Friday, June 12, 2009

CORAT CORET CUTI2 LANGKAWI

Hari Pertama
Aktiviti Pantai
Part paling depa syok, mandi kolamAtas Pelantar Gunung (naik Cabel Car)Kolam Ikan Sumpit dan ikan Pari jinakGeoforest Sg. Kilim (tgk batu kat atas mcm muka baby)Atas Feri masa perjalanan balik..

Hari ni baru berkesempatan update blog, baru hilang letih balik Langkawi...Berbalik kpd citer cuti2 Langkawi...kami bertolak dari SMKM pkul 7.30 pagi ke Kuala Perlis, singgah sarapan kat R&R Gurun (terkezut giler mkn kat sini, nasi lemaknya buh aym goreng, telur sebelah n smbal ikan bilis je RM6 sepinggan)dan sampai kat Kuala Perlis lbh kurang pkul 10.30..awal plk padahal feri pkul 1.00..lepak je kat situ..tiba2 PK1 call kata alarm keta yg ditinggalkan berbunyi (nak ikut kot..he3)..masa tu dah gelabah, camne nak buat, call org kat rumah, x de org, last call adik, dia n kkak pegi sekolah, bawa balik keta tu ke rumah..yg herannya bila duk di rumah x de pula dia berbunyi...tepat pkul 1, kami naik feri Marine Star 2,besar tapi boleh tahan gak pening...kami sampai di Jeti Kuah lbh kurang pkul 2.30 dan bas dah sedia menunggu utk ke Hotel Chandek Kura..kami duk sana 3 hari 2 malam, pakai pakej..lebih menjimatkan...hari pertama kami ke Pantai Chenang, buat aktiviti pantai, sukaneka, esoknya kami ke Cabel Car...(kat situ ada satu family tanya pasal rombongan kami..yg tak sedapnya dia kata kami cikgu2 free..sbnrnya bila pi rombongan cikgu free ni tak penah wujud di SMKM, malahan cikgu byr lbh mahal (harga org dewasa) drp pelajar dan segala urusan cikgu yg buat termasuk cari sponsor..)Best gak naik cabel car ni walaupun pada mulanya rasa takut dan gayat...semput (terus demam mlm tu..kuang3)bila terpaksa mendaki anak2 tangga utk ke pelantar yg menampakkan view Langkawi...Subhanallah mmg cantik..lps tu kami ke Bangunan Kraftangan (kat sini x de pe yg menarik), singgah kilang gamat..balik makan n solat, bertolak ke Geopark Sg. Kilim..kat sini mmg best giler..sape2 yg ke Langkawi jgn lupa pi sana, bayarannya RM30 sekepala memang berbaloi, 2 jam lbh pusing2 kat situ..kat sini kita akan dibawa meninjau gua kelawar, tengok ikan pari, ikan sumpit, bagi helang makan , tengok perairan pulau andaman dan tengok batu yg berbentuk muka org..(naik bot)lepas tu kami ke pekan kuah utk shoping time, nak ke makam mahsuri dan Galeri Perdana tak sempat, balik hotel makan n solat , malam tu depa buat aktiviti termasuk cabutan bertuah..hari isnin kami bertolak ke Jeti Kuah dan bergambar di dataran helang dan menaiki feri pkul 11.30..sampai di Kuala Perlis lebih kurang pkul 12.30..bertolak ke Tambun Tulang, makan laksa di rumah kakak cikgu Zaini (sedap..walaupun demam masa tu ,saya mkn habis sepinggan., mknn kesukaan mana blh lepas....he3) Lps solat kami bertolak balik dan kami sampai di SMKM lbih kurang jam 5.35 petang... Di sini saya bagi pihak Unit Kokurikulum dan Kelab Koperasi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SMKA Al-Mashoor Lelaki (bas), Hotel Chandek Kura (penginapan dan mkn-sape2 yg nak bawa peljr blh le duk kat sini..ada tawaran pakej utk pelajar dan cikgu) Keluarga Pn. Zaini di Tambun Tulang (sponsor laksa), Koperasi SMKM dan semua pihak yg memberi sumbangan utk meringankan bayaran...bab ni cikgu kena le rajin cari duit..pergh!! penat gak le.....seperti posting Cuti2 Langkawi dulu..biar le cikgu penat sikit asalkan pelajar gembira dan bahagia...terima kasih kpd pelajar2 kerana memberi kerjasama yg baik sepanjang di sana walaupun ada sorang dua yg sukar agak dikawal...mgkin ni rombongan terakhir usth kot dgn koperasi...

1 comment:

Unknown said...

wah banyak juga aktiviti di langkawi cikgu, lebih menarik ramai pelajar yg dapat ikut...

kat kuching belanja mmg mahal cikgu lebih2 lagi tang makan tu..sana lagi mahal dari semenanjung, bab transpot klu air airaia soran dalm 400 pergi dan balik...

belanja sana tengoklah habis jugaklah duit, tengok brg2 yang tak ada kat sini mesti nak beli..