Saturday, June 27, 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Hari ini 27hb Jun, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama J/K surau dan Fardhu Ain serta Persatuan Agama Islam telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah untuk pelajar2 Tingkatan Tiga dan Empat. Kursus ini disampaikan oleh Sheikh Hussain dari Kulim Kedah yang mempunyai pngalaman yang luas dalam menguruskan jenazah. Diharap kursus ini dapat membantu pelajar memahami cara pengurusan jenazah. (Harap maaf gambar tak byk sbb kamera kehabisan bateri)

Wednesday, June 24, 2009

HARI KOPERASI SEKOLAH 2009

Justify FullHari ini 24 Jun 2009, Unit Kokurikulum dengan kerjasama Koperasi SMK Mengkuang Berhad telah mengadakan Hari Koperasi Sekolah (HKS). Tema HKS tahun ini ialah Integrasi Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan. Pelbagai aktiviti telah diatur dan dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama yang baik daripada warga SMKM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perhimpunan Khas HKS yang dimulakan dgn bacaan doa oleh Ketua Pengawas, Nabil Aizat bin Fadzil, bacaan perutusan-perutusan, ucapan perasmian oleh En. Aidi bin Arifin, PK Kokurikulum, nyanyian koir oleh Kelab Koperasi, edaran cenderamata HKS dan upacara penanaman pokok HKS. Selepas perhimpunan khas, pelajar2 tingkatan 4 & 5 bergerak ke surau untuk mendengar ceramah khas HKS yang disampaikan oleh En. Zaini daripada Bank Persatuan. HKS juga menerima kunjungan daripada Koperasi SMK Penanti Berhad yang diketuai oleh Pn. Rampawan. Pada tahun ini jualan ria HKS diserikan lagi dgn gerai celcom. Aktiviti2 lain ialah futsal yang mendapat sambutan yang hebat daripada pelajar dan guru, sukaneka (kasut tempurung, congkak, lari berpasangan, epal gantung, basikal perlahan, kerusi berirama dan balloon war. HKS juga tidak meminggirkan pelajar2 Kelas Pendidikan Khas, pelajar2 ini turut mengambil bahagian dalam acara menyambung straw terpanjang. Selepas itu diadakan acara gotong royong membersihkan kawasan sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik. Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Persatuan, Koperasi SMK Penanti Berhad, Celcom, Unit Sukan SMKM, ALK Koperasi, Kelab Koperasi, guru2 dan semua warga sekolah atas kerjasama yang diberi.Tanpa kerjasama anda semua HKS tidak dapat berjalan dgn lancar dan berjaya.

Monday, June 22, 2009

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT KOKURIKULUM

Dalam Feri (perjalanan pergi)
Di Terminal FeriTaklimat Pada Hari PertamaKembara malam menuju ke Dataran Lang (jalan kaki)Flying Fox (sori la Nabil,gambar kecik sgt)Aktiviti Dalam Hutan Semasa Jungle TrackingMenerokai Keindahan Gua Landak Kembara MindaTeam BuildingUpacara PenutupPeserta Perkhemahan Bergambar Bersama2 Dgn Fasilitator dan guru

Pada 20-22hb Jun 2009, Unit Kokurikulum telah mengadakan perkhemahan perdana unit uniform di Lembah Beringin Resort , Langkawi. Seramai 41 orang pelajar terlibat dan diiringi oleh 5 orang guru pengiring. Di sana peserta perkhemahan telah menyertai pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh consultan yang ditempah oleh pihak sekolah melalui En. Suhaimi iaitu Puncak Iltizam Management Services (HP:0196867949/Fax 04-9178754- Kak Uda/En. Othman). Antara aktiviti yang diadakan ialah kembara malam, flying fox, team building, kembara minda, jungle tracking dan lain2. Kesempatan ini unit Kokurikulum merakamkan setinggi2 terima kasih kepada guru-guru pengiring iaitu En. Jamil, En. Fadzil, En. Shaharizan sekeluarga, Pn. Juzailah dan Usth Rashadah (pergh...ucap utk diri sendiri la plk :D, x pe perkhemahan terakhir usth di SMKM) kerana kesanggupan mereka mengorbankan cuti, tenaga dan wang ringgit untuk merealisasikan perkhemahan ini. Penghargaan terima kasih ini juga ditujukan kepada En. Suhaimi (org yg bertanggungjawab menguruskan perkhemahan ini dari A-Z), Pak Usop, En. Othman dan Kak Uda dari Puncak Iltizam Management, En. Zamri, guru-guru unit uniform dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Wednesday, June 17, 2009

TAHNIAH PASUKAN KOMPANG FORMASI

Pada 17hb Jun 2009, bertempat di Padang Pemuda Merdeka, pasukan Kompang SMK Mengkuang telah menyertai Pertandingan Kompang Formasi Sekolah2 Menengah Peringkat Negeri P.Pinang. Pasukan ini telah berjaya mendapat tempat pertama dan akan mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 21 hingga 23 hb Jun di Hotel Goldcorse , Klang, Selangor. Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah kepada pasukan kompang dan ingin merakankan setinggi2 penghargaan kpd Jurulatih Kompang En. Shamsur Azman, Guru Penasihat Kompang Pn. Norazimah, para peserta dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kerjasama dan komitmen yg anda semua ber amat kami hargai.

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM PMR

Pada hari selasa, 16hb Jun baru ni, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan seminar teknik menjawab soalan PMR. Seminar tersebut disampaikan oleh Ustazah Noraini dari SMK Pauh Jaya...sayangnya saya hanya sempat mengambil gambar sahaja tanpa dapat mengutip ilmu yg disampaikan oleh beliau kerana mempunyai komitmen lain dan masuk kelas ganti...apa pun diharapkan pelajar2 dpt mengaplikasikan apa yg disampaikan oleh beliau semasa menjawab soalan Percubaan dan PMR nanti.Insya Allah.

Friday, June 12, 2009

CORAT CORET CUTI2 LANGKAWI

Hari Pertama
Aktiviti Pantai
Part paling depa syok, mandi kolamAtas Pelantar Gunung (naik Cabel Car)Kolam Ikan Sumpit dan ikan Pari jinakGeoforest Sg. Kilim (tgk batu kat atas mcm muka baby)Atas Feri masa perjalanan balik..

Hari ni baru berkesempatan update blog, baru hilang letih balik Langkawi...Berbalik kpd citer cuti2 Langkawi...kami bertolak dari SMKM pkul 7.30 pagi ke Kuala Perlis, singgah sarapan kat R&R Gurun (terkezut giler mkn kat sini, nasi lemaknya buh aym goreng, telur sebelah n smbal ikan bilis je RM6 sepinggan)dan sampai kat Kuala Perlis lbh kurang pkul 10.30..awal plk padahal feri pkul 1.00..lepak je kat situ..tiba2 PK1 call kata alarm keta yg ditinggalkan berbunyi (nak ikut kot..he3)..masa tu dah gelabah, camne nak buat, call org kat rumah, x de org, last call adik, dia n kkak pegi sekolah, bawa balik keta tu ke rumah..yg herannya bila duk di rumah x de pula dia berbunyi...tepat pkul 1, kami naik feri Marine Star 2,besar tapi boleh tahan gak pening...kami sampai di Jeti Kuah lbh kurang pkul 2.30 dan bas dah sedia menunggu utk ke Hotel Chandek Kura..kami duk sana 3 hari 2 malam, pakai pakej..lebih menjimatkan...hari pertama kami ke Pantai Chenang, buat aktiviti pantai, sukaneka, esoknya kami ke Cabel Car...(kat situ ada satu family tanya pasal rombongan kami..yg tak sedapnya dia kata kami cikgu2 free..sbnrnya bila pi rombongan cikgu free ni tak penah wujud di SMKM, malahan cikgu byr lbh mahal (harga org dewasa) drp pelajar dan segala urusan cikgu yg buat termasuk cari sponsor..)Best gak naik cabel car ni walaupun pada mulanya rasa takut dan gayat...semput (terus demam mlm tu..kuang3)bila terpaksa mendaki anak2 tangga utk ke pelantar yg menampakkan view Langkawi...Subhanallah mmg cantik..lps tu kami ke Bangunan Kraftangan (kat sini x de pe yg menarik), singgah kilang gamat..balik makan n solat, bertolak ke Geopark Sg. Kilim..kat sini mmg best giler..sape2 yg ke Langkawi jgn lupa pi sana, bayarannya RM30 sekepala memang berbaloi, 2 jam lbh pusing2 kat situ..kat sini kita akan dibawa meninjau gua kelawar, tengok ikan pari, ikan sumpit, bagi helang makan , tengok perairan pulau andaman dan tengok batu yg berbentuk muka org..(naik bot)lepas tu kami ke pekan kuah utk shoping time, nak ke makam mahsuri dan Galeri Perdana tak sempat, balik hotel makan n solat , malam tu depa buat aktiviti termasuk cabutan bertuah..hari isnin kami bertolak ke Jeti Kuah dan bergambar di dataran helang dan menaiki feri pkul 11.30..sampai di Kuala Perlis lebih kurang pkul 12.30..bertolak ke Tambun Tulang, makan laksa di rumah kakak cikgu Zaini (sedap..walaupun demam masa tu ,saya mkn habis sepinggan., mknn kesukaan mana blh lepas....he3) Lps solat kami bertolak balik dan kami sampai di SMKM lbih kurang jam 5.35 petang... Di sini saya bagi pihak Unit Kokurikulum dan Kelab Koperasi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SMKA Al-Mashoor Lelaki (bas), Hotel Chandek Kura (penginapan dan mkn-sape2 yg nak bawa peljr blh le duk kat sini..ada tawaran pakej utk pelajar dan cikgu) Keluarga Pn. Zaini di Tambun Tulang (sponsor laksa), Koperasi SMKM dan semua pihak yg memberi sumbangan utk meringankan bayaran...bab ni cikgu kena le rajin cari duit..pergh!! penat gak le.....seperti posting Cuti2 Langkawi dulu..biar le cikgu penat sikit asalkan pelajar gembira dan bahagia...terima kasih kpd pelajar2 kerana memberi kerjasama yg baik sepanjang di sana walaupun ada sorang dua yg sukar agak dikawal...mgkin ni rombongan terakhir usth kot dgn koperasi...

Friday, June 5, 2009

CUTI2 LANGKAWI.....

Waa.... esok kelab koperasi SMKM akan bercuti sambil belajar ke Langkawi, maka dgn ini diumumkan tiada posting baru hingga 8hb ni...Susah hati gak nak pi sana, pening pale ingat and nak urus pi sana...byk urusan yg perlu dibuat sebelum, semasa n selepas lawatan...pergh!!! penat...kalau ikut hati memang malas nak pi maklumlah dlm masa 6 bulan dah 2 kali pi sana ,masuk dgn ni tiga kali..parah gak duit...bukan free tau...apa pun harap2 dapat release otak dan bdk2 kelab koop ni bergembira, ye la sebelum ni depa teruk gak jaga koop...bila depa kata nak pi Langkawi, kami cuba merealisasikan impian depa, maklum le ada di antara depa tak penah pi sana, kalau pi dgn family belanja mahal,ada yg tak mampu.Maka mula le misi kami mencari duit lebih sikit, kebetulan thn ni sek byk terlibat dgn aktiviti daerah n negeri, berniaga sakan le kami, (guna modal kelab bkn modal koop) sekurang2nya dpt mengurangkan perbelanjaan utk ke sana..alhamdulillah impian depa tercapai gak...cikgu penat sikit tak pe janji anak2 murid gembira...