Thursday, December 25, 2008

KEPUTUSAN PMR 2008

Keputusan PMR 30 Disember

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diumumkan pada Selasa, 30 Disember ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.
Dalam satu kenyataan media di sini semalam, beliau berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada hari berkenaan mulai jam 10 pagi.
"Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing menerusi pos daripada Jabatan Pelajaran Negeri," katanya.
Seramai 472,060 calon menduduki peperiksaan bertulis PMR yang berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober lalu di 3,458 pusat peperiksaan seluruh negara yang mana 93.8 peratus calon adalah dari sekolah Kementerian Pelajaran.

* DOA USTAZAH SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT KEPUTUSAN YG CEMERLANG.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum,terima kasih atas ziarah tuan ke blog kami(sebenarnya dikendalikan oleh pelajar).Setakat ini,kami belum menyediakan pos-pos berbentuk akademik(seperti nota/ latihan pend. islam)Syor tuan akan kami pertimbangkan pada masa depan.Moga ukhuwah kita terus mekar di alam realiti pula.