Monday, June 30, 2008

LAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN INDONESIA

Tn. Pengetua Sedang Menyambut Kedatangan Rombongan Pegawai Pendidikan Indonesia

Pasukan Kompang Sekolah


Taklimat Mengenai SMKM Oleh Tn. Pengetua
Lawatan Ke Pusat Sumber


Sesi Pemantauan P&P
Sarapan di Kelas Pendidikan Khas

Lawatan ke Kelas Pendidikan Khas

Melawat Bilik Kaunseling

Meneliti Fail dan Dokumen Asrama di Bilik Mesyuarat Aspuri
Melawat Bilik-bilik Asrama
Bilik Rehat Asrama

Jamuan makan tengahari di Dewan Makan Asrama

Sesi Penyampaian Cenderamata
Lawatan ke Homestay Mengkuang Titi


Hari ini 30 Jun 2008, SMKM telah dikunjungi oleh lima orang pegawai pendidikan dari Indonesia. SMKM merupakan antara lima buah sekolah yang dipilih dalam rangka lawatan mereka ke P.Pinang. Mereka tiba di SMKM kira-kira jam 9 pagi. Kedatangan mereka telah disambut oleh Tn. Pengetua, Tn. Hj. Mohd Noor bin Yusof, PK Pentadbiran, Pn. Latipah binti Wahab, PK HEM, Pn. Hajah Badariah binti Ahmad, PK Kokurikulum, En. Aidi bin Arifin dan barisan pegawas sekolah diiringi dgn paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah. Mereka dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai SMKM, melihat dokumen dan fail2 pengurusan. Pegawai-pegawai tersebut melawat kelas dan memantau perjalanan P&P, meninjau kelas Pendidikan Khas, melawat bilik-bilik khas , kawasan persekitaran sekolah dan asrama. Selepas itu, mereka dibawa melawat projek homestay Mengkuang Titi dan berangkat pulang pada pukul 3.30 petang.

No comments: