Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU


[ Testi Ucapan4u ] [ Malaysia Tv Series ]
Unit Kokurikulum mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SMKM dan semua warga guru di seluruh Malaysia.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mendidik saya di SK Seri Penanti, Madrasah Manabiul Ulum Penanti, SMK Penanti, Institut Perguruan Islam Bangi (IPIS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.Terima kasih kerana telah mencurahkan ilmu dan nasihat sehingga saya juga menjadi seorang pendidik. Terima kasih juga kepada semua anak2 murid yg pernah mendpt didikan usth di SK Seri Limau, Lunas, Kedah, SK Pendidikan Khas Alma dan SMK Mengkuang kerana memberi kerjasama yg baik sepanjang menjadi anak didik usth..Semoga Allah memberkati ilmu yg telah dicurahkan...
Hayatilah Sajak Guru Oh Guru ni
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan SN Dato Usman Awang

1 comment:

Norazman M.N. said...

Selamat Hari Guru...