Monday, July 7, 2008

PROGRAM KEMBARA KERJAYA 2008








Khusyuknye dengar taklimat

1. Nama aktiviti : Program Kembara Kerjaya

2. Anjuran : Unit Bimbingan danKaunseling SMK Mengkuang

3. Tarikh : 23 Jun 2008

4. Tempat : Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, P.Pinang

5. Pelajar Terlibat : 43 orang pelajar

Tingkatan 5 IR & 5 AR

Ahli Kelab Bimbingan & Kerjaya

6. Guru Terlibat : Mohd Sabri b. Taib

Asma’ Laili bt. Ab. Ghani

7. Latar Belakang :

Program ini merupakan kesinambungan daripada program Minggu Kerjaya yang telah diadakan pada bulan April yang lepas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar yang mendapat keputusan akademik pada peringkat pertengahan agar meraka mengetahui peluang lain yang ada dihadapan selain dalam bidang akademik. Selain itu, para peserta juga terdiri daripada ahli Kelab Bimbingan & Kerjaya.
8.
Objektif :
- Memberi pendedahan tentang peluang menyambung pengajian selain daripada bidang akademik
- Mengetahui peluang latihan-latihan kemahiran yang ada.
- Memberi pengalaman berguna kepada para peserta untuk kebaikan diri dan rakan-rakan yang lain.

BERITA DAN GAMBAR DISUMBANGKAN OLEH:
EN. MOHD SABRI BIN TAIB,
KAUNSELOR SMK MENGKUANG



1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum wbt,
Apa yang dilakukan oleh pihak sekolah adalah bagus tapi saya ada sedikit prihatin kepada anak2 kita yang tercicir persekolahannya dan 'tercampaklah' mereka ke alam pekerjaan yang kurang menjamin masa depan mereka.
Contohnya jadilah mereka ini pekerja- pekerja bawahan seperti operator pengeluaran yang pendapatannya sekadar untuk mengisi perut, makan pakai dan lepas duit minyak motor.
Daripada perhubungan saya dengan mereka sebagai pengurus, mereka ini boleh dikatakan adalah pelajar2yang sudah terlepas pandang oleh ibubapa, pihak sekolah atau persekitaran.
Tahun lepas, saya telah mengadakan sesi motivasi atau dipanggil ' kenalilah diriku'. Saya cuba menyelami kehidupan mereka di alam persekolahan, kehidupan seharian mereka merangkumi ruang lingkup IQ, EQ dan SQ.
Keputusannya cukup memeranjatkan.
Contohnya:
1) Semuanya pernah ponteng sekolah.
2)Pernah menipu ibubapa.
3)70% menggunakan h/p dan duit sekolah habis membeli kad prepaid.
4) 50% tak pernah sembahyang, 80% sembahyang tak cukup 5 waktu.
5) 80% puasa tak pernah cukup tanpa sebarang keuzuran yang diharuskan berbuka.
6) 100% tak habis membaca Al-Quran.
7) Budak perempuan - 60% pakai tudung bukan kerana rasa kewajipan menutup aurat tapi kerana leteran ibubapa.
8) Ibubapa sibut dengan kerjaya siang malam, sampai tak pernah makan semeja dgn anak2 walaupun 2 @ 3 hari sekali.
9) 60% ibubapa tidak pernah bertanya pasal pelajaran mereka.
10) 100% ibubapa tidak pernah memeriksa beg sekolah mereka.
11) 70% ibubapa tidak pernah bertanya siapa kawan mereka.
12) 60% budak perempuan dan 80% budak lelaki pernah bercumbuan dgn pasangan masing2.
12) Pihak sekolah cuma memberi perhatian kepada pencapaian akedemik saja dan kepada budak2 pandai saja- pandangan budak2 ni.
13) mereka tidak didedahkan kepada realiti kerjaya yang akan mereka lalui kalau bagus dlm pelajaran, tercicir dalam pelajaran... sebagai teladan atau sempadan bagi mereka.
Inilah sebahagian daripada rintihan, keluhan dan kisah suka duka anak2 melayu yang tercicir dalam arus perdana persekolahan mereka. Tak cukup makan setakat kelulusan SPM wahai anak2ku.
Cukup menyayat hati, keseluruhan mereka menitis air mata kerana kekesalan yang telah mereka lakukan. mereka tak sanggup bekerja sebagai operator - teruk dan penat.
Anak2ku semua...mahukah kamu semua seperti ini.
Para2 pendidik.. kasihanilah anak2 yang ada di depan mata anda ..di Sek Men. mengkuang. Didiklah mereka menjadi doktor, jurutera, peguam, pensyarah, guru2 atau pun pekerja dikalangan profesional seperti bangsa ( cina )
Ikhlas.
Roslizan bin Che Omar
Pengurus Kujuruteraan,
HOYA MALAYSIA - KULIM HI-TECH PARK