Wednesday, July 29, 2009

AKTIVITI KELAB & PERSATUAN MINGGU INI

KELAB PELANCONGAN
KELAB KOPERASIKELAB KOPERASIHASIL KERJA AHLI KELAB KOPERASI

Minggu ini merupakan minggu Kelab dan Persatuan. Pelbagai aktiviti diadakan mengikut kreativiti guru penasihat untuk menarik minat pelajar dalam persatuan masing-masing. Antara aktiviti yang menarik minggu ini ialah Kelab Koperasi dan Kelab Pelancongan. (Maaf ye bkn bias letak gambar kelab koperasi sbb usth guru penasihat kelab koperasi tapi kebetulan aktiviti ini menarik)

Sunday, July 26, 2009

SMKM MENGORAK LANGKAH KECEMERLANGAN LAGI

Semalam usth mendapat sms daripada PKKK mengatakan bahawa pasukan paintball SMKM telah berjaya mendapat JOHAN dalam pertandingan ASAT peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kuala Lumpur. Pasukan SMKM telah berjaya mengalahkan peserta dari Johor. Tahniah ye Naim, Opie, Eh dan lain-lain kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah ke peringkat Kebangsaan. Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah kepada guru penasihat, En. Abd Rahman, para peserta serta semua pihak yang terlibat.

Friday, July 24, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (HAKEP)

Hari ini 25hb Julai 2009 telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar (HAKEP) bertempat di Dewan Makan Asrama SMK Mengkuang. Majlis ini diadakan khusus untuk meraikan kecemerlangan pelajar2 SMKM dalam peperiksaan. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yg Berbahagia Dato' Muhamad bin Darus. Majlis ini juga meraikan kecemerlangan pelajar2 PMR 2008 yang telah mendapat 8A dan 7A iaitu seramai 38 orang, yg mana kebanyakan mereka telah melanjutkan pelajaran ke SBP dan MRSM dan hari ini mereka kembali ke SMKM dgn wajah yg begitu ceria utk bersama2 meraikan HAKEP 2009. (terutama Ema yg sanggup balik dari SAMURA-kan pe rindu kat SMKM le tu..he3). Apa pun pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yg menerima hadiah pg thn ini dan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menjayakan HAKEP 2009

Monday, July 20, 2009

SMKM CEMERLANG LAGI

Minggu ni sekali lagi SMKM melakar kecemerlangan. Pasukan Sepaktakraw SMKM telah menyertai Kem Bakat Muda Zon Utara di Stadium Bertam pada 17 hingga 19 Julai lalu. Dalam perlawanan tersebut pasukan SMKM telah mendapat tempat kedua. Team SMKM terdiri daripada Khairul bin Shariff, Mohd Iskandar bin Kamarudin, Afizul Afiq bin Amir, Amirul Hakim bin Fauzi dan Mohd Yazid bin Nordin, kesemua mereka merupakan pelajar tingkatan satu. Dalam kejohanan tersebut Mohd Iskandar telah terpilih sebagai apik kiri terbaik. Selain daripada itu SMKM juga telah berjaya mendapat tempat kelima daripada 40 buah sekolah yang menyertai Pertandingan Pelancaran Roket kategori Belon. Pasukan SMKM diwakili oleh Mohd Syafiq bin Shahrizan dan Mohd Asyraf bin Mazit (Abe). Unit Kokurikulum mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

Saturday, July 18, 2009

CORAT CORET PELANCARAN RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG


Hari ni 18hb Julai SMKM menerima lebih kurang 2500 tetamu dari seluruh negeri Pulau Pinang..Majlis Pelancaran Rakan Muda akan dirasmikan oleh Tn. Nik Ali bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang pada pukul 2 petang tetapi semua acara bermula dari pukul 10 pagi..memang meriah dan kami kelab koperasi (hari ni saya buat kerja serampang dua mata selain tugas sbg SU KOKO, tgs sebagai guru penasihat kelab tak dilupakan :D) tidak melepaskan peluang untuk menambah tabung kelab, ape lagi berniaga sakan le, memang tak menang tangan melayan pelanggan, menjelang pukul 1.30 semua barang jualan habis licin..pergh...best..walaupun agak penat... apa pun korang boleh tgk le acara2 yg berlangsung kat gambar2 di atas ok...Apa pun rasa lega dah selesai satu program besar ni.. Unit Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada pasukan silat, taekwando dan paintball SMKM serta guru penasihat mereka (Ust. Ahmad Daud dan Tn. Hj. Shafee) kerana telah sudi mewakili SMKM membuat persembahan dan juga kepada semua pihak yg terlibat.

Thursday, July 16, 2009

PELANCARAN RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG


Esok, 18hb Julai 2009, Pelancaran Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan di SMK Mengkuang. Pelbagai acara akan diadakan antaranya wall climbing, motor drift, bola jaring dan sebagainya (kalau nak tau mai kita pakat mai qhamai2). Sape2 yg berminat blh le mai tengok ok...

Friday, July 10, 2009

HARI KOKURIKULUM SMK MENGKUANG 2009


Unit Kokurikulum SMK Mengkuang telah menganjurkan Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah pada 9 dan 10 Julai 2009. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Pionering, Halangan Hidup (kedua2 aktiviti ini dilaksanakan pada 9hb jam 3.00 - 6.00 petang), Pertandingan Memasak, Pertandingan Kawat Kaki, Pertandingan Mewarna (utk kelas Pendidikan Khas) dan Pertandingan Gubahan. Selain itu Unit Kokurikulum juga akan memberi pengiktirafan kepada unit uniform, kelab/persatuan dan sukan permainan yang menunjukkan prestasi cemerlang, baik dan memuaskan serta memperkenalkan anugerah tokoh kokurikulum kepada warga SMKM yang banyak memberi jasa dan komitmen yg cemerlang dalam meningkatkan kecemerlangan kokurikulum. Pada 10hb Julai acara dimulakan pemeriksaan barisan kehormat, doa, ucapan aluan oleh PKKK, ucapan perasmian ,demontrasi oleh pasukan Taekwando dan Silat SMKM dan lain2 acara . Hari Kokurikulum ini dirasmikan oleh En. Faridon Kamal bin Hj Fadzil, Pegawai Kokurikulum JPNPP. Sebanyak 8 unit uniform telah mengambil bahagian. Setakat ini hanya keputusan gubahan sahaja diumumkan iaitu johan disandang oleh pasukan pengakap (sape kata org lelaki x pandai gubahhh.....) Keputusan penuh dan majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan pada hari selasa 14hb ini. Unit Kokurikulum mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Faridon Kamal, guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.

Thursday, July 9, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG


Pada 8 Julai, Persatuan Sejarah dan Geografi, SMK Mengkuang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Seramai 40 orang pelajar terlibat dan diiringi oleh 4 orang guru. Antara tempat yang dilawati ialah Hutan Bakau, Kilang Kayu Arang, Kota Ngah Ibrahim, Taman Tasik Taiping dan menikmati keenakan mee banjir udang Kuala Sepetang di gerai Mak Teh (ala..yg masuk dlm rancangan Majalah 3 di TV3 dan rancangan Warung Kita kat Astro). Lawatan ini telah memberi input yg baik kepada pelajar. Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru dan pelajar yang terlibat.

Monday, July 6, 2009

SMKM CEMERLANG LAGI

Pada 22 Jun lalu, Sekolah-sekolah Menengah Kelompok M8 telah mengadakan pertandingan kuiz Sejarah dan Patriotisme dan Kuiz Perdana bertempat di SMKM. Pasukan Kuiz Sejarah & Patriotisme SMKM telah diwakili oleh Mohd. Nabil Aizat, Mohd. Syafiq, Mohd. Hakimi dan Hani Shifa dan mereka telah mendapat tempat pertama (JOHAN) dalam kuiz tersebut, manakala bagi pertandingan kuiz perdana, SMKM diwakili oleh Nor Haryani, Syafawati, Siti Zulaikha dan Nik Nur Khalida dan mereka telah mendapat tempat kedua (NAIB JOHAN). Unit Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan guru pembimbing dan berharap SMKM terus cemerlang dalam Koakademik dan Kokurikulum.