Monday, January 31, 2011

MAJLIS JASAMU DIKENANG :EN. AIDI ARIFIN &EN JAMIL CHE MAT

Hari ni SMKM telah mengadakan majlis perpisahan untuk En. Aidi bin Arifin, PK Kokurikulum SMK Mengkuang dan En. Jamil bin Che Mat, Setiausaha Sukan. En. Aidi telah dinaikkan pangkat ke SMK Seberang Jaya sebagai PK HEM, manakala En. Jamil ke SMK Permai Indah sebagai PK Kokurikulum, juga majlis ini juga untuk pertukaran Pn. Norhayati Ismail,GK Bahasa yg bertukar ke SMK Permai Indah serta Pn. Farahliza Othman yg bertukar ke SMK Guar Perahu Indah, tetapi mereka berdua tidak dpt bersama-sama dlm majlis tersebut....Mengimbau seketika kenangan bersama mereka.. En. Aidi atau lbh dikenali dgn Ust. Aidi merupakan bos yg tegas, bertanggungjawab dan komited, sepjg menjadi setiausaha beliau, sejak thn 2003 hingga sekarang, saya tidak mengalami masalah dlm menjalankan tugas, senang berkerja dgn beliau ..byk kecemerlangan tlh dicipta yg telah mengharumkan nama SMK Mengkuang..En. Jamil, kalau dulu just panggil Jamil je tp lps ni kena panggil EN JAMIL..kenal dah lama sejak zaman persekolahan, my super2 senior...x sangka jd rakan setugas..kami sama2 merintis SMKM bermula pd thn 2001 (menumpang di SK Mengkuang) kemudian pd thn 2002 SMKM berpindah ke bangunan sendiri , masa ni Ust Aidi mula melaporkan diri di SMKM dan bersama-sama berganding bahu mengisi kekosongan kawasan sekolah yg masa itu kosong, SMKM diceriakn seolah-olah sekolah dalam taman,bkn itu saja ikatan persahabatan sgt erat seolah-olah berada dlm satu keluarga..thn 2003 Pn. Norhayati pula melapor diri..beliau org kuat sofbol,berjaya menaikkan nama sekolah dlm acara sofbol ..ketiga2 mereka merupakan nadi kuat unit kokurikulum dan telah menjulang SMKM ke puncak kecemerlangan dalam bidang kokurikulum...Selamat berpisah dan Selamat Menjalankan Tugas di sekolah baru..ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap sepanjang berada di SMKM ..org2 di sini jgn dilupakan ye..Kesempatan ini diucapkan Selamat Datang kepada Ust. Fauzi bin Harun dari SMK Permai Indah yg akan menerajui Unit Kokurikulum selepas ni..Semoga Kokurikulum SMKM meneruskan kcemerlangan...Bagi pihak En. Aidi Arifin,PK Kokurikulum SMKM memohon ribuan kemaafan kepada semua pihak khususnya semua warga SMKM seandainya ada salah dan silap,terkasar bahasa dan bicara,terguris hati, ketidakpuasan hati atau sebagainya sepanjang beliau bertugas di SMKM bermula 2002-2011..

3 comments:

Sinaran Lensa said...

PERTANDINGAN REKACIPTA IID PENANG 2011

aFiz TypewRiTer said...

huhu , cikgu farah liza ajar aku dikelas 4gemilang at smkgpi . . dy guru kelas aku

zati_dan said...

sedihnya...cikgu2 yg aku kenal dr form 1 smpai form 5 dah pindah sekolah.. :'(