Showing posts with label Syok2. Show all posts
Showing posts with label Syok2. Show all posts

Saturday, January 2, 2010

CORAT CORET SU KOKU

Hari ni mesyuarat guru kali pertama, macam2 amanat dan perkara dibincangkan dlm mesyuarat tersebut, x pyh la usth cerita kat sini,cerita org tua2,bdk2 x pyh tau le.Insya Allah 3AK,3Ar,2IS dan 2IK kita jumpa dlm kelas nanti ye..korang beli pen byk2 (beli kat koop tau.. :D)sbb usth nak bagi keja byk2, kita pecahkan rekod biar 3AK blh dpt A P.I seramai yg mngkin dlm PMR nnti....Hari ni kami cikgu2 rasa amat terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih pada pelajar2 yg mendpt keputusan cemerlang dlm. PMR (Budin,Nora,Ikhwan, Hafidz, Atieka,widad,syaza,mimi dan ibu bapa mereka) kerana telah menaja makanan tengahari ..ni sebagai kenduri kesyukuran atas kejayaan mereka dan tanda terima kasih mereka kpd guru SMKM..(Terharu tau..first time) Jadi usth bagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih , semoga Allah sentiasa memberkati mereka sekeluarga dan mendapat kejayaan yg lbh cemerlang pd masa akan datang...Esok merupakan hari orientasi pelajar2 form 1 dan juga pendaftaran masuk ke asrama utk pelajar2 baru dan lama..Orientasi form 1 akan bermula jam 8.30 di Dewan SMKM dan pelajar2 form 1 yg belum membeli buku2 tulis blh membelinya di koperasi selepas taklimat di dewan..Pada hari isnin pelajar hendaklah berkumpul di dataran perhimpunan sebelum jam 7.30, pd hari tersebut tiada perhimpunan rasmi..koperasi akan ditutup sepanjang minggu pertama persekolahan...Unit Kokurikulum mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah....

Friday, January 1, 2010

JADUAL WAKTU 2010

Perhatian kepada semua pelajar SMKM, jadual waktu 2010 telah dilekatkan di papan kenyataan sekolah dan jadual waktu tersebut TIDAK akan dimasukkan ke dlm blog ini.Harap Maklum

Tuesday, December 29, 2009

JADUAL WAKTU 2010

Salam buat anak2 didik usth semua...sebenarnya sebut pasal jadual waktu ni dah jadi satu perkara yg fobia buat usth, bkn pe macam2 nombor menghubungi usth tanya pasal jadual waktu ni, seolah2 usth yg buat jadual waktu sekolah plak.entah mana hampa dpt nombor usth tak tau le..dan maaflah sampai satu peringkat usth dah x blh nak layan panggilan telefon dan sms hampa..utk pengetahuan semua, sebenarnya usth tak terlibat langsung dgn pembikinan jadual waktu dan usth sendiri pun tak tau mengajar form apa dan kelas mana tahun depan, cuma pihak sekolah meminta usth memasukkan jadual waktu dalam blog ini bila siap nanti..tapi setakat ini diberitahu ada masalah sedikit sbb fail jadual waktu sukar utk dimasukkan dalam blog dan kemungkinan besar tak dimuatkan dlm blog ni dan akan dipaparkan di papan kenyataan sekolah atau diberi pada waktu pertama hari persekolahan.Usth tabik le dgn hampa yg nampaknya begitu bersemangat nak dptkan jadual waktu awal, kalau ikut pengalaman usth le,dulu jadual waktu dapat pada hari pertama persekolahankan??Harap2 semangat berkobar2 hampa ni akan berpanjangan terutama kelas2 peperiksaan thn dpn...Apa pun usth ucapkan selamat tahun baru dan selamat kembali ke sekolah...

Monday, November 23, 2009

CELOTEH SU KOKO

Salam...maaf lama usth tak update blog ni..sibuk sgt2..nak kena siapkan markah kokurikulum bdk2 form 5 , urus markah koko budak2 yg nak pindah, dan peksa ketas final exam bdk2 form 1 (kesian depa lambat tau markah depa-sori ye 1IK dan 1AK) entah kenapa thn ni nak isi borang kemasukan ke IPTA secara online nak markah koko sedangkan thn2 sebelum ni sekolah akan isi secara online bln disember...berpinar mata kira markah depa dari depa form 1 hingga form 5..dan bila hasil dipamerkan ada gak yg tidak berpuas hati...rasa cam tak percaya depa dapat B@C( utk pengetahuan bdk2 form5, kiraan tu bkn usth reka sendiri ye..kiraan markah tu berdasarkan panduan yg telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran dan sekolah guna aplikasi e-koko -bkn pe ada yg kira sendiri markah tu dan dia kira dpt A sdgkan markah yg dipamerkan dia dapat B,mana taknya dicampurnya semua markah dia sdgkan kiraan sebenar pilih hanya dua yg terbaik shj)..cik2 oii..korang tau tak ponteng sehari aktiviti koko hilang 4 point markah..korang bayangkan kalau korang tinggalkan berhari2..biasanya alasan yg kami cikgu2 dpt bila tak hadir aktiviti ialah "tuition aka kelas tambahan"..di fikiran korang koko tak penting...bila cikgu2 cari peserta utk kawad kaki hari kokurikulum, ramai yg tak mau...macam2 alasan korang bagi...korang tau tak...masuk apa2 acara/aktiviti sekolah dapat 8 markah..mana mai dah cik oii....thn ni nasib baik buat waktu sekolah..itupun kena dua tiga kali ronda...penat u...jadi pengajaran pada murid2 yg masih dibangku sekolah rebutlah peluang yg ada utk kumpul sebanyak markah yg boleh utk dapat A dalam kokurikulum..cerah masa depan...teguran utk pelajar yg nak pindah,lain kali kalau dah tahu nak pindah, buat urusan awal2 sikit,ni hari jumaat (tengahari plk tu) ..baru mai minta markah ...punya le kelam kabut usth masa tu...bkn sorang lima org mai serbu...apa pun ribuan terima kasih kepada semua rakan guru kerana memberi kerjasama yg baik menyiapkan markah kokurikulum 2009. Kepada pelajar2 form 5, Selamat Menghadapi SPM, semoga berjaya...

Monday, October 5, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR 2009

Esok 7hb Oktober 2009, semua pelajar2 tingkatan 3 seluruh negara akan menghadapi peperiksaan PMR..jadi kesempatan ini usth ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar tingkatan tiga SMKM terutama pelajar tingkatan 3 Ibnu Sina dan 3 Ar-Radzi..esok paper Pendidikan Islam..jawab sebaik-baiknya..ingat apa yg usth dah ajar...curahkan sepuas2nya dalam ketas jawapan apa yg telah kamu belajar..baca doa sebelum jawab peksa..kalau boleh biar ada wuduk..semak soalan betul ok...

Tuesday, September 22, 2009

RAYA SAKAN...


Dah 4 hari kita menyambut aidil fitri..dan sememangnya masing2 raya sakan..berarak ke sana sini beraya rumah sanak saudara dan cikgu2 (keselamatan kena jaga tau jgn bawa moto laju2). Usth??? ala raya sehari je..pastu tutup balik..pose..dah jadi tradisi keluarga sejak dulu gi..raya enam nanti baru beraya rumah sanak saudara yg duk jauh sebab depa pun pose gak..kelmarin rumah usth diserbu oleh anak2 murid,yg bestnya semua peringkat student SMKM datang,dari bacth 2001 (ex student SMKM-anak sulung SMKM hingga bdk2 form 3 2009...bkn usth buat rumah terbuka tapi dah jadi kebiasaan depa mai beraya terutama bdk2 2003 (ala geng2 anak sulung asrama) kira kemarin raya sakan le (dah pesan kat depa nak mai raya mai sekali, sehari je..mai sekali harung senang nak sedia makanan, ye le usth pun nak pi raya rumah sedara mare gak...) dari pukul 12 hingga pukul 7 petang (kalau ikut bagi time kat depa sampai kul 4 je, bkn pe keselesaan family kena ambik kira gak, maklum le bila mai ramai2, kecoh le sikit rmh),rumah usth tak putus2 didatangi tetamu.. tak pe tetamu bawa berkat....apa pun terima kasih kerana masih mengingati usth. Pesanan usth pada bdk2 f3, udah2 le beraya tu..ingat PMR dah dekat..terutama bdk2 3Is (espcly bBudin n d'geng) dan 3Ar..

Monday, August 24, 2009

PTK DAN PILIHANRAYA DUN PERMATANG PASIR


Saja nak kongsi pengalaman dgn org len..walaupun post ni tak dak kena mengena dgn koko kat sekolah..maklum le pilihanraya ni bkn selalu org hadapi kecuali kami di Permatang Pauh je..dah berapa kali dah pilihanraya sepanjang tempoh ni..pagi tadi nak ke pusat peperiksaan PTK di SMK Guar Perahu sengaja saya keluar pkul 8.00 pagi bkn pe takut jam dan sememangnya jalanraya agak sibuk walaupun awal gi..utk SMKGP kena melalui pusat undi SRJK(C) Kubang Semang...kiri kanan polis dan org ramai...silap le tak tulis kat cermin keta.."saya nak pi ambik PTK bkn nak pi mengundi" he3..waktu balik hajat hati nak ke Seberang Jaya ikut susur Kbg. Semang sambil tengok2 suasana kat dpn SK Seri Penanti (kat situ selalunya meriah)tapi jalan dpn Pekan Penanti jam,terpaksa menggunakan jalan jauh sikit..naik susur Penanti..berbalik ke exam PTK..x tau le nak cakap blh dpt 4 ke tidak, soalan nak kata susah tak,nak kata senang pun tak..tapi blh le tak le sampai garu kpale..apapun semuanya ada kat dalam nota yang dibuat.(sape2 yg nak nota PTK Koko blh ambik kat sebelah). Harap2 termakbullah doa anak2 murid yang mendoakan usth kat ruang sembang2 tu ye..(thanks Syaza n Tika). Gambar suasana hari mengundi tak sempat nak ambik,jln sesak (takut kena saman ambik gambar sambil drive)tapi gambar sehari sebelum mengundi ada le..korang tengok le meriah ke tidak..sape yang akan menang saya tak mau komen apa2..saya sokong sape..biarlah rahsia...

Sunday, August 23, 2009

ANTARA EXAM PTK DAN PILIHANRAYA DUN PERMATANG PASIR

Esok 25hb Ogos, exam PTK utk DG44..tak tau nak jawab pe., tawakal je..ambik paper koku bkn ada buku rujukan harap nota yg dibuat sendiri dan pengalaman tolong PKKK urus koku sikit2 di sekolah je.. itu pun baca sambil2 peksa ketas UP2 bdk2 form 1 dan esok gak hari mengundi bagi DUN Permatang Pasir..kena le keluar awal sikit takut jalan jam...tambah2 kat Pekan Penanti..gerenti dia buat jalan sehala maka jadi jauh le perjalanan saya ke tempat exam di SMK Guar Perahu..walaupun sebenarnya dekat je dari rumah ..nasib baik saya tak kena mengundi (kita DUN Penanti) tapi bahangnya tetap terasa sbb berjiran...meriah betoi walaupun setiap hari hujan yang bkn hujan manja2 tapi yg lebat punyer tahap bdk2 kecik meraung...tak mcm masa DUN Penanti..agak suram.. ptg & malam esok jgn harap le nak keluar mana2, jalan dpn rmh sudah semestinya akan jam...gitu le setiap kali ada pilihanraya...nak buh gambar pun asyik terlupa nak bawa kamera setiap kali ke pasar..tengok le kot2 sempat ok...apa pun Selamat Menghadapi Peperiksaan PTK pada semua cikgu2 dan Selamat Mengundi kepada semua pengundi DUN Permatang Pasir...

Wednesday, August 12, 2009

AHLAN WA SAHLAN


Hari ini 12hb Ogos 2009, SMKM telah menerima kepimpinan baru iaitu Pn. Jamilah binti Man, beliau melaporkan diri sebagai pengetua pada pagi ini. Beliau merupakan bekas pengetua SMK St George Balik Pulau, P.Pinang. Semua warga SMKM mengalu-alukan kedatangan Puan dan harap puan dapat membimbing dan bersama-sama mengorak kecemerlangan SMKM.

Monday, August 10, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN DAN UP2


Mulai hari ini, 10hb Ogos, semua pelajar SMKM menduduki peperiksaan. Harapan usth, hampa semua mengambil kesempatan mengulangkaji pelajaran dan membaca nota yang dibekalkan sepanjang tempoh seminggu dikuarantin. Dalam tempoh seminggu sekolah ditutup, bertubi2 mesej masuk, saya abaikan semua mesej2 tu.. maaf la ye, bkn nak jimat kredit tapi tak kuasa nak membalas mesej2 tersebut sbb kebanyakannya tanya tjuk2 exam... usth tak akan memanjakan hampa semua dgn memberi tajuk2 yg keluar utk apa2 exam termasuk percubaan, bkn pe nak biasakan diri dgn suasana sebenar PMR..lagi pun PMR nanti kita tak tau pun tajuk pe keluar, jadi tak rugi kalau baca semua tajuk...dan inilah antara rahsia mengekalkan jumlah prestasi "A". Apa pun usth ucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan untuk semua pelajar tingkatan tiga terutama 3 Ibnu Sina dan 3 Ar-Radzi dan selamat menghadapi UP2 kepada semua pelajar SMKM semoga berjaya.

Friday, June 5, 2009

CUTI2 LANGKAWI.....

Waa.... esok kelab koperasi SMKM akan bercuti sambil belajar ke Langkawi, maka dgn ini diumumkan tiada posting baru hingga 8hb ni...Susah hati gak nak pi sana, pening pale ingat and nak urus pi sana...byk urusan yg perlu dibuat sebelum, semasa n selepas lawatan...pergh!!! penat...kalau ikut hati memang malas nak pi maklumlah dlm masa 6 bulan dah 2 kali pi sana ,masuk dgn ni tiga kali..parah gak duit...bukan free tau...apa pun harap2 dapat release otak dan bdk2 kelab koop ni bergembira, ye la sebelum ni depa teruk gak jaga koop...bila depa kata nak pi Langkawi, kami cuba merealisasikan impian depa, maklum le ada di antara depa tak penah pi sana, kalau pi dgn family belanja mahal,ada yg tak mampu.Maka mula le misi kami mencari duit lebih sikit, kebetulan thn ni sek byk terlibat dgn aktiviti daerah n negeri, berniaga sakan le kami, (guna modal kelab bkn modal koop) sekurang2nya dpt mengurangkan perbelanjaan utk ke sana..alhamdulillah impian depa tercapai gak...cikgu penat sikit tak pe janji anak2 murid gembira...

Saturday, May 23, 2009

EXAM , PILIHANRAYA DUN PENANTI DAN PTK

Mulai minggu lepas , pelajar2 SMKM menghadapi exam dan akan tamat pada hari Rabu ni, lepas tu SMKM akan menyambut Hari Guru pada hari jumaat. Sebut pasal exam, rasa lebih bahagia kalau masuk mengajar daripada jaga exam, ye la duk saje je, mcm2 rasa ada, mengantuk x yah habaq le...pasni sibuk peksa ketas , alhamdulillah ketas form 3 dah siap peksa, keputusan pun depa dah tau..tunggu nak tunaikan janji je...3 Ibnu Sina thn ni telah berjaya merealisasikan impian usth utk dpt 100% A dlm P.I..syok sgt2..tima kasih ye..hrp2 dpt kekalkan hingga trial dan PMR ok..Kemarin penamaan calun pilihanraya DUN Penanti...suasana kurang meriah berbanding masa pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh..dulu awal pukul 7 pg jln dah jem sampai dpn rumah..kemarin biasa2 je..saya sebagai anak jati Penanti, tak mau komen pe, tunggu je la keputusan 31hb ni....Exam PTK, kali ni kena ambil TK3 plk..aduhai camne la..nak kena cari bhn utk buat nota mcm dulu..kwn2 dah mula tanya ada nota tak..setakat ni nota PTK P&P dan nota Kokurikulum dah ada, sape2 nak, download je kat sebelah...halal...tumpang gembira bila kwn2 dpt 4, pastu depa mai ucap tima kasih sbb bagi nota, he3...lps ni Insya Allah, nak buat utk umum plk tapi lepas settle nota P.Islam dari form 1 hingga Form 3 dulu...sape2 yg ada bhn pas2 le blh le kita kongsi bhn..Opps sblm terlupa, tahniah Cikgu Shah sbb dpt 4 exam PTK baru ni...