Tuesday, June 3, 2008

PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET PERINGKAT NEGERI P.PINANG

INI LE RUPA ROKET SMKM
FIRDAUS(DUDUK) & ASRI SEDANG MEMBUAT PERSEDIAAN UTK MELANCARKAN ROKET
PEMENANG TEMPAT PERTAMA,KEDUA DAN KETIGA BERGAMBAR BERSAMA2 GURU PENASIHAT MASING2
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

NI LE BAKAL SAINTIS NEGARA YG TELAH MENCIPTA ROKET SMKM
(DARI KANAN :FIRDAUS, ABDULLAH SHARAFI DAN NORASRI)


Teknologi pelancaran roket merupakan terjemahan penggunaan dan aplikasi bidang sains angkasa kepada masyarakat. Pelancaran sesuatu objek seperti kapal angkasa melibatkan pemahaman hukum-hukum alam yang menjejaskan pergerakan objek itu. Sehingga kini hukum-hukum itu masih menjadi asas dan pegangan kepada setiap program pelancaran roket. Konsep dan teori ini juga digunakan dalam Pertandingan Pelancaran Roket.
Dalam Pertandingan Teknologi Pelancaran Rocket, para pelajar perlu mencipta roket yang sempurna agar ia dapat meminimumkan daya geseran dengan daya kreativiti yang tinggi. Terdapat pelbagai aplikasi sains dalam pertandingan ini dan di antaranya ialah konsep gerakan, daya-daya yang bertindak,prinsip perubahan tenaga, trajektory dan prinsip penerbangan yang perlu difahami oleh pelajar terlebih dahulu.
SMK Mengkuang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Hadiah yg diterima berupa :

Plak
Hamper
Sijil penyertaan dan Penghargaan

Terdapat 43 buah sekolah yang bertanding
Tempat perlawanan ialah di SMKA Al-Irshad, Kepala Batas
Tarikh perlawanan ialah bermula dari 26 hingga 27 Mei 2008

Guru pengiring : En Amir bin Din
Penyertaan oleh : Mohamad Firdaus bin Ahmad
Abdullah Sharafi bin Johanis
Muhamad Norasri bin Omar

(Berita sumbangan Mohd Firdaus)

* UNIT KOKURIKULUM SMKM MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA CIKGU AMIR, MOHD FIRDAUS, ABDULLAH SHARAFI DAN ASRI KERANA TELAH BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN TERSEBUT..MENGKUANG BOLEH!!!!!
* YOU TUBE PELANCARAN ROKET TERSEBUT ADA DI BAWAH

No comments: