Wednesday, February 4, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA PALESTIN






Pada hari selasa lalu,3hb Februari, Jawatankuasa Kebajikan,Unit HEM SMKM telah mengadakan ceramah palestin yang disampaikan oleh Ustaz Budianto bin Unggun, dari Sek. Agama AlIslah, Permatang Tok Bedu,Tasik Gelugor.Ceramah yang disampaikan oleh beliau banyak memberi manafaat kepada warga SMKM serta memberi kesedaran kepada mereka bahawa di sebalik kedamaian, kemewahan dan ketenangan mereka di sini, ada orang lain yang menderita. Selepas ceramah, Tn. Pengetua, Tn. Hj. Mohd. Noor bin Yusof telah menyampaikan sumbangan derma daripada warga SMKM.SMKM telah berjaya mengumpul sebanyak RM1300.00 hasil kutipan derma yang telah dilancar oleh SMKM sebelum ini. Diharap sumbangan ikhlas kami ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka di Palestin.Insya Allah.

No comments: