Monday, March 30, 2009

APRIL FOOL, RENUNGAN UNTUK ANDA

April Fool's Day mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

* Dipetik daripada dakwah2u

PERTANDINGAN KAWAT KAKI 2009

Pada sabtu yang lalu, unit kokurikulum smkm telah mengadakan pertandingan kawat kaki peringkat sekolah. Sebanyak 6 pasukan unit uniform telah terlibat iaitu KRS, PBSM, Pengakap, Kadet Bomba, Pandu Puteri dan Puteri Islam. Pertandingan ini dimenangi oleh pasukan KRS, tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Puteri Islam, tempat ketiga dimenangi oleh PBSM, manakala ketua platun terbaik dimenangi oleh Fatin Nur Syamimi dari pasukan KRS.Pasukan KRS, Puteri Islam dan Kadet Bomba akan mewakili sekolah ke pertandingan kawat yang akan diadakan di Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam pada 31 dan 2 April ini. Unit Kokurikulum mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada hakim, En Ahmad bin Saad dan En. Khalim bin Abdullah, semua guru penasihat dan pelajar2 yg terlibat.

Friday, March 20, 2009

CARA MEMUPUK KESERONOKAN BERADA DI TEMPAT BERTUGAS

Cuti dah hampir tamat, bermakna kita akan melangkah semula ke sekolah,jadi bermacam perasaan timbul ada yang tak sabar2 nak ke sekolah ada yg keberatan utk ke sekolah .Untuk menimbulkan rasa keseronokan berada di tempat bertugas, tidak kira samada guru @ lain2 pekerjaan, kita perlu mengamalkan 7S ini di tempat kerja @ sekolah :

1. Seronok
Kerjaku, Nikmatku – selalu mengingatkan diri sendiri betapa bertuahnya kita kerana mempunyai pekerjaan, sedang ramai lagi insan di luar sana yang sedang menunggu-nunggu peluang pekerjaan.

2. Senyum
Datanglah ke sekolah dengan senyuman. Senyum kepada semua orang tanpa mengira pangkat dan darjat. Sekiranya kita ingin dihormati oleh orang bawah kita, kita juga terlebih dahulu perlu menghormati mereka. Jangan kedekut untuk memberi senyuman apabila bertemu sesama sendiri dan senyumlah dengan penuh keikhlasan.

3. Sedekah
Banyakkan bersedekah. Bersedekah ini bukanlah dengan wang ringgit semata, tetapi ia juga termasuk idea dan tenaga. Dalam mesyuarat atau perjumpaan kita perlu rajin mengutarakan idea-idea yang baik. Sekiranya idea yang disumbangkan itu diguna pakai ia akan menjadi satu sedekah yang berpanjangan. Selain itu ringankan tulang membantu apa saja yang mampu kita lakukan tanpa mengharapkan balasan. Kita selalu bertanya apa sumbangan sekolah kepada kita tetapi jarang sekali bertanya apa sumbangan kita kepada sekolah.

4. Silaturrahim
Menjalinkan hubungan yang baik di antara semua warga sekolah di sekolah. Saling mengambil berat dan bertimbang rasa. Tetapi janganlah sampai menjadi “busy body”.

5. Sabar
Sabar dengan setiap karenah. Mungkin sabar dengan karenah ketua kita atau sabar dengan karenah anak buah yang pelbagai. Manusia dijadikan berbeza warna dan rupa, pastinya tingkah laku juga berbeza. Jadikan perbezaan ini sebagai rencah kehidupan dan sentiasa bersabar sekiranya ia adalah sesuatu yang tidak sealiran dengan jiwa kita.

6. Selawat dan Salam
Berilah salam apabila bertemu dengan rakan-rakan. Orang yang memulakan salam diberikan lebih pahala berbanding orang yang menjawab salam.

7. Syukur
Bersyukurlah atas segala nikmat yang kita peroleh. Selalu sujud syukur. Jadikan amalan bersyukur ini sebahagian dari budaya hidup kita. Dengan bersyukur hati kita akan selalu tenang, sebaliknya jika kita fikirkan apa yang tidak diperoleh jiwa akan jadi sakit serta dipenuhi dengan perasaan amarah dan dendam.

Selain itu, keharmonian di tempat kerja juga sering terjejas disebabkan adanya individu berikut:

1. Back Stabber (Tikam Belakang)
Orang yang sifatnya bermuka-muka dan suka menjatuhkan orang lain dengan tujuan menaikkan diri sendiri.

2. Reporter Tanpa Gaji
Suka bercerita mengenai hal orang lain, sedangkan pekerjaan sendiri tidak dibuat. Menyebabkan banyak kerja tidak dapat dilaksanakan. Menggangu pekerjaan orang lain. Apa tidaknya banyak masa dihabiskan untuk bercerita dan mendengar cerita. Sering nampak kesalahan orang lain, sedangkan diri sendiri juga tidak sempurna.

3. Pengedar Ketegangan/Pengkritik Tanpa Tauliah
Seorang yang cepat mengkritik apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan atau rakan sekerja. Mencari salah orang dan menyebarkan kemungkinan-kemungkinan ini kepada orang lain. Mencetuskan rasa yang tidak sihat di kalangan rakan sekerja.

4. Profesor Serba Tahu
Seorang yang tahu semua perkara hatta sebelum ianya diwartakan. Kebiasaannya golongan ini juga kurang bekerja, sebaliknya asyik bercerita mengenai ke“tahuannya”.

5. Pemerintah (Bossy)
Ada di kalangan kita bersikap mengalahkan bos @ pentadbir bila memerintah atau menyuruh rakan sekerja melakukan sesuatu kerja. Sesuka hati mengeluarkan arahan tanpa mengira hati dan perasaan org yg diperintah, janji kerja siap.

6. Parasit
Ada setengah orang sering bersikap seperti parasit,menumpang kerja kawan..malas nak guna tenaga dan fikiran sendiri dan ada pula yang bersikap lepas tangan terutama apabila menjadi ajk kecil segala kerja dilepaskan kepada ketua, bersikap "aku bkn ketua,siapa nama dia atas dia le yg buat"

Semulia-mulia manusia ialah yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Jadi renung-renungkanlah…

Thursday, March 12, 2009

SI CILIK YANG MENGKAGUMKAN

Kemarin, 12hb, usth dijemput menjadi hakim MTQ R apa x ingat di SK Tanah Liat, kiranya untuk bdk2 sekolah rendahlah. Usth ditugaskan sebagai hakim hafazan bagi lelaki..ada 9 org peserta dari kelompok tersebut..apa yg mengkagumkan seorang peserta lelaki ni(x ingat dari sekolah mana) rasanya dalam lingkungan darjah 1 @ 2..dia memang hebat dgn badannya yg kecik, mukanya yg cute,suaranya pun cute, cara baca yg bersahaja dan lancar membuatkan kami hakim2 ni terpesona(sejuk perut ibunya mengandung)..apa yg yg mengkagumkan dia dapat menjawab dan menghafaz semua surah yang dikemukakan dgn baik dan mengalahkan peserta2 lain yg lebih besar daripadanya (ni bdk2 Sek Men pun kalah).. Inilah hasil didikan guru-guru pendidikan islam dan guru jQAF di Sek2 Keb, tahniah kpd semua GPI dan guru jQAF di SK2 ..harapan kami bila mereka ni ke SM kami dpt teruskan usaha melahirkan pelajar2 yg celik Al-Quran.Insya Allah

CORAT CORET SPM 2008

Hari ni result SPM 2008 keluar, maka berduyun2 la pelajar2 form 5 2008 datang, mcm2 gaya dan fesyen...maklumlah ada yg dah mkn gaji..matang je nampak...keputusan penuh, ok ke dak usth tak tau..ari ni kelas penuh,penat turun tangga naik tangga...so tak sempat nak pi tanya..apa pun tahniah lah kepada Mas Shahirah (betul tah nama penuh dia..)dan Suteriswan (jejaka misteri yg selalu buat kejutan setiap kali exam..masa belajar relek je..tapi bila keluar result melotooop...mantop...) depa dua dapat 7A..rata2 pelajar dapat 4A..Kesempatan ni usth bagi pihak warga SMKM mengucapkan tahniah kpd pelajar2 yang cemerlang dan juga kpd semua guru yg telah bertungkus lumus mencurahkan ilmu tanpa jemu kpd pelajar2..
* sori la..x blh nak upload gmbar..kad reader rosak..wayr penyambung kamera entah pi mana plk cari x jumpa..dah tua cmni le...:D

Wednesday, March 11, 2009

SEMPURNAKAH KITA DLM MENUTUP AURAT

KESILAPAN2 YG SERING DILAKUKAN OLEH KAUM WANITA TENTANG AURAT

Saya terpanggil untuk posting ini tentang aurat wanita setelah memendam terlalu lama rasa hati bila melihat rakan2 bertudung tetapi memakai t'shirt berlengan pendek,memakai tudung tetapi bertudung nipis tanpa memakai anak tudung yang menutup sepenuhnya rambut..entah lah hati ingin menegur tetapi keberanian untuk menegur tiada...(aduhai ustazah, tegah dgn cara selemah2 iman,tegur dlm hati je la..,..kalau anak murid sendiri memang dah kena dan selalu dah depa kena..)harap2 lepas baca posting ni rakan2 dan anak2 murid usth akan berfikir semula sempurnakah kita dalam menutup aurat.

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah * perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan *: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Monday, March 9, 2009

TIGA TANDA KEKOTORAN HATI

Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.
3 tanda kekotoran hati saya mulakan dengan…
1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.
2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.
3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.
Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.
Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.
Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.
Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.
Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.
Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.

Thursday, March 5, 2009

CORAT CORET SUKAN TAHUNAN SMKM 2009

Atlit acara 4x200 jemputan sekolah2 M8
Tadi baru je berakhir sukan tahunan SMKM 2009...lega rasanya bila segala-galanya berakhir dengan lancar...kata org tua2 bisul dah pecah..kurang sakitnya..selagi belum habis rasa x senang maklumlah ini program utama kokurikulum yg kedua slps merentas desa..Alhamdulillah cuaca cantik sgt (entah apa Ustaz Aidi jampi) wlpn sebelum ni hjn..pdg becak...tahun ni rasanya lebih meriah drp tahun2 sebelumnya walpun ada sedikit kecacatan terutama sikap penyokong2 fanatik yg enggan berganjak dari trek wlpn dipesan berkali2..semangat betui depa..x pe thn dpn kita potong markah kalau ada penyokong yg masuk ke kwsan trek...perbarisan merupakan acara yg menarik kerana pasukan masing2 ingin menonjolkan kreativiti sendiri..Perbarisan johan dimenangi oleh rumah merah, tempat kedua rmah kuning..manakala rumah tercantik& kreatif ,tempat pertama rumah biru dan tempat kedua rumah hijau.(terima kasih pd team syafiqah & Firdius)..Tahun ini rumah kuning mengungguli kedudukan sebagai Johan, tempat kedua HIJAU (kan dah kata..hijau d'best,lebih 1 mata pun tetap menang gak... :D) dan tempat ketiga rumah biru , no 4 ,rumah merah.Keputusan adalah muktamad jadi jgn plk lepas ni timbul isu x puas hati..rumah A byk atlit,rmh B ahli ramai, rmh C bla222....sama je..semua rmh ada atlit yg hebat2 blake...Tahniah kepada semua pemenang dan kurang berjaya cuba lagi thn hadapan,Insya Allah.Kesempatan ini usth bagi pihak unit kokurikulum dan sukan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yg diberi oleh warga SMKM untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SMKM 2009...pihak kami juga memohon ribuan kemaafan seandainya ada cacat cela dlm menguruskan sukan ini..juga ribuan terima kasih kepada En. Mohd Hassan, pegawai Hal Ehwal Murid PPD Utara kerana sudi merasmikan acara ini..YDP PIBG,VICO kerana membekalkan minuman percuma,sekolah2 jemputan dari M8 dan sekolah2 berdekatan kerana sudi menerima jemputan utk acara 4x200 dan semua pihak yang terlibat samada secara langsung @tidak langsung dan kami juga ingin merakamkan takziah kpd Tn. Pengetua kerana telah kehilangan bapanya yang telah kembali ke rahmatullah pada ptg semalam, semoga roh bapanya dicucuri rahmat...

PERSIAPAN SEBELUM SUKAN

Kemarin rumah kuning & rumah hijau turun padang buat persiapan utk hari sukan..fuh!! rasa cam nak kenduri pula..ada yg sibuk potong buluh,ada yg psg skting, ada buat keja gunting mengunting tampal menambal...pendek kata masing2 sibuk la...seronok tgk kerjasama yg diberi antara satu sama lain..alhamdulillah.....(ni bukn laporan berat sebelah tapi ptg kemarin hanya 2 buah rmh je yg turun, kalau x caye tanya pengetua..maaf la ye..)

Monday, March 2, 2009

SUKAN AWAL

Ni la Johan Rejam Lembing Kategori cikgu, Pn. Yaumee Anita

Walaupun dpt naib johan tapi tang gaya baling tu JOHAN!!! Caya la K.Bada..Pn. RithaCikgu Asmah...x pe semangat hijau tetap menghijau...

Johan, Cikgu GunalanNaib Johan ,Tn. Hj. Mohd. Noor (Pengetua)Tempat Ketiga ,Cikgu Amir

Bermula pada 2hb dan berakhir tadi..SMKM telah mengadakan sukan awal sebagai acara permulaan sebelum bermulanya acara kemuncak sukan tahunan 2009 pada 5hb ni..antara acara yg dipertandingkan ialah lempar cakera, rejam lembing,lompat jauh, larian 4x400,400 meter dan tarik tali separuh akhir...keputusan penuh belum diumumkan dan usth pun tak dapat apa2 maklumat tentang rumah yg memungut markah tertinggi..masing2 ada kelebihan sendiri terutama rumah yg mempunyai atlit sekolah yg ramai seperti rumah merah dan rumah kuning..dah rezeki depa kan...untuk acara rejam lembing kategori guru lelaki, johan disandang oleh C.Gunalan (pelatih USM dari rumah merah-dgr cite bekas atlit sek), tempat kedua dimenangi oleh tn.pengetua (rumah kuning) dan tempat ketiga dimenangi oleh cikgu Amir (rumah hijau,ni bkn pe x mau derhaka pd pengetua,he3) manakala acara rejam lembing kategori guru perempuan, tempat pertama dimenangi oleh Pn. Yaumee Anita(rumah merah...bekas atlit negeri cik siti w. kembang rupanya...),tempat kedua oopps... silap naib johan, dimenangi oleh PK HEM,Pn. Badariah( rumah biru...x sia2 berlatih siang malam..he3)dan tempat ketiga dimenangi oleh Pn. Ritha (rumah kuning..alaa cikgu PJ....) rumah hijau kalah pun x pe cikgu math wakil,baru belatih kemarin kalau menang depa tiga malu plk....tu blum usth g yg wakil...emmm...mesti terkejut punyer, takut jadi tjuk utama surat khabar2 je :D ...apa pun kita tunggu je kemuncak sukan tahunan kamis ni ok...kalah menang adat le..yg penting semangat kena ada..jadi hari2 kena la pakai baju hijau....