Wednesday, March 23, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMKM SPM 2010 yg telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010. SMKM telah berjaya mendapat 96.8%. 2 orang pelajar telah berjaya mendapat 8A (Nor Farah Nadhira dan Hamizah Mansor), 10 orang mendapat 7A (Habibah Sofea, Nor Amirah Asrizal, Azrol Nizam, Asyraff Mazit@Abe, Amirul Hareiz, Khairun Nisa@Keon, Liyana Syafiqah, Athirah Zaidi, Nurul Hafiza dan Alya Che Omar), 6 org mendapat 6A dan 10 orang mendpt 5A.

Thursday, March 17, 2011

PERKHEMAHAN PERDANA DI PULAU PERHENTIAN


Pada 12 hingga 15 Mac 2011 yang lalu, Unit Kokurikulum telah mengadakan Perkhemahan Perdana Kokurikulum di Pulau Perhentian, Terengganu. Seramai 40 org pelajar terlibat termasuk pelajar kelas pendidikan khas. Pelbagai aktiviti dan kemahiran telah dilaksanakan dan dipelajari oleh para peserta. Pada mulanya agak gusar utk meneruskan perkhemahan di sana, kerana dunia digemparkan dgn tsunami di Jepun dan dikuatiri keadaan laut akan bergelora tetapi Alhamdulillah perjalanan kami ke Pulau Perhentian dgn bot selama sejam selamat walaupun bot sering dilanda ombak besar, tapi semua itu adalah pengalaman yg sukar diperolehi. Pulau Perhentian sebuah pulau peranginan yg cantik dan lautnya masih terpelihara,airnya yg jernih hingga dpat melihat ikan berenang bebas di dasar laut, tapi sygnya kemudahan resort dan tapak perkhemahan tidak diselenggara dgn baik. Agak mencabar kerana kami terpaksa mandi perigi, mengangkut air ke resort, kemudahan elektrik hanya bermula pd pukul 7 pagi - 7 ptg, tetapi itu semua bkn penghalang utk kami meneruskan perkhemahan dan para peserta amat berpuas hati dgn aktiviti laut yg dijalankan di sana. Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dlm perkhemahan tersebut.

Friday, March 11, 2011

SMKM TERUS MENGORAK KECEMERLANGAN:TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA SMKM




Setelah seminggu bermula pada 7-11 Mac 2011, Kejohanan Olahraga Zon Permatang Pauh berlangsung, SMK Mengkuang telah muncul sebagai Johan Peringkat Zon Permatang Pauh dgn mengumpul 13 pingat Emas, 7 Perak dan 5 Gangsa. Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru penasihat,guru2 yg bertugas di kejohanan tersebut dan semua peserta Olahraga SMKM. Tahniah dan syabas,teruskan kecemerlangan Olahraga SMKM.

Tuesday, March 8, 2011

KEJOHANAN BOLA JARING ZON PERMATANG PAUH

Pada 28 hingga 3 Mac lalu, Pasukan Bola Jaring 15TKB dan 18TKB telah menyertai kejohanan Bola Jaring Zon Permatang Pauh dan kedua2 pasukan telah berjaya mendapat Naib Johan bagi pasukan 15TKB dan tempat ketiga bagi pasukan 18TKB. 2 orang pemain SMKM telah dipilih mewakili Daerah. Unit Kokurikulum mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru penasihat dan semua pemain kedua2 pasukan atas komitmen yang telah diberi.

KEJOHANAN BOLA SEPAK ZON PERMATANG PAUH





Bermula pada 21-25 Februari lalu,Pasukan Bola Sepak SMK Mengkuang telah menyertai kejohanan bola sepak peringkat Zon Permatang Pauh. Pada peringkat awal pasukan Bola Sepak SMKM telah menunjukkan prestasi yg cemerlang, namun tewas dengan pasukan bola sepak SMK Guar Perahu yg sememangnya merupakan pasukan favourite P.Pinang . Apa pun tahniah diucapkan kpd semua guru penasihat dan pemain2 kerana telah berjaya sehingga peringkat suku akhir. Insya Allah pasukan Bola Sepak SMKM akan kembali bersinar dan mencipta nama suatu masa nanti

Sunday, March 6, 2011

KEJOHANAN PING PONG ZON PERMATANG PAUH



Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan syabas kepada Guru Penasihat dan Pasukan Ping Pong SMKM kerana telah berjaya mendapat tempat kedua untuk acara bergu dan temapt ketiga untuk acara individu. Semoga SMKM semakin cemerlang.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMKM 2011