Tuesday, June 24, 2008

CORAT CORET HARI KOPERASI




Gambar Sekitar Perhimpunan Khas Hari Koperasi
Pengawas Koperasi sedang membaca perutusan
Anugerah Koperator Terbaik

Upacara penanaman pokok
Antara peserta pertandingan melukis


Hasil kreativiti pelajar

Hai, letih berniaga ke...
Ni le wajah2 org kuat koperasi
Gerai Pusat Sumber
Gerai Kelab Kewangan, manis2 je juru jualnye...
Gerai pengawas, camne balik modal dak??
Tersenyum lebaq Firdaus ,burger pengakap laris....

Gerai Pengakap, x lenguh tgn ke asri,dok buh air tu...


Pada 23 Jun lalu, Koop SMKM telah mengadakan Hari Koperasi Sekolah, mcm2 aktiviti telah dijalankan, antaranya nyanyian lagu negaraku,lagu negeri P.P, lagu sekolah, lagu semangat koperasi, membaca perutusan, membaca sejarah koperasi, upacara penyampaian koperator koperasi terbaik,thn ni anugerah ni diberikan kpd Norpadilah bt Md Padzil,bdk form 5IS, anugerah mengenang jasa pengawas koop (Nad,Murni,Mael,Teah,Ain dan Wani) yg tdk jemu2 menyumbang tenaga kpd koop,depa ni kdg2 terpksa korbankan cuti sekolah utk koop sjk form 1 hingga la skarang, mmg terharu btul....Slps tu, acara penanaman pokok oleh Tn. Pengetua, Ust. Aidi, Pn. Latipah dan Pn. Badariah, insya Allah 5 thn lagi kita bleh le mkn buah pelam dan cicah garam belacan dgn buah amra...aktiviti diteruskan dgn pertandingan melukis dan explorace murid2 P.khas, pertandingan inovasi dan fotografi. Pertandingan inovasi dimenangi oleh Hazman (3Is)..dan acara kemuncak ialah jualan ria HKS...mmg meriah, setiap gerai penuh dgn pembeli, tak ckup tangan firdaus,firdius, P.lah dan Asri bakar burger...Gerai koop tak pyh cerita le..mmg sesak....jgn jeles...kira thn ni mmg meriah....Insya Allah thn dpn kalau dipnjgkan umur @ masih berkhidmat di SMKM kami ALP koop akan rancang xtvt yg lbih best......

Friday, June 20, 2008

HARI KOPERASI SEKOLAH

Pada hari isnin ini (23 Jun), Koperasi SMK Mengkuang Berhad akan mengadakan Hari Koperasi sekolah. Pelbagai aktiviti telah disusun...antaranya perhimpunan khas (ucapan PK Kokurikulum, membaca perutusan , menyanyikan lagu semangat koperasi), sukaneka untuk kelas pendidikan khas, upacara penanaman pokok, pertandingan fotografi yg bertemakan "keindahan alam",pertandingan inovasi bertemakan bahan kitar semula dan jualan ria HKS, mcm2 makanan dan minuman akan dijual pd hari tersebut...siap duit je..antara gerai yg ada ialah gerai koop (jgn lupa singgah beli tau...kami jual sndwich, float, rojak n buah-buahan..gerenti menjilat jari..rugi sape tak beli...menyesal seumur idup..he3), gerai usahawan muda ( ada bihun sup n aiskrim),gerai kelab kewangan (keropok lekor n air kcg soya), gerai pengakap ( rasanye jual burger), gerai pusat sumber n gerai pengawas (x pasti jual apa). Jgn lupa sedia duit byk2 ok.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (HAKEP)

PERHATIAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMK MENGKUANG YANG TELAH MENDAPAT 8A DALAM PMR 2007 DAN KINI TELAH MELANJUTKAN PELAJARAN KE MRSM DAN SBP , DAN JUGA PELAJAR CEMERLANG SPM 2007 (10A DAN 9A), ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR KE SEKOLAH PADA 26 JUN 2008 (KHAMIS) UNTUK MENERIMA PENGHARGAAN KECEMERLANGAN PMR DAN SPM.

PMR

1. Abbas Madani bin Ahmad Kamal

2. Aszfar Musaiyar bin Mukhtar

3. Mohamad Fikri bin Rasib

4. Mohamad Saufi bin Md. Noor

5. Muhammad Ikhwan bin Abdul Halim

6. Muhammad Omar Nabil bin Rusli

7. Mohd Shafiq bin Ahmad Fuad

8. Auwatif binti U-Udeeb Mahfouz Jazouly

9. Fazlinda binti Kamarudin

10. Mashitoh binti Abd. Rahim

11. Nor Hafifa binti Zailan

12. Norhidayah binti Muhamad Ahyat

13. Nur Syafiqah binti Ibrahim

14. Nurul Wahida binti Abdul Wahab

15. Rusyda binti Abdul Rahim

16. Shafawati binti Shaharizan

17. Siti Hajar binti Jamal Mohamad

18. Siti Zulaikha binti Rozab


SPM

1. Muhammad Izhan bin Izhar

2. Muhammad Farahein bin Abd Rahman


SILA BERI RESPON SEKIRANYA ANDA MEMBACA PENGUMUMAN INI.


Wednesday, June 18, 2008

MINGGU BAHASA INGGERIS



Majlis Penyampaian Hadiah

Wajah2 riang guru2 SMKM.

Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Persatuan Bahasa Inggeris telah mengadakan minggu Bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya :
- Form 1 dan Form 2 - Spelling Bee (IS, AF, IK, AK, IR) dan Collage (1AR)
- Form 1AF dan 1IK - Choral Speaking Competition
- Form 3 - Win, Lose or Draw (3IS, 3AF, 3IK, 3AK) and Collage (3IR, 3AR)
- Form 4 dan Form 5 - Newsletter (IS, AF, IK) and Collage (IR, AR)

Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang oleh Tn. pengetua pada 16 Jun lalu. Tahniah kepada para pemenang.
Berita dan gambar sumbangan : Pn. Kasumawati.

Saturday, June 14, 2008

SELAMAT HARI BAPA

Myspace Comment Generators at YourSpaceIsBest.com

Unit kokurikulum SMKM mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua warga SMKM yg bergelar bapa dan kepada semua bapa2 di seluruh Malaysia...semoga anda menjadi bapa yang dihormati, dikagumi dan disayangi oleh anak-anak anda.....Ingat lah bapa bukan hanya bertanggungjawab memberi perlindungan fizikal semata-mata kepada ahli keluarga, tetapi juga harus berusaha melindungi dan memelihara keimanan ahli bait agar tidak hanyut dalam arus kehidupan yg bertentangan dgn fitrah kejadian manusia. Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai contoh terbaik untuk diikuti dalam memimpin dan mengukuhkan institusi keluarga, selain menjadi contoh terbaik di dalam keluarga yg disegani, dihormati dan disayangi ahli keluarga bukan menjadi bapa yg digeruni ,ditakuti dan dibenci oleh anak2.....

Thursday, June 12, 2008

PERTANDINGAN MEMASAK PERSATUAN AGAMA ISLAM DAN KELAB KEWANGAN

Ada gaya le wan..walaupun kalah
Sape kata lelaki tak pandai masak???
(Pemenang Tempat Pertama)
Amira and de geng (Pemenang Tempat Kedua)
NI NAK MASAK KE ATAU NAK POSING??
(Pemenang Tempat Ketiga)
KUMPULAN KELAB KEWANGAN



NI LE BARISAN GURU PENASIHAT PERSATUAN AGAMA ISLAM & KELAB KEWANGAN




Pd 11hb Jun, persatuan agama Islam dan kelab Kewangan telah mengadakan pertandingan memasak antara ahli. Menu masakan pada hari tersebut ialah nasi goreng.Semua bahan untuk memasak telah disediakan oleh penganjur (sumber kewangan daripada unit kokurikulum)…pertandingan ini diadakan bertujuan utk memupuk sifat setiakawan dan memupuk semangat kerjasama di antara ahli..selain itu ia juga utk menarik minat pelajar utk menyertai persatuan agama islam dan kelab kewangan..bkn pe… selama ni semua pelajar ingat klau persatuan agama islam aktivitinye hanya di surau je…ni kita ubah..biar lbh menarik..sambil memasak pelajar dikehendaki mengaplikasikan apa yg mereka belajar..spt membasuh sayur hendaklah disertai dgn selawat..mulakan keje dgn bismillah dan sambil mengoreng nasi pelajar berzikir…ini tidak sblum ni sambil masak menyanyi mcm2 lagu keluaq..lari tempo ke..piching lari dan tone deaf pun tak sedar…..sambil tu kira bajet setiap masakan..lani kan brg semua mahal jadi kena berjimat cermat..baru le sesuai dgn kelab kewangan…Pelajar dibahagikan kpd 5 kumpulan…2 kumpulan lelaki dan 3 kumpulan perempuan…mmg best tgk depa masak..nmpk kerjasama antara satu sama lain.. dan yg paling bestnye tengok depa makan masakan sendiri berselera betui…ni untungnya aktiviti berjln perut pun kenyang.....sape pemenangnye....biarlah rahsia....!!! ada kezutan tau…!!!




Tuesday, June 3, 2008

PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET PERINGKAT NEGERI P.PINANG

INI LE RUPA ROKET SMKM
FIRDAUS(DUDUK) & ASRI SEDANG MEMBUAT PERSEDIAAN UTK MELANCARKAN ROKET
PEMENANG TEMPAT PERTAMA,KEDUA DAN KETIGA BERGAMBAR BERSAMA2 GURU PENASIHAT MASING2
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

NI LE BAKAL SAINTIS NEGARA YG TELAH MENCIPTA ROKET SMKM
(DARI KANAN :FIRDAUS, ABDULLAH SHARAFI DAN NORASRI)


Teknologi pelancaran roket merupakan terjemahan penggunaan dan aplikasi bidang sains angkasa kepada masyarakat. Pelancaran sesuatu objek seperti kapal angkasa melibatkan pemahaman hukum-hukum alam yang menjejaskan pergerakan objek itu. Sehingga kini hukum-hukum itu masih menjadi asas dan pegangan kepada setiap program pelancaran roket. Konsep dan teori ini juga digunakan dalam Pertandingan Pelancaran Roket.
Dalam Pertandingan Teknologi Pelancaran Rocket, para pelajar perlu mencipta roket yang sempurna agar ia dapat meminimumkan daya geseran dengan daya kreativiti yang tinggi. Terdapat pelbagai aplikasi sains dalam pertandingan ini dan di antaranya ialah konsep gerakan, daya-daya yang bertindak,prinsip perubahan tenaga, trajektory dan prinsip penerbangan yang perlu difahami oleh pelajar terlebih dahulu.
SMK Mengkuang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Hadiah yg diterima berupa :

Plak
Hamper
Sijil penyertaan dan Penghargaan

Terdapat 43 buah sekolah yang bertanding
Tempat perlawanan ialah di SMKA Al-Irshad, Kepala Batas
Tarikh perlawanan ialah bermula dari 26 hingga 27 Mei 2008

Guru pengiring : En Amir bin Din
Penyertaan oleh : Mohamad Firdaus bin Ahmad
Abdullah Sharafi bin Johanis
Muhamad Norasri bin Omar

(Berita sumbangan Mohd Firdaus)

* UNIT KOKURIKULUM SMKM MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA CIKGU AMIR, MOHD FIRDAUS, ABDULLAH SHARAFI DAN ASRI KERANA TELAH BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN TERSEBUT..MENGKUANG BOLEH!!!!!
* YOU TUBE PELANCARAN ROKET TERSEBUT ADA DI BAWAH