Tuesday, September 22, 2009

RAYA SAKAN...


Dah 4 hari kita menyambut aidil fitri..dan sememangnya masing2 raya sakan..berarak ke sana sini beraya rumah sanak saudara dan cikgu2 (keselamatan kena jaga tau jgn bawa moto laju2). Usth??? ala raya sehari je..pastu tutup balik..pose..dah jadi tradisi keluarga sejak dulu gi..raya enam nanti baru beraya rumah sanak saudara yg duk jauh sebab depa pun pose gak..kelmarin rumah usth diserbu oleh anak2 murid,yg bestnya semua peringkat student SMKM datang,dari bacth 2001 (ex student SMKM-anak sulung SMKM hingga bdk2 form 3 2009...bkn usth buat rumah terbuka tapi dah jadi kebiasaan depa mai beraya terutama bdk2 2003 (ala geng2 anak sulung asrama) kira kemarin raya sakan le (dah pesan kat depa nak mai raya mai sekali, sehari je..mai sekali harung senang nak sedia makanan, ye le usth pun nak pi raya rumah sedara mare gak...) dari pukul 12 hingga pukul 7 petang (kalau ikut bagi time kat depa sampai kul 4 je, bkn pe keselesaan family kena ambik kira gak, maklum le bila mai ramai2, kecoh le sikit rmh),rumah usth tak putus2 didatangi tetamu.. tak pe tetamu bawa berkat....apa pun terima kasih kerana masih mengingati usth. Pesanan usth pada bdk2 f3, udah2 le beraya tu..ingat PMR dah dekat..terutama bdk2 3Is (espcly bBudin n d'geng) dan 3Ar..

Thursday, September 17, 2009

UCAPAN HARI RAYA DARIPADA PENTADBIR SMKM

Ucapan daripada Tn. Pengetua (Pn. Jamilah binti Man)

Bersamalah kita menyambut hari yang mulia ini dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Maaf bermaafan sesama kita agar luruhlah semua dosa dan kesilapan yang terlanjur. Bersatu hatilah kita meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan agar hidup kita lebih diberkati. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin untuk semua warga SMKM.

Ucapan daripada PK Pentadbiran (Pn. Latipah bt Wahab)

Sepuluh jari kususun memohon ampun dan maaf pada syawal yang mulia ini andai diri ini telah melukakan hati semua yang mengenali. Doakan juga daku selamat pulang ke kampung halaman dan selamat kembali semula untuk bertugas menabur jasa, membakar diri. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Ucapan daripada PK Hal Ehwal Murid (Pn. Hajah Badariah bt Ahmad)

Keakraban dan perpaduan yang terbina sekian lama bersamalah kita membajainya dengan penuh kejujuran. Pada syawal yang mulia ini saya memohon ampun dan maaf andai terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan sama ada disedari atau tanpa disedari, telah menyinggung hati dan perasaan semua warga SMKM. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Ucapan daripada PK Kokurikulum (En. Aidi bin Arifin)

Hidup ini menjadi indah jika masih ada rasa kemaafan yang tulus ikhlas. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga SMKM sepanjang saya menerajui kepimpinan kokurikulum SMKM, ribuan maaf jika terkasar bahasa, berprasangka, janji yang tidak tertunai dan sikap yang menyakitkan. Kepada yang pulang jauh ke kampung halaman "Berhati-hati di jalan raya"

Ucapan daripada Blogger (RHAW)

Kesempatan ini saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua warga SMKM terutama pihak pentadbir, rakan-rakan guru, rakan-rakan staf sokongan dan anak2 didik yang ustazah sayangi serta pengunjung blog ini. Maaf seandainya ada posting yang menyentuh hati anda semua. Jika kesilapan semalam belum terampun, MAAFKANLAH, jika kesilapan hari ini menyakitkan,harap LUPAKANLAH, jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat. Maafkanlah segala kata yg terasa, segala sentuh yg mencedera, segala senyum yg berbahasa, segala janji yg terlupa & atas segala detik yg berdosa. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Kepada rakan2 yg balik kampung, semoga perjalanan pergi dan balik anda akan sentiasa dipelihara Allah. (yg balik Kelantan & Trganu tu jgn lupe bawa kelik kopok.. :D)

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADAN & SAMBUTAN PRA HARI RAYA

Pada 17hb September 2009, Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam telah mengadakan majlis penutup program Ihya Ramadan yang berlangsung sepanjang bulan ramadan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Tadarus Al-Quran yang disertai oleh semua warga SMKM termasuk guru dan staf sokongan. Alhamdulillah program ini berjalan dengan jayanya hasil kerjasama yang telah diberi oleh semua warga SMKM dan hari ini satu majlis khatam al-quran telah diadakan sebagai acara kemuncak program Ihya' Ramadan 2009. Pada Pada hari ini juga sumbangan Hari raya telah diberikan kepada semua pelajar dan sumbangan khas untuk anak-anak yatim hasil kutipan derma ikhlas daripada warga SMKM sebagai tanda kasih sayang kami kepada anak-anak pelajar SMKM. Unit Kokurikulum bagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih semua pihak yang terlibat. Insya Allah panjang umur kita akan bertemu lagi pada Ramadan akan datang...

Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN


Hari ini 16hb September 2009 Panitia Sejarah dan Kelab Rukun Negara /Sejarah & Geografi telah mengadakan majlis penutup bulan kemerdekaan. Sepanjang program sambutan kemerdekaan pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya kuiz, kad gergasi, hiasan kelas merdeka dan sebagainya. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tn. Pengetua SMKM, Pn. Jamilah binti Man..sebagai simbol kebebasan, burung merpati telah dilepaskan.

Wednesday, September 9, 2009

MESYUARAT AGUNG UNIT UNIFORM


Pada 9 September 2009, Unit Kokurikulum telah mengadakan mesyuarat agung unit uniform untuk sesi 2010. Dalam mesyuarat tersebut jawatankuasa baru di kalangan pelajar telah dibentuk. Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua guru penasihat dan murid-murid kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan. Sila hantar minit mesyuarat tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum atau Setiausaha Kokurikulum pada atau sebelum 30 September 2009.

Monday, September 7, 2009

PROGRAM TADARUS AL-QURAN


Panitia P.Islam SMKM telah mengadakan program tadarus Al-Quran sempena Ramadan. Pelajar2 yg terlibat ialah pelajar2 dari kelas KRK dan juga guru2. Setiap kelas dan guru dibahagikan juz2 tertentu.

Sunday, September 6, 2009





SEJARAH SMK MENGKUANG

Atas permintaan ramai, usth titipkan secara ringkas sejarah SMKM sekadar yg usth ingat je la ye..
Profil Sekolah

Gred : Kerajaan, B
Nombor Kod : PEA 0009
Keluasan Sekolah : 38 ekar
No Telefon : 04-5223651
No Telefon Asrama : 04-5225962 (Aspuri) : 04-5225855 (Aspura)
No. Fax : 04-5225936
Jarak dari Bandar Bukit Mertajam : 6 km

Sejarah Sekolah

SMK Mengkuang telah beroperasi pada bulan Januari 2001 dengan mempunyai 12 orang guru, 4 orang kakitangan dan 190 orang pelajar. Sepanjang tahun 2001, pengoperasian SMK Mengkuang secara menumpang di SK Mengkuang pada sesi petang. Jumlah kelas pada masa tersebut ialah tingkatan 1 : 3 kelas, tingkatan 2 : 2 kelas( bekas pelajar SMK Penanti yg tinggal di Mengkuang.SMK Mengkuang mula berpindah ke bangunan sendiri pada sesi persekolahan Januari 2002. Pada thn 2002 kelas tingkatan 4 dibuka utk pelajar2 tingkatan 4 yg tinggal di kawasan mengkuang. Jumlah kelas meningkat menjadi 8 kelas.

Pengoperasian SMKM pada awalnya hanya dikendalikan oleh guru-guru yang bertugas sahaja. Pada 2001, En. Ramly b. Md Ali telah dilantik sebagai Pengetua yang pertama yang kemudiannya digantikan dengan Pn. Salehah bt Ghazali iaitu pengetua kedua pada 8 September 2003.

Pentadbiran sekolah juga dibantu oleh beberapa orang Penolong Kanan yang dilantik secara berperingkat, iaitu Pn. Latipah bt Wahab dilantik pada September 2001 sebagai PK1, diikuti oleh Pn. Badariah bt Ahmad pada Disember 2001 sebagai PK HEM dan En. Aidi bin Arifin pada Januari 2002 sebagai PK Kokurikulum.

Pada April 2008, Tn. Hj. Mohd. Noor bin Yusof mula bertugas sebagai pengetua sehingga Mac 2009. Pada Ogos 2009, Pn Jamilah binti Man mula bertugas sebagai pengetua.

Asrama SMKM pula mula dibuka pada 16 Februari 2003 dengan kemasukan seramai 83 orang penghuni.Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dri pihak JPN Pulau Pinang dan diawasi oleh 2 orang warden dan seorang penyelia asrama.Mereka dipilih berdasarkan keputusan UPSR tahun 2002 yang mendapat sekurang-kurangnya 2A dan kumpulan pelajar ini merupakan pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK).Tahun 2004 jumlah pelajar meningkat menjadi 180 orang dan kini semua penghuni asrama seramai 319 orang hanya diawasi oleh 4 orang warden dan 2 orang penyelia asrama.

Tahun demi tahun SMKM mula menempah kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Asrama juga turut meraih kecemerlangan apabila sejak tahun 2005 dianugerahkan Asrama 5 Mutiara.Kini,dengan kerjasama semua guru seramai 69 orang dan 15 orang staf sokongan SMKM sedang berusaha gigih untuk menempa kejayaan terutama dalam bidang akademik khasnya PMR dan SPM.

Keterangan Lencana Sekolah


Merah
1. Kekuatan dan kegarangan
Menjadikan masyarakat sekolah berani menghadapi cabaran masa kini
2. Semangat
Mewujudkan jiwa yang kuat dan bersemangat menghadapi situasi pengajaran dan pembelajaran
3. Menarik Perhatian
Menonjolkan perkembangan dan kejayaan sekolah ke peringkat yang lebih tinggi

Kuning
1. Kesetiaan dan keyakinan kepada kedaulatan negara
2. Mengukuhkan keyakinan terhadap setiap bidang yang diceburi di sekolah

Hijau
1. Melahirkan masyarakat sekolah yang harmoni dan bersatupadu.
2. Melahirkan insan yang bertolak ansur, lemah lembut dan menghormati orang yang lebih dewasa.

Simbol Atom
1. Sumber inspirasi ke arah sains dalam kehidupan.
2. Menjuruskan sekolah ke arah pengetahuan sains dan teknologi.

Simbol Geometri
1. Keperluan Matematik dalam kehidupan.
2. Melahirkan kalangan masyarakat sekolah yang berpengetahuan dalam ilmu Matematik

Huruf Q
Keseluruhan menjadikan guru, pelajar dan warga sekolah sebagai insan yang berkualiti dalam segala lapangan dan dapat menyumbangkan ke arah kemakmuran negara

2001
Tahun sekolah dibuka

Visi Sekolah

SMKM sebagai sebuah organisasi pendidikan yang terbaik dalam pelbagai bidang di Seberang Perai Tengah menjelang 2008.

Misi Sekolah

SMKM komited meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah melalui program pendidikan yang bersepadu dan seimbang untuk membina insan yang sempurna.


Moto Sekolah

Kearah Kecemerlangan


Piagam Sekolah

Kami Warga SMKM dengan penuh tekad, berazam dan berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk ;

1. Memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua pelajar
2. Menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan yang lengkap berpandukan Sukatan Pelajaran
3. Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta merangsang kreativiti dan budaya kerja berkualiti
4. Memberi peluang latihan kepada semua guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran sekurang-kurangnya sekali setahun
5. Menyediakan latihan dan kemudahan untuk meningkatkan kemahiran kepada komuniti.



PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


Mula diasaskan pada tahun 2003 dan En. Izhar bin Ismail dilantik sebagai Penyelaras.Kini terdapat 10 orang guru dan 3 orang Pembantu pengurusan Murid yang menjalankan tugas mendidik dan membimbing pelajar istimewa seramai 34 orang.Mereka dibahagikan kepada 6 kelas. Aktiviti utama merangkumi pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti Kemahiran Hidup yang meliputi perkebunan, masakan, perkhidmatan cuci kereta, kraf tangan. Tahun 2008 projek khas yang dijalankan ialah penternakan ikan dan aktiviti dobi pakaian.
KELAS RANCANGAN KHAS

Kelas rancangan khas dimulakan pada tahun 2003 dengan pengambilan pelajar Tingkatan 1 seramai 93 orang. Kesemua pelajar ini ditempatkan di tiga kelas. Jumlah pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pengambilan pelajar KRK berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR yang sekurang-kurangnya mendapat 3A. Pelajar KRK sulung telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2007. Kini terdapat 16 kelas KRK tingkatan 1- 5 dengan jumlah pelajar keseluruhan seramai 368 orang.

Tuesday, September 1, 2009

MESYUARAT AGUNG KELAB /PERSATUAN


Hari ini 2 September 2009 telah diadakan mesyuarat agung kelab dan persatuan bagi sesi 2010.Agenda mesyuarat ialah ucapan pengerusi, membentang dan menerima minit mesyuarat agung 2009, membentang dan menerima laporan tahunan 2009 membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan 2009, membubarkan jawatankuasa 2009 dan ucapan penangguhan. Semua unit diwajibkan menghantar salinan minit mesyuarat agung tersebut kepada Setiausaha Kokurikulum atau Penolong Kanan Kokurikulum pada atau sebelum 30 September 2009.