Wednesday, June 24, 2009

HARI KOPERASI SEKOLAH 2009

Justify FullHari ini 24 Jun 2009, Unit Kokurikulum dengan kerjasama Koperasi SMK Mengkuang Berhad telah mengadakan Hari Koperasi Sekolah (HKS). Tema HKS tahun ini ialah Integrasi Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan. Pelbagai aktiviti telah diatur dan dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama yang baik daripada warga SMKM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perhimpunan Khas HKS yang dimulakan dgn bacaan doa oleh Ketua Pengawas, Nabil Aizat bin Fadzil, bacaan perutusan-perutusan, ucapan perasmian oleh En. Aidi bin Arifin, PK Kokurikulum, nyanyian koir oleh Kelab Koperasi, edaran cenderamata HKS dan upacara penanaman pokok HKS. Selepas perhimpunan khas, pelajar2 tingkatan 4 & 5 bergerak ke surau untuk mendengar ceramah khas HKS yang disampaikan oleh En. Zaini daripada Bank Persatuan. HKS juga menerima kunjungan daripada Koperasi SMK Penanti Berhad yang diketuai oleh Pn. Rampawan. Pada tahun ini jualan ria HKS diserikan lagi dgn gerai celcom. Aktiviti2 lain ialah futsal yang mendapat sambutan yang hebat daripada pelajar dan guru, sukaneka (kasut tempurung, congkak, lari berpasangan, epal gantung, basikal perlahan, kerusi berirama dan balloon war. HKS juga tidak meminggirkan pelajar2 Kelas Pendidikan Khas, pelajar2 ini turut mengambil bahagian dalam acara menyambung straw terpanjang. Selepas itu diadakan acara gotong royong membersihkan kawasan sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik. Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Persatuan, Koperasi SMK Penanti Berhad, Celcom, Unit Sukan SMKM, ALK Koperasi, Kelab Koperasi, guru2 dan semua warga sekolah atas kerjasama yang diberi.Tanpa kerjasama anda semua HKS tidak dapat berjalan dgn lancar dan berjaya.

No comments: