Wednesday, July 2, 2008

KEM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) & SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLD) 2008

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING


Program : Kem Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)&Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) 2008

Tempat : Rimba Rekreasi Bukit Wang, Jitra, Kedah Darul Aman.

Tarikh : 11 hingga 13 Jun 2008 (Rabu, Khamis & Jumaat)

Peserta : 20 orang ahli PRS dan 20 orang ahli SLAD
Guru Terlibat :

En. Mohd Sabri b. Taib

Pn. Asma' Laili bt. Ab. Ghani

Pn. Norhayati bt. Ismail


Sinopsis :


Program ini diadakan untuk memberi latihan secara khusus kepada ahli-ahli PRS & SLAD agar mereka mempunyai pengetahuan untuk menjadi pelajar yang boleh membimbing diri sendiri dan pelajar-pelajar lain ke arah poisitif diri. Para peserta ini diharapkan agar menjadi ejen-ejen yang boleh mewujudkan suasana sekolah yang boleh membentuk pelajar-pelajar yang berada di landasan yang betul untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan terutama sekali di akhirat.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah :

- Sesi Ceramah

- Latihan Dalam Kumpulan

- Latihan Kembara Minda

- Keagamaan

- Aktiviti Fizikal seperti Jungle Trekking & Senaman kecerdasan dan lain-lain




Sesi Taklimat...dengo molek sket ape cikgu nak kabo....
Lepas mkn sampah letak dlm supik gelenya, jgn buang dlm sungai pulok
Ni le cara superman bersenam....
1, 2, 3 , terbanggggggggggg.......

Hati2 sikit ada pacat.............

Ni tengah jampi ke atau berzikir ...????
Pelajar sedang tekun menyiapkan tugasan semasa LDKSesi perbentangan hasil kumpulan LDK

BERITA DAN GAMBAR SUMBANGAN :
EN. MOHD. SABRI BIN TAIB,

KAUNSELOR SMK MENGKUANG


1 comment:

kabeh said...

Kegiatan yang bagus

salam kenal