Saturday, February 28, 2009

KEJOHANAN SUKAN MSSPP-ZON BKT MERTAJAM

Kejohanan sukan MSSPP - Zon BM yang bermula pada 20hb ,baru je berakhir pada 26hb lalu..padang SMKM telah digunakan untuk acara Lempar Cakera, Rejam Lembing dan Lompat Tinggi...Beberapa orang atlit SMKM telah menyertai kejohanan tersebut dan telah berjaya memungut 2 pingat emas, 6 pingat perak dan 9 pingat gangsa dalam kejohanan tersebut.. Pasukan Sepaktakraw Bawah 18 thn telah membuka tirai kecemerlangan 2009 iaitu mendapat tempat ketiga bagi acara regu, manakala seorang peserta daripada SMKM iaitu Nurul Izzatul Mohd Jamil telah mendapat tempat ke 12 dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Pulau Pinang. Antara kejayaan yg dicapai dalam kejohanan sukan MSSPP-Zon BM ialah :
1. Rejam Lembing (LI)
- Muhammad Ikhmal Azmi (Pingat Emas)
2. Rejam Lembing (P1)
- Sarah Masmerah Hanafiah (Pingat Emas)
- Siti Amira Abd Raman (Pingat Perak)
3. Lempar Cakera (P2)
- Nur Fatihah Syazreen (Pingat Perak)
- Nurul Afiqah Khairul Albar (Pingat Gangsa)
4. Lempar Cakera (L2)
- Muhammad Amirul Ikhmal (Pingat Gangsa)
5. Lompat Tinggi (P1)
- Aimi Amiza bt Adnan (Pingat Gangsa)
* Unit Koku mengucapkan tahniah dan terima kasih kpd semua pelajar yg terlibat