Friday, May 2, 2008

TAZKIYATUL NAFS

BANTU SESAMA MUKMIN

Manusia sebagai makhluk sosial yang hidup bermasyarakat. Tiada manusia yang boleh hidup terasing dan jauh daripada orang lain. Dengan fitrah manusia yang lemah, mereka sememangnya amat memerlukan orang lain sama ada untuk memudahkan kerja atau sekadar memberikan dorongan serta semangat. sebagai insan kita digalakkan untuk saling bantu membantu dan meringankan bebanan orang lain, tidak kira besar atau kecil pertolongan, tetapi jika bantuan itu dapat memberikan keringanan pada orang yang memerlukan, tetap akan dibalas dengan ganjaran pahala. Hal ini ditegaskan Rasulullah seperti yang dinyatakan oleh Abu Hurairah bahawa baginda bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa yang menolong memberi nafas baru kepada seseorang mukmin yang mengalami kesusahan yang menyesakkannya dari kesusahan dunia, nescaya Allah menolong melegakan kesusahan yang menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari kiamat : dan sesiapa yang menolong memudahkan susah payahnya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat dan Allah tetap memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu memberikan pertolongan kepada saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang cara yang menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberi kemudahan kepadanya dengan usahanya untuk mendapat jalan yang membawanya ke syurga."
* Dipetik dari majalah Nur.
* Ringankan tulang membantu orang lain, Insya Allah,
dia akan membantu kita semula.

No comments: