Friday, June 20, 2008

HARI KOPERASI SEKOLAH

Pada hari isnin ini (23 Jun), Koperasi SMK Mengkuang Berhad akan mengadakan Hari Koperasi sekolah. Pelbagai aktiviti telah disusun...antaranya perhimpunan khas (ucapan PK Kokurikulum, membaca perutusan , menyanyikan lagu semangat koperasi), sukaneka untuk kelas pendidikan khas, upacara penanaman pokok, pertandingan fotografi yg bertemakan "keindahan alam",pertandingan inovasi bertemakan bahan kitar semula dan jualan ria HKS, mcm2 makanan dan minuman akan dijual pd hari tersebut...siap duit je..antara gerai yg ada ialah gerai koop (jgn lupa singgah beli tau...kami jual sndwich, float, rojak n buah-buahan..gerenti menjilat jari..rugi sape tak beli...menyesal seumur idup..he3), gerai usahawan muda ( ada bihun sup n aiskrim),gerai kelab kewangan (keropok lekor n air kcg soya), gerai pengakap ( rasanye jual burger), gerai pusat sumber n gerai pengawas (x pasti jual apa). Jgn lupa sedia duit byk2 ok.

No comments: