan hasil yg cukup membanggakan , juga kepada Pn. Jamaliah serta suami kerana sudi melatih peserta marhaban hingga menjadi johan dan juga syabas dan tahniah kepada PK HEM (Pn. Hajah Badariah),PKKK, warden2, semua guru dan pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Terima kasih daun keladi tahun depan berlatih dgn lebih giat lagi ok...

Friday, May 8, 2009

I'm Back

Hampir 4 hari terkurung di Langkawi atas urusan rasmi JPN (Pendidikan Islam), hari ni saya dpt mengadap kembali blog ni...terputus seketika dgn dunia blog...Sebut langkawi masing2 teringatkan pinggan mangkuk( setakat ni x penah beli, sbb tak kuasa nak bawa balik...berat..tak sesuai dgn saiz org yang nak bawa. :D) coklat, dulu pantang ke Langkawi mesti angkut byk, siap atur utk sedare mara,anak2 murid n kwn2 , kali ni lebih berhati2 sbb pe agak bahaya takut terbeli yg ada "lemak b" tersembunyi..last masuk kedai belek ingredients sambil rujuk handset (set siap E pe yg boleh mkn), Kpd semua ingat nak beli apa2 baca ingredients dgn teliti walaupun ada tanda halal ok...

Saturday, May 2, 2009

PENGUMUMAN

Perhatian kepada semua pengunjung blog, blog tidak dapat diupdate sehingga 7hb April. Sekiranya anda mempunyai maklumat atau aktiviti yg ingin dimuatkan dalam blog ini sila serahkan pd ustzh pada 8 April. Harap maklum.

Friday, May 1, 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM DI SANA SINI 2

Ni le wajah2 comel pasukan Bola Jaring SMKM dgn Guru Penasihat
Pada 27 April lalu, pasukan bola jaring SMKM telah berjaya menjadi johan peringkat daerah.Unit Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yg terlibat

KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAERAH SEBERANG PERAI

Pada 27-30 April lalu, pasukan Bola Tampar SMKM telah menyertai pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah di SMK Berapit ,keputusan rasmi belum diketahui sepenuhnya tetapi pasukan SMKM berada di antara tiga pasukan terbaik.


PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ASAT 2009

Ni le wajah2 hensem jaguh Bola Tampar ASAT SMKM
Baru2 ini SMKM telah dipilih sebagai tuan rumah kejohanan Bola Tampar ASAT 2009 peringkat daerah. Pertandingan ini merupakan salah satu acara utk pertandingan ASAT yang sedang berlangsung mulai April hingga Mei . SMKM telah menjadi juara .Keputusannya adalah seperti berikut :
SMKM VS HIGH SCHOOL - 30 - 21
SMKM VS DMW2 - 30 -22
SMKM VS ALMASRIYAH - 30 - 19
SMKM VS PERMATANG PASIR - 30 - 17

Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola tampar sekolah.