Wednesday, October 8, 2008

MAJLIS SAMBUTAN PRA HARI RAYA

Pada 26 September 2008, Kelab Guru dan Kakitangan SMKM telah mengadakan majlis sambutan pra hari raya. Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan yasin, doa, persembahan nasyid, ucapan daripada ketua murid, ucapan pengerusi kelab guru, ucapan pengetua, persembahan lagu2 hari raya oleh murid dan guru (Cikgu Joe dan Cikgu Shah,fuh!! depa dua kalau buat album mesti meletoop nyer...he3, jgn mare..) dan penyampaian hadiah dan cenderahati model sekolah hasil kerja cikgu Zaki dan pelajar2 4 IK. Selepas itu sesi bersalam-salaman antara guru dan pelajar...lenguh tangan dan kebas pipi...Selain itu turut diadakan majlis penyampaian sumbangan hari raya yg dianjurkan oleh badan kebajikan murid di bawah unit HEM kepada pelajar...boleh le depa buat belanja raya...ingat belanja untuk hari raya bkn top up nset tau...


No comments: