Friday, October 17, 2008

SEKADAR RENUNGAN

Pelajar wanita belasah guru


KANGAR - Gara-gara tidak berpuas hati dengan tugasan kerja yang diberikan, dua pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini didakwa bertindak di luar batasan membelasah seorang guru wanita.

Pelajar tingkatan dua berkenaan dipercayai telah menendang dan memukul guru Sivik dan Geografi, Azhana Ibrahim, 27, pada pukul 10 pagi semalam.

Menurut Azhana, dalam pergelutan itu, dia cuba mempertahankan diri selepas dua pelajar itu menyerangnya.

Ceritanya lagi, kejadian itu berlaku selepas pelajar itu menulis perkataan kesat dalam buku tugasan yang diserahkan kepada guru tersebut.

"Pelajar itu gagal menghantar tugasan yang diberikan kepada mereka sejak beberapa minggu lalu dan hanya menghantar kepada saya hari ini (semalam) selepas diminta berulang kali.

"Bagaimanapun saya terkejut apabila terdapat perkataan kesat pada buku tugasan tersebut dan pelajar itu bercakap kasar serta kurang sopan sebelum menyerang saya," dakwa guru itu di sini semalam.

Guru yang berasal dari Perlis itu berkata, beliau kemudian melaporkan kejadian kepada Penolong Kanan Sekolah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Jelasnya, beliau membuat laporan polis kerana bimbang diancam kedua-dua pelajar terbabit.

"Selama lima tahun berkhidmat sebagai guru, ini adalah kali pertama saya diserang,'' ujarnya.


* Nauzubillah, minta dijauhkan Allah daripada situasi ini..alhamdulillah sepanjang bertugas sebagai guru saya belum pernah lihat atau alami peristiwa seperti ini...wahai anak2 didikku yang sedang belajar di SMKM @ sek2 lain tolong kawal emosi, jgn melawan cakap guru,jgn biadap@mengata@menghina cikgu kamu walau mcm mana kamu marah sekali pun kat cikgu kamu...kerana guru umpama ayah dan ibu kamu...tak berkat ilmu yg kita belajar dan berdosa kalau kita bersikap biadab kpd guru...ingat apa yg telah kamu pelajari dlm adab2 terhdp guru.


No comments: