Pada hari Rabu, 28hb januari lalu, Unit Biasiswa dan Kebajikan SMKM telah mengadakan majlis penyerahan basikal yang telah disumbangkan oleh Pusat Urus Zakat Pulau Pinang untuk kegunaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan ke sekolah. Sebanyak 10 buah basikal telah disumbangkan oleh PUZ. majlis penyerahan basikal ini disempurnakan oleh Tn.Hj. Mohd. Noor bin Yusof, Pengetua SMK Mengkuang.Pihak sekolah amat berharap pelajar-pelajar yang menerima sumbangan ini dapat memanafaatkannya dengan sebaiknya.
Thursday, January 29, 2009
Monday, January 26, 2009
SEKADAR RENUNGAN
1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.
2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.
3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.
4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).
5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).
6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.
7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.
8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik
2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.
3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.
4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).
5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).
6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.
7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.
8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik
Labels:
Sekadar Renungan
Friday, January 23, 2009
KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE 8
Labels:
AKTIVITI KOKURIKULUM
Tuesday, January 20, 2009
PALESTIN
Jawatankuasa Kebajikan dan Jawatankuasa Surau dan Fardu Ain, unit HEM dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan majlis bacaan yasin dan kutipan derma untuk selamatkan Palestin daripada ancaman jahat Israel. Di saat dan ketika ini hanya ini yang mampu kita lakukan sebagai jihad kita menentang Israel, selain kita memboikot barangan mereka..kita tidak mampu untuk bersama-sama mereka mengangkat senjata tapi kita masih boleh berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka...Semoga doa dan kerja buat kita dpt membantu menyelamatkan saudara kita di Palestin..Amin....
Labels:
Sekadar Renungan
Thursday, January 15, 2009
LATIHAN SUKAN 2009
Musim sukan dah bermula...setiap petang SMKM meriah dgn latihan sukan/permainan masing-masing...untuk rumah sukan,rumah kuning diketuai oleh Tn.Pengetua,rumah biru diketuai oleh PK Pentadbiran, rumah merah diketuai oleh PK HEM dan rumah hijau diketuai oleh PK Kokurikulum...Latihan diadakan kerana pihak sekolah akan menganjurkan Kejohanan Merentas Desa di Empangan Mengkuang pada 23hb ni dan Sukan Tahunan pada 26 Februari...Hari ini saya berkesempatan turun padang meninjau sesi latihan rumah hijau dan kuning...wah!! Tn.Pengetua sendiri turun padang melatih pasukan rumah kuning dgn penuh semangat...tapi juara thn 2009 ni akan tetap menjadi milik abadi RUMAH HIJAU...HIJAU JUARA!HIJAU JUARA!HIJAU JUARA!!!(rumah lain jgn mare ye...kenyataan!!!)
Labels:
AKTIVITI KOKURIKULUM
Monday, January 12, 2009
MARI KITA BOIKOT BARANG ISRAEL
Sama-samalah kita berusaha memboikot barangan yang menyumbang kepada keangkuhan israel laknatullah.Ulama Yusuf al-Qaradawi telahpun mengeluarkan fatwa tentang ini..satu riyal digunakan untuk membeli produk yang menyumbang kepada israel samalah membeli sebutir peluru yang menembusi jantung saudara kita di Palestin.masyaAllah..apa yang telah kita lakukan pabila turut sama membeli barangan tersebut?seumpama tangan ini juga membantu mereka untuk membunuh saudara kita di sana.
"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."
"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."
20 Muharram 1423 AH
4 April 2002
http://www.inminds.com/boycott-fatwas.html
PBB juga mendedahkan tindakan kejam tentera Israel menghimpunkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah di daerah Zeitun sebelum membedilnya bertalu-talu menyebabkan 30 orang maut, Ahad lalu.
penduduk yang terselamat pula diarah berjalan kaki sejauh dua kilometer ke Jalan Sala Ed Din sebelum dihantar ke hospital dalam kenderaan awam. Tiga kanak-kanak, termasuk bayi berusia lima bulan, dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. apa mereka anggap nyawa manusia satu permainan???? Sama-sama lah kita fikirkan!!!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Friday, January 2, 2009
SEKOLAH OH SEKOLAH
Cuti sekolah hanya tinggal 2 hari je gi..mulai 5hb persekolahan berjalan seperti biasa...pada 2hb lalu pelajar2 tingkatan satu mula mendaftar dan membeli kelengkapan sekolah dan asrama(bagi yg mendapat tawaran)lebih kurang 190 org pelajar tingkatan satu telah mendaftar...SMKM mengucapkan selamat datang ke SMKM,kemarin masing2 nampak bersemangat utk bersekolah di SMKM, harap2 semangat utk belajar tu terus membara hingga akhir thn ye.....pada 5hb pelajar tingkatan satu akan menjalani orentasi, manakala yg mendapat tawaran masuk asrama akan mula mendaftar masuk asrama pada 4hb jam 2.00 ptg dan mula mengikuti orentasi asrama pd malam tersebut.Pelajar tingkatan 4 akan diagihkan mengikut keputusan PMR dan aliran yg dipohon (sains tulen, akaun,lukisan kejuruteraan dan perdagangan) tapi biasanya pada awal thn kelas IS (sains) penuh tetapi bila tawaran ke SBP dan MRSM keluar hampir 3 perempat pelajar2 yg mendapat keputusan cemerlang akan meninggalkan SMKM...tak sedih ke nak tinggalkan SMKM tapi tak pe ubah angin plk kan???Harap2 pelajar2 3IS 2009 ni akan dpt merealisasikan hasrat usth utk mendapt 100% A dlm P.I seblm usth meninggalkan SMKM,Insya Allah...Opps sebelum terlupa aktiviti kokurikulum akan bermula pd minggu pertama persekolahan, latihan rumah biru dan merah pd hari selasa 6hb jam 4.00 petang dan latihan rumah hijau/kuning pada 8hb dan minggu2 seterusnya..kita tengok rumah apa yg menang thn ni..rasanya rumah hijau kot.:D. Apa2 pun usth ucapkan "SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..."
Subscribe to:
Posts (Atom)