Friday, July 10, 2009

HARI KOKURIKULUM SMK MENGKUANG 2009


Unit Kokurikulum SMK Mengkuang telah menganjurkan Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah pada 9 dan 10 Julai 2009. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Pionering, Halangan Hidup (kedua2 aktiviti ini dilaksanakan pada 9hb jam 3.00 - 6.00 petang), Pertandingan Memasak, Pertandingan Kawat Kaki, Pertandingan Mewarna (utk kelas Pendidikan Khas) dan Pertandingan Gubahan. Selain itu Unit Kokurikulum juga akan memberi pengiktirafan kepada unit uniform, kelab/persatuan dan sukan permainan yang menunjukkan prestasi cemerlang, baik dan memuaskan serta memperkenalkan anugerah tokoh kokurikulum kepada warga SMKM yang banyak memberi jasa dan komitmen yg cemerlang dalam meningkatkan kecemerlangan kokurikulum. Pada 10hb Julai acara dimulakan pemeriksaan barisan kehormat, doa, ucapan aluan oleh PKKK, ucapan perasmian ,demontrasi oleh pasukan Taekwando dan Silat SMKM dan lain2 acara . Hari Kokurikulum ini dirasmikan oleh En. Faridon Kamal bin Hj Fadzil, Pegawai Kokurikulum JPNPP. Sebanyak 8 unit uniform telah mengambil bahagian. Setakat ini hanya keputusan gubahan sahaja diumumkan iaitu johan disandang oleh pasukan pengakap (sape kata org lelaki x pandai gubahhh.....) Keputusan penuh dan majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan pada hari selasa 14hb ini. Unit Kokurikulum mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Faridon Kamal, guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.

5 comments:

Peminat blog SMKM said...

Mantap betul la program di SMKM ni....syabas dan tahniah kepada semua warga SMKM terutama guru2 penasihat persatuan dan juga PK KOKUMnya....

Ianya menjadi contoh yang baik bagi kami di Sabah yang jarang2 dapat mengikuti prpgram seumpama itu....

Syabas sekali lagi....

KOKURIKULUM SMK MENGKUANG said...

Terima kasih atas sokongan anda..Insya Allah kami akan terus tingkatkan aktiviti koko di SMKM.

Unknown said...

wahhh2...... bnyaknya aktviti,,

Selva's blog said...

Aktiviti Kokurikulum ini antara aktiviti "Learning outside of the classroom".
All the teachers & students did a good job.
Well done.

Anonymous said...

waahhh,,,
mcm besh la rsanya usth....
huhu,,,
jeles pown ada gak neyh...

fazril (mat)