Saturday, April 18, 2009

KURSUS SEMBELIHAN

Rajinnya Abe .....(betoi ke cabut bulu ayam tu or belakun je ni)
Jgn sampai putus kepala dah, Nabila
Pergh !! Syafiq dah pandai sembelih ayam...
Tadi 18hb April 2009, Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam SMKM telah menganjurkan kursus sembelihan kpd pelajar2 tingkatan 4. Teori sembelihan disampaikan oleh Ust Mohd Nazree dan selepas itu pelajar menjalankan praktikal sembelihan. Memang gamat dan meriah bila pelajar kali pertama menyembelih ayam dan ada di antara mereka yg menitiskan air mata sedih kononnya tetapi kalau bagi ayam goreng sekor pun x ckup. Pelajar juga diajar cara memproses ayam(bdk2 zaman sekarang rupanya tak tau cara ayam diproses) yg mengelikan hati ialah mencabut bulu ayam dgn dua jari,tgn sebelah gi tutup hidung...alahai tak lulus nak buat menantu ni. Ayam2 tersebut kemudiannya diserahkan kepada kantin sekolah utk dimasak nasi ayam utk pelajar2 peserta kursus. Terima kasih diucapkan kpd Unit Koko dan Cikgu Nasri Ali kerana sudi sponsor kursus ni.

1 comment:

Norazman Md Noh said...

Salam tuan, tahniah atas program kursus sembelihan tu, memang jarang-jarang program sebegini dapat dilihat...nampak macam ada unsur persamaan dgn blog saya...jemput ke blog saya...

Ni link program sembelihan sekolah kami http://santai-norazman.blogspot.com/2009/04/program-praktikal-sembelihan-2009.html