Hari ini 30 Jun 2008, SMKM telah dikunjungi oleh lima orang pegawai pendidikan dari Indonesia. SMKM merupakan antara lima buah sekolah yang dipilih dalam rangka lawatan mereka ke P.Pinang. Mereka tiba di SMKM kira-kira jam 9 pagi. Kedatangan mereka telah disambut oleh Tn. Pengetua, Tn. Hj. Mohd Noor bin Yusof, PK Pentadbiran, Pn. Latipah binti Wahab, PK HEM, Pn. Hajah Badariah binti Ahmad, PK Kokurikulum, En. Aidi bin Arifin dan barisan pegawas sekolah diiringi dgn paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah. Mereka dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai SMKM, melihat dokumen dan fail2 pengurusan. Pegawai-pegawai tersebut melawat kelas dan memantau perjalanan P&P, meninjau kelas Pendidikan Khas, melawat bilik-bilik khas , kawasan persekitaran sekolah dan asrama. Selepas itu, mereka dibawa melawat projek homestay Mengkuang Titi dan berangkat pulang pada pukul 3.30 petang.
Monday, June 30, 2008
Thursday, June 26, 2008
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (HAKEP) 2008
(Dpn : Auwatif,Syafiqah,Rusyda,Hafifa dan Syafawati)
Hari ni 26hb Jun 2008, SMKM telah mengadakan HAKEP untuk meraikan kejayaan dan kecemerlangan pelajar2 SMKM. Kiranya hari ni hari raya le bagi mereka yg berjaya...ye le setelah bertungkus lumus belajar...hasilnya blh naik stage..satu perkara yg amat membanggakan, nanti blh jadikan kenangan seumur hidup..blh cite kat anak cucu nanti, sampai depa blh hafal "tok/tok wan dulukan dpt 8A......". Tapi ingat jgn bila dpt hadiah..bkn bermakna kita dah hbat,pasni tak pyh baca buku dah.. maklum le 'aku number one'. ..tapi ni adalah cabaran dan rangsangan yg perlu kamu semua tempoh utk teruskan kecemerlangan...ingat 8A dlm PMR 2008, 10A dlm SPM2008 menjadi milik kamu semua...ingat tu....Rasa bangga je bila tengok anak-anak didik naik stage terima hadiah tadi..yg dah tukar sekolah pun mai (Cem(fikri), Izzati, Saufi, Omar, Abbas, Auwatif, Fifa, Syda, Syafiq)..makin cantik dan hensem depa,tinggi tu tak pyh habaq dah,kena dongak bila nak sembang dgn depa..kita plk 'tinggi' fham je le...he3....Pada Paein..nanti bila pi Jerman..jumpa plk si Michael Ballack, jgn lupa org M'sia no.....Tahniah diucapkan pd semua yg terima hadiah tadi......Kpd pelajar2 yg akan menduduki PMR dan SPM 2008, bangun dari lena yg panjang ni....sbb exam dah dekat...kira tgk berape hari lagi je..tolak pi tolak mai, tolak plk cuti..tinggal berape hari? Kami cikgu2 dah mula susah hati tau...mulai sekarang lupakan semua benda2 yang melalaikan,tak pyh dok sibuk nak couple2...kalau ada dosa dgn mak ayah dan cikgu2 minta maaf segera supaya bila study senang nak masuk pale...jga hati depa elok2....Pd yg tidak mendapat hadiah tu jgn frust sampai tak mau baca buku plk..teruskan usaha sebab usaha itu tangga kejayaan, man jadda wa jada....
Tuesday, June 24, 2008
KEM MOTIVASI DAN PERKHEMAHAN PENGAKAP DAN KRS
Pada 20- 21hb Jun lalu, pasukan pengakap dan KRS SMK Mengkuang telah bekerjasama mengadakan Kem Motivasi dan Perkhemahan di Pusat Sukan Air Teluk Kumbar. Seramai 56 orang pelajar terlibat diiringi oleh 8 org guru penasihat termasuk PK Koko. Antara aktiviti yg dijalankan ialah ceramah motivasi, lawatan ke Muzium Perang, Lawatan ke Taman Belia Bandaran dan menjalankan aktiviti pantai termasuk berkayak.
Labels:
AKTIVITI KOKURIKULUM
Subscribe to:
Posts (Atom)