Friday, May 21, 2010

SUKAN SPECIAL OLYMPICS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN PULAU PINANG KALI KE-4




Pada 5 Mei 2010 (Rabu), seramai 13 orang pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Mengkuang telah menyertai Kejohanan Sukan Special Olympics Pulau Pinang Kali Ke-4 yang diadakan di SMK Jelutong. Semua atlet telah mengambil bahagian dalam acara larian 100 meter bagi kategori yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Kontinjen sekolah telah berjaya merangkul 7 emas bagi 11 acara yang disertai. Berikut disenaraikan nama pemenang pingat emas mengikut kategori masing-masing:
Bil Nama Atlet Kategori Kumpulan
1 Nurul Najihah Najwa bt. Abd. Jalil 16-21 Tahun B
2 Muhamad Naimb. Ja’afar 12-15 Tahun F
3 Zaied Al-Anshari b.Mohd Seperi 12-15 Tahun J
4 Muhammad Hafizi Aqmi b. Zakaria 16-21 Tahun B
5 Ahmad Faiz b. Mohd. Noor 16-21 Tahun C
6 Muhammad Aliff b.Ismail 16-21 Tahun D
7 Muhamad Sharafiq b. Che Razali 16-21 Tahun F

Unit Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua atlet pendidikan khas yang telah mengambil bahagian dan diharap pencapaian cemerlang ini akan terus ditingkatkan pada masa akan datang.

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga guru yg berada di seluruh negara...Semoga Jasa Bakti anda semua diberkati Allah...

CORAT CORET BLOG UNIT KOKURIKULUM SMKM

Diam tak diam blog ni dah berusia dua tahun , bermula april tahun 2008 yg lalu...mula2 sekadar ingin mencuba dan setelah mendpt keizinan dan sokongan dari En. Aidi, PKKK untuk menjadikan blog ini sebagai blog kokurikulum, blog ini terus beroperasi sehingga kini..ada juga yg memberi cadangan supaya blog ini ditukar kpd blog sekolah, maaflah saya lebih selesa menggerakkannya sebagai blog koku..lebih santai, tiada tekanan dan sesuai dgn tugas saya sbg su koku dan guru pendidikan islam yg biasa2 je..bkn pakar IT..Sampai bila blog ini mampu bertahan..bergantung pd sampai bila saya berada di SMKM..mgkin hingga 2010 ini sahaja@ 2011 @ lima tahun lagi..hanya Allah yg tahu..Terima kasih kepada semua pihak yg telah memberi sokongan kpd saya selama ini terutama PKKK dan team koku, semua warga SMKM serta rakan-rakan blog yg lain..

Friday, May 14, 2010

MAJLIS PERPISAHAN LAMBAIAN KASIH PK PENTADBIRAN SMKM


Tanggal 14 Mei 2010, SMKM telah kehilangan seorang pemimpin sekolah yang telah banyak menabur jasa dan bakti di SMKM..Pn. Latipah merupakan PK1 perintis SMKM bermula dari 2001 di mana SMKM pd waktu itu menumpang di SK Mengkuang, beliau bersama-sama pengetua SMKM yg pertama En. Ramly bin Md Ali memimpin barisan guru seramai 11 dan murid-murid lebih kurang 200 orang. Usth secara peribadi mengenali beliau selama bertugas di SMKM juga bermula pada tahun 2001..di mana pd waktu itu kami bagaikan sebuah keluarga bahagia..sama-sama senang dan sama-sama susah..Pd tahun 2002 SMKM berpindah ke bangunan sendiri, menerima keluarga baru juga bagaikan sebuah keluarga kerana keluarga baru kami ini sudi sama-sama berganding bahu menyusun atur 'rumah' baru kami..kini setelah SMKM stabil dan mula dikenali..Pn. Latipah terpaksa meninggalkan warga SMKM. Beliau akan bertugas di SMK Kepala Batas mulai minggu hadapan..Terasa amat sedih maklumlah dlm tempoh 10 thn pelbagai suka duka kami tempoh bersama..biasalah ibarat dlm sebuah keluarga..kdg2 kami berkongsi kegembiraan, kdg2 kami berkongsi kesedihan, kdg2 kami sama2 terasa hati,merajuk, marah sesama sendiri , itu sudah menjadi asam garam dlm sebuah keluarga tapi semua itu tidak menjadi kudis dalam hati masing-masing..dalam tempoh 10 thn, 2 kali beliau memangku tugas pengetua , beliau sabar dan tabah menghadapi karenah anak-anak buah, anak-anak murid dan segala dugaan dan cabaran sepanjang 10 tahun di SMKM..Kesempatan ini Unit Kokurikulum dan juga saya secara peribadi ingin memohon ribuan kemaafan atas segala-galanya sama ada secara sedar @ tidak sedar. Kami juga mendoakan semoga Pn. Latipah ceria dan bahagia di sekolah baru.

Monday, May 10, 2010

TAZKIYATUNAFS : 12 SIFAT SAHABAT SEJATI

12 SIFAT SAHABAT..

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ianya akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya ia akan membantumu sedayanya

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu kepadanya, ia menerimanya dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripadamu, ia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, maka ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang satu bencana menimpa dirimu, ia akan meringgankan kesusahanmu

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

Marilah bersama kita cek dan semak diri kita adakah dalam persahabatan kita ada ke 12 sifat2 ini..

Semoga kita akan menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat kita itu dan kita mendapat sahabat yang sejati yang membawa kita ke jalan kebenaran bukan sahabat yg membawa kita ke jalan keburukan. Jadi berhati-hatilah dalam memilih sahabat...

Friday, May 7, 2010

PERTANDINGAN SOFTBAL DAERAH SEBERANG PERAI




Unit Kokurikulum mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua guru penasihat softbal dan para pemain sekolah kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan softbal peringkat Seberang Perai.

MINGGU BAHASA SMK MENGKUANG

Pada 3 hingga 7 April 2010, Unit Bahasa dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan minggu Bahasa. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Unit Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

EXPLORASI HAJI SMK MENGKUANG






Pada 24hb April, Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam telah mengadakan Kursus Haji @ Explorasi Haji untuk pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima. Kursus ini meliputi teori dan amali dan mendapat bimbingan daripada Al-Fadhil Ustaz Hj. Khairul Anuar bin Musa ,Timbalan Pengarah Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang serta dibantu oleh fasilitator dari SABK Faqiyatul Daimiyah. Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj. Khairul, pengetua SABK Faqiyah, Lembaga Tabung Haji, guru-guru dan para peserta atas komitmen yg telah diberikan.

Thursday, May 6, 2010

CHORAL SPEAKING COMPETITION M8





Pada 27hb April lalu, Kelompok M8 telah mengadakan pertandingan Choral Speaking bertempat di Dewan Besar SMK Mengkuang. Pasukan Choral Speaking SMKM yang terdiri daripada murid-murid dari tingkatan 1-3 Ibnu Sina telah berjaya mendapat tempat kedua. Unit Kurikulum mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua guru penasihat dan para peserta. Unit Koko juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat mengurus pertandingan tersebut.