
Friday, May 29, 2009
SELAMAT BERPISAH PN. YAUMEE ANITA

Thursday, May 28, 2009
SAMBUTAN HARI GURU SMKM 2009
Saturday, May 23, 2009
EXAM , PILIHANRAYA DUN PENANTI DAN PTK
Friday, May 15, 2009
SELAMAT HARI GURU
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mendidik saya di SK Seri Penanti, Madrasah Manabiul Ulum Penanti, SMK Penanti, Institut Perguruan Islam Bangi (IPIS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.Terima kasih kerana telah mencurahkan ilmu dan nasihat sehingga saya juga menjadi seorang pendidik. Terima kasih juga kepada semua anak2 murid yg pernah mendpt didikan usth di SK Seri Limau, Lunas, Kedah, SK Pendidikan Khas Alma dan SMK Mengkuang kerana memberi kerjasama yg baik sepanjang menjadi anak didik usth..Semoga Allah memberkati ilmu yg telah dicurahkan...
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan SN Dato Usman Awang
Thursday, May 14, 2009
ADAB MEMBERI SALAM SEMASA SMS
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan asalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum",kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya. Kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....
* Dipetik dari tag azroygagak hitam.
Wednesday, May 13, 2009
EXAM OH EXAM 3
Tuesday, May 12, 2009
KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KELAS PENDIDIKAN KHAS


Sunday, May 10, 2009
MENGENANG JASA IBU -SEMPENA HARI IBU
Dalam islam kita dituntut untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Redha Allah terletak di bawah redha ibu bapa. Tuntutan ini merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan dan barangsiapa yang melanggar perintah Allah tersebut, ia telah melakukan dosa besar dan telah dimurkai allah s.w.t.Sikap seseorang anak perlulah bersopan dan berlemah-lembut kepada kedua ibu bapanya, sebagai tanda kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa.Kita sewajarnya memikir dan membayangkan betapa perit dan susah payahnya ibu bapa kita mendidik dan membesarkan kita dari tapak kaki sebesar tapak tangan sehinggalah kita boleh berdikari seperti sekarang ini.
Ibu bapa juga sewajarnya sentiasa mendoakan anak-anak mereka dengan doa dan pengharapan yang baik, kerana sesungguhnya doa para ibu tiada penghijabnya.Mudah-mudahan kehidupan kita akan saling bertanggungjawab dan berperanan sebagaimana yang telah diaturkan oleh syariat islam.
"Dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.Sedang tempoh mengandung beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.Setelah ia besar sampai keperingkat umur empat puluh tahun berdoalah ia dengan berkata :"Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redhai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunan. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf ayat 15)
Saturday, May 9, 2009
KECEMERLANGAN SMKM DI SANA SINI

1. KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSPP PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI
- PASUKAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN 15TKB
- Mendapat Tempat Ketiga Daerah.
2. PASUKAN BOLA TAMPAR LELAKI 15TKB
- Mendapat Tempat Ketiga.
2. KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSPP PERINGKAT NEGERI P.PINANG
- Mendapat Tempat Ketiga
3. PERTANDINGAN GERKORAMA ASAT DAERAH TENGAH
- Johan Pertandingan Bola Tampar Lelaki
- Johan Pertandingan Marhaban
- Johan Nyanyian Solo
- Nur Liyana bt Yaacob
- Johan Pidato Bahasa Inggeris
- Khairina bt Khairudin
- Naib Johan Pertandingan Bola Tampar Perempuan
- Naib Johan Bahas Ala Parlimen
- Naib Johan Pertandingan Nasyid
- Tempat Ketiga Pertandingan Azan
- Mohamad Ridzuan b. Md Ali
Friday, May 8, 2009
I'm Back
Saturday, May 2, 2009
PENGUMUMAN
Friday, May 1, 2009
AKTIVITI KOKURIKULUM DI SANA SINI 2
KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAERAH SEBERANG PERAI




PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ASAT 2009



SMKM VS DMW2 - 30 -22
SMKM VS ALMASRIYAH - 30 - 19
SMKM VS PERMATANG PASIR - 30 - 17
Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola tampar sekolah.