
Friday, September 3, 2010
UCAPAN HARI RAYA DARIPADA UNIT KOKURIKULUM SMKM

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN IHYA' RAMADAN 2010





Monday, August 30, 2010
TAZKIYATUL NAFS : MENCARI LAILATUL QADAR
Dukhan [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)
Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Keutamaan Lailatul Qadar
Mengenai pengertian lailatul qadar, para ulama ada beberapa versi pendapat. Ada yang mengatakan bahwa malam lailatul qadr adalah malam kemuliaan. Ada pula yang mengatakan bahwa lailatul qadar adalah malam yang penuh sesak kerana ketika itu banyak malaikat turun ke dunia. Ada pula yang mengatakan bahwa malam tersebut adalah malam penetapan takdir. Selain itu, ada pula yang mengatakan bahwa lailatul qadar dinamakan demikian karena pada malam tersebut turun kitab yang mulia, turun rahmat dan turun malaikat yang mulia (Periksa Zaadul Maysir, 6/177, Ibnul Jauziy, Mawqi’ At Tafaasir, Asy Syamilah).
Bilakah Waktunya?
“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).”
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))
Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir."
Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)
Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
[5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.
Cara Nabi Mendapatkan Lailatul Qadar
Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramadhan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadhan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.
Nak Buat Apa Pada Malam Itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.
Nak Minta Apa Jika Bertemu Malam Itu?
“Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni."
Maksudnya;
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)
Apa Berlaku Pada Malam Itu?
Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1 badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawah Arasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut, kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x 1,000 mulut = 1,000,000 bahasa)
Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan Salam kepada orang Islam kecuali kepada orang Islam yang meminum arak, memakan babi dan memutuskan Silatur-Rahim.
Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat:
• Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
• Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
• Satu bendera diletakkan di Baitullah
• Satu bendera diletakkan di Bukit Thur
Doa di Malam Lailatul Qadar
Sangat dianjurkan untuk memperbanyak doa pada lailatul qadar, lebih-lebih doa yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagaimana terdapat dalam hadits dari Aisyah. Beliau radhiyallahu ‘anha berkata,
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَىُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ : قُولِى اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
“Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab,”Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini shahih
Tanda Malam Lailatul Qadar
Pertama, udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء
“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)
Kedua, malaikat turun dengan membawa ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelazatan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
Ketiga, manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebahagian sahabat.
Keempat, matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim no. 1174) (Lihat pembahasan di Shahih Fiqih Sunnah, 2/149-150, Abu Malik, Maktabah At Taufiqiyyah)
Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu.
Saturday, August 28, 2010
TAZKIYATUL NAFS : AURAT (UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA)

Pengertian Aurat
Aurat dari segi bahasa adalah sesuatu yang mengaibkan. Dari segi istilah pula merupakan bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau Ajnabi.
Hukum Menutup Aurat
Hukum menutup aurat adalah wajib bagi lelaki dan perempuan Islam yang bertujuan untuk menjaga kehormatan diri.
Batas-batas Aurat
1) Aurat lelaki
a. Dengan perempuan mahram adalah diantara pusat dengan lutut.
b. Dengan perempuan bukan mahram adalah diantara pusat dengan lutut.
c. Dengan perempuan bukan Islam adalah diantara pusat dengan lutut.
2) Aurat perempuan
a. Dengan mahram lelaki adalah diantara pusat dengan lutut.
b. Dengan lelaki bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.
c. Dengan lelaki bukan Islam adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Sebab-sebab Diwajibkan Menutup Aurat
1) Menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan dan maruah diri.
2) Menghindarkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.
3) Membezakan keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam.
4) Menggambarkan umat Islam yang patuh dan taat kepada perintah Allah.
Risiko Mendedahkan Aurat
1) Mendedahkan diri kepada fitnah.
2) Terdedah kepada pergaulan bebas.
3) Bagi perempuan yang mendedahkan aurat, mereka terdedah kepada gangguan lelaki yang tidak bermoral dan berkemungkinan besar terjerumus ke lembah penzinaan.
4) Menggambarkan tahap kelemahan iman atau iman yang tidak mantap.
Hikmah diwajibkan Menutup Aurat
1) Memuliakan manusia sebagai makhluk yang paling istimewa.
2) Membentuk diri manusia supaya menjadi insan yang beradab.
3) Dapat mengelakkan diri daripada sebarang fitnah.
4) Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan patuh kepada syariat Allah S.W.T.
Thursday, August 26, 2010
SAMBUTAN IHYA' RAMADAN 2010

Sempena Ramadan Mubarak pelbagai aktiviti dan program telah diatur sepanjang bulan Ramadan Kareem ini antara program yang dilaksanakan ialah :
1. Bacaan Yasin Mega (Setiap Hari Jumaat bermula 13/8)
2. Tazkirah Ramadan Guru dan Murid (Bermula 16/8)
3. Solat Hajat dan bacaan Yasin (setiap hari bermula 17/8)
4. Tadarus Guru dan Staf serta solat berjemaah (25/8)
5. Tadarus Murid ( bermula 16/8)
6. Buletin Ramadan (bermula 16/8)
7. Solat Berjemaah mengikut tingkatan ( bermula 23/8)
8. Solat Terawih (Asrama) - imam terdiri daripada Guru Pendidikan Islam ( bermula 16/8)
9. Ceramah Ramadan setiap hari Jumaat (20/8 -3/9)
10. Tadarus Mega (1/9)
11. Solat Dhuha (1/9)
12. Majlis Khatam Al-Quran - Acara Kemuncak dan penutup Ihya' Ramadan - 3/9
Unit Kokurikulum dan Jabatan Kemanusiaan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan untuk menjayakan program Ihya' Ramadan 2010.
Tuesday, August 24, 2010
KELEBIHAN SURAH DI DALAM AL-QURAN
1. Surah Al Baqarah – Ayat 285 – 286 :- Baca sebelum tidur, terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
2. Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :- Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
3. Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :- Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt.
4. Surah Annisaa’ – Ayat 75 :- Nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
5. Surah Al Maidah – Ayat 7 :- Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat.
6. Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :- Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi
7. Surah Al An’aam :- Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana
8. Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :- Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.
9. Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :- Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.
10. Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :- Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.
11. Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia
12. Surah Al Baraah/Taubah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.
13. Surah Al Baraah/Taubah – Ayat 111 :- Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju.
14. Surah Al Baraah/taubah – Ayat 128 – 129 :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.
15. Surah Yunus – Ayat 31 :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat
16. Surah Yunus – Ayat 64 :- Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau.
17. Surah Al Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.
18. Surah Al Hud – Ayat 56 :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.
19. Surah Al Hud – Ayat 112 :- Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.
20. Surah Yusuf :- Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah .
21. Surah Yusuf – Ayat 64 :- Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
22. Surah Yusuf – Ayat 68 :- Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak.
23. Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :- Baca akan selamat dari petir.
24. Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.
25. Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :- Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah.
26. Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :- Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.
27. Surah Al Isra – Ayat 45 - 46 :- Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia
28. Surah Al Kahf :- Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki.
29. Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat
30. Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.
31. Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :- Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.
32. Surah Al Anbia – Ayat 83 :- Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah.
33. Surah Al Hajj :- Allah akan binasakan musuh-musuhnya
34. Surah Al Mu’Minun :- Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum
35. Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :- Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.
36. Surah An Nur :- Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk
37. Surah An Nur – Ayat 35 :- Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.
38. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
39. Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :- Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya
40. Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
41. Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya.
42. Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.
43. Surah Luqman :- Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut.
44. Surah Luqman – Ayat 31 :- Baca nescaya terselamat dari bencana banjir
45. Surah As Sajadah :- Baca setiap malam Jumaat.
46. Surah As Sajadah – Ayat 7 – 9 :- Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani
47. Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :- Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
48. Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :- Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
49. Surah
50. Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :- Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
51. Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah.
52. Surah As Saffat :- Insyallah akan memelihara daripada gangguan jin.
53. Surah Shad – Ayat 42 :- Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.
54. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
55. Surah Asy Syura – Ayat 15 :- Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan.
56. Surah Ad Dukhan :- Baca di waktu malam, maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi.
57. Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki.
58. Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat Isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga.
* Dipetik daripada KRS SMK Umas, Tawau














