Monday, June 30, 2008

LAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN INDONESIA

Tn. Pengetua Sedang Menyambut Kedatangan Rombongan Pegawai Pendidikan Indonesia

Pasukan Kompang Sekolah


Taklimat Mengenai SMKM Oleh Tn. Pengetua
Lawatan Ke Pusat Sumber


Sesi Pemantauan P&P
Sarapan di Kelas Pendidikan Khas

Lawatan ke Kelas Pendidikan Khas

Melawat Bilik Kaunseling

Meneliti Fail dan Dokumen Asrama di Bilik Mesyuarat Aspuri
Melawat Bilik-bilik Asrama
Bilik Rehat Asrama

Jamuan makan tengahari di Dewan Makan Asrama

Sesi Penyampaian Cenderamata
Lawatan ke Homestay Mengkuang Titi


Hari ini 30 Jun 2008, SMKM telah dikunjungi oleh lima orang pegawai pendidikan dari Indonesia. SMKM merupakan antara lima buah sekolah yang dipilih dalam rangka lawatan mereka ke P.Pinang. Mereka tiba di SMKM kira-kira jam 9 pagi. Kedatangan mereka telah disambut oleh Tn. Pengetua, Tn. Hj. Mohd Noor bin Yusof, PK Pentadbiran, Pn. Latipah binti Wahab, PK HEM, Pn. Hajah Badariah binti Ahmad, PK Kokurikulum, En. Aidi bin Arifin dan barisan pegawas sekolah diiringi dgn paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah. Mereka dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai SMKM, melihat dokumen dan fail2 pengurusan. Pegawai-pegawai tersebut melawat kelas dan memantau perjalanan P&P, meninjau kelas Pendidikan Khas, melawat bilik-bilik khas , kawasan persekitaran sekolah dan asrama. Selepas itu, mereka dibawa melawat projek homestay Mengkuang Titi dan berangkat pulang pada pukul 3.30 petang.

Thursday, June 26, 2008

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (HAKEP) 2008

School Myspace Comments

MyNiceSpace.com

Tetamu Jemputan bersama-sama dgn Tn. Pengetua, YDP PIBGAntara Waris Yang Hadir

Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2007 (Muhammad Farahein - 9A)
Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2007 (Rusyda - 8A)
Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2007 (Fazlinda -8A)
Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2007 (Omar Nabil - 8A)
Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2007 ( Mohd Saufi - 8A)
Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2007 ( Mohd Fikri - 8A)
Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2007 (Abbas Madani - 8A)

Penerima Hadiah Kedudukan Dalam Kelas
Penerima Anugerah Khas Pengawas (Amirul Faiz-Ketua Pengawas 2008)
Penerima Anugerah Khas Pengawas Koperasi (Norpadzilah)
Penerima Anugerah Kokurikulum Terbaik (Hasrul Mohd Zid)

Penerima Hadiah Sahsiah Terpuji (Hafiz Mubarak)
Persembahan Nasyid
Persembahan Tarian Zapin
Ni le antara puteri SMKM yg cemerlang dlm PMR 2007
(Dpn : Auwatif,Syafiqah,Rusyda,Hafifa dan Syafawati)

Hari ni 26hb Jun 2008, SMKM telah mengadakan HAKEP untuk meraikan kejayaan dan kecemerlangan pelajar2 SMKM. Kiranya hari ni hari raya le bagi mereka yg berjaya...ye le setelah bertungkus lumus belajar...hasilnya blh naik stage..satu perkara yg amat membanggakan, nanti blh jadikan kenangan seumur hidup..blh cite kat anak cucu nanti, sampai depa blh hafal "tok/tok wan dulukan dpt 8A......". Tapi ingat jgn bila dpt hadiah..bkn bermakna kita dah hbat,pasni tak pyh baca buku dah.. maklum le 'aku number one'. ..tapi ni adalah cabaran dan rangsangan yg perlu kamu semua tempoh utk teruskan kecemerlangan...ingat 8A dlm PMR 2008, 10A dlm SPM2008 menjadi milik kamu semua...ingat tu....Rasa bangga je bila tengok anak-anak didik naik stage terima hadiah tadi..yg dah tukar sekolah pun mai (Cem(fikri), Izzati, Saufi, Omar, Abbas, Auwatif, Fifa, Syda, Syafiq)..makin cantik dan hensem depa,tinggi tu tak pyh habaq dah,kena dongak bila nak sembang dgn depa..kita plk 'tinggi' fham je le...he3....Pada Paein..nanti bila pi Jerman..jumpa plk si Michael Ballack, jgn lupa org M'sia no.....Tahniah diucapkan pd semua yg terima hadiah tadi......Kpd pelajar2 yg akan menduduki PMR dan SPM 2008, bangun dari lena yg panjang ni....sbb exam dah dekat...kira tgk berape hari lagi je..tolak pi tolak mai, tolak plk cuti..tinggal berape hari? Kami cikgu2 dah mula susah hati tau...mulai sekarang lupakan semua benda2 yang melalaikan,tak pyh dok sibuk nak couple2...kalau ada dosa dgn mak ayah dan cikgu2 minta maaf segera supaya bila study senang nak masuk pale...jga hati depa elok2....Pd yg tidak mendapat hadiah tu jgn frust sampai tak mau baca buku plk..teruskan usaha sebab usaha itu tangga kejayaan, man jadda wa jada....

Tuesday, June 24, 2008

KEM MOTIVASI DAN PERKHEMAHAN PENGAKAP DAN KRS


Aktiviti Riadhah


Lawatan ke Muzium Perang

Ceramah Motivasi




Lawatan Ke Taman Belia

Aktiviti Kayak

Pada 20- 21hb Jun lalu, pasukan pengakap dan KRS SMK Mengkuang telah bekerjasama mengadakan Kem Motivasi dan Perkhemahan di Pusat Sukan Air Teluk Kumbar. Seramai 56 orang pelajar terlibat diiringi oleh 8 org guru penasihat termasuk PK Koko. Antara aktiviti yg dijalankan ialah ceramah motivasi, lawatan ke Muzium Perang, Lawatan ke Taman Belia Bandaran dan menjalankan aktiviti pantai termasuk berkayak.