Friday, April 23, 2010

MINGGU SAINS /MATEMATIK & ANTI DADAH












Pada 5 hingga 9 April lalu, Persatuan Sains dan Matematik, Kelab Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Sains dan Matematik serta Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah mengadakan Minggu Sains dan Matematik serta Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan kuiz, sudoko, pameran, dikir barat anti dadah dan sebagainya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Pengetua. Unit Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yg terlibat.