Friday, July 22, 2011

JANGAN

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Wednesday, April 20, 2011

SMKM TERUS MENGORAK KECEMERLANGAN : TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING SMK MENGKUANG

Unit Kokurikulum SMKM mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Baling Bawah 18 tahun kerana telah muncul Naib Johan Zon Permatang Pauh mengalahkan SMK Tun Hussain Onn pada pelawanan separuh akhir dan kalah kepada SMKP pada pelawanan akhir. Terima kasih diucapkan kepada guru penasihat Pasukan Bola Baling atas kerjasama dan komitmen yg telah diberi...Jazakumullahu Khairan Kasira

Saturday, April 9, 2011

MINGGU BAHASA INGGERIS

Unit Kokurikulum dengan kerjasama Jabatan Bahasa, Panitia Bahasa Inggeris dan Persatuan Bahasa Inggeris telah mengadakan English Week bermula pada 3 hingga 7 April 2011. Pelbagai aktviti telah dilaksanakan seperti explorace, singing competition, spelling bee, essay writing,story telling, wordsearch dan collage. Unit Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

KEM BESTARI SOLAT 2011





Unit Kokurikulum dengan kerjasama Jabatan Kemanusiaan, Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam SMKM telah menganjurkan Kem Bestari Solat untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 pada 9 April 2011, bertempat di Dewan Makan Asrama (teori) dan Surau Luqmanul Hakim SMKM (amali). Seramai 300 orang pelajar telah menyertainya. Unit Kokurikulum merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat (Pensyarah Politenik n fasilitator dari IPG Tuanku Bainun). Jazakumullahu Khairan Kasira

Sunday, April 3, 2011

SMKM TERUS MENGORAK KECEMERLANGAN:TAHNIAH PASUKAN BAHAS SMKM


Pada 30- 31 Mac hingga 1 April yang lalu, Pasukan Bahas SMKM telah menyertai Pertandingan Bahas Kelompok M8 di SMK Seberang Jaya. Pasukan Bahas telah berjaya mendapat tempat Pertama (Johan) mengalahkan SMK Seberang Jaya. Pasukan Bahas SMKM telah diwakili oleh:
1. Muhammad Ridzuan bin Ahmad
2. Ammar Uzairi bin Hanizan
3. Siti Nurfarahanim bt Haris Fadilah
4. Muhammad Amirul Hanif bin Shahiban
5. Nabila Syifaa binti Remy Roni.
Unit Kokurikulum mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru pembimbing (En. Abd. Naser dan En. Shaharizan ) dan pasukan bahas SMKM. Semoga Pasukan Bahas SMKM akan berjaya di Peringkat Negeri, Insya Allah.